Ft Chingu ke Surabaya (Part 1)

Assalamualaikum. Haii

Aku baru balik dari Surabaya. hihihi... 17 Julai - 21 Julai 2018.

Trip ni dengan gang ftchingu, Aq dengan Wafa. Tiket tak silap beli bulan 4 baru ni and di suggested oleh Wafa. Trip ni boleh kata on the spot ja. Tetiba terbeli. Dan tetiba tersampai.

Kami bertolak dari 16/7 tu petang pukul 3 dari Kedah. Bermalam rumah kak Wafa kat KL.

Gambar gua gegar babe

Bag baru


Boarding time pukul 12.15pm. Pagi tu anak buah Wafa hantarkan. Sampai lupa pulak aku punya sweater dalam kereta Aq. hmmmm... Dah la tempat sejuk, gila ka apa. Lepas tu p cari and dapat la kat Uniqlo. Yang tak bawak sorang, hentam p beli 3 orang. hahaha.. Tu pun pinjam duit Wafa. Masing-masing cash yillex, so tonyoh kat dia la.huhu

Muka happy terjebak beli jugak



Lepas tu p breakfast kat Burger King.

Flawlesskan kita uols

Perjalanan makan masa 2 jam 1/2 lebih kurang. Aku pulak dok bayang 2 jam. Hadoiii..


Selamat mendarat lebih kurang 2.20pm waktu tempatan. Bandara (Bandar Udara) Internasional Juanda Terminal 2 ni baru lagi. Baru tak baru sangat la, tahun 2014 buka. Patut nampak cantik. 

Yang paling best, sampai kat imigresen, orang dah cakap muka kami macam "lokal" pulak. Dah tu, masing-masing tak mau mengaku. hahah




Sebelum bertolak, kami kena selfie nak tunjuk muka kami yang comel ni kat supir kami, Kang tak jumpa plak. Tapi dah sampai tu, ada orang dok renyih kat aku, hahaha. Lepas tu dia tunjuk sign nama tu.

Rupanya kami ada dua orang bodyguard. Yuda dengan Mas Andi. Mas Andi ni baru nak belajar. So, okey ja kami, no problem.

Sampai-sampai jumpa Yuda dengan Mas Andi

Ni dah kat luar

Aku saja ja cakap, nak ambik gambar, sekali si Yuda ni berhenti. So, posing ja la.hahah..

Ikut Jadual, kami akan terus ke Bromo, tapi singgah solat dulu kat Masjid Nasional Al-Akhbar Surabaya.


Menara masjid, tinggikan

Saham akhirat

Koridor

Tempat solat wanita
Waktu kat sini la terselfie dengan sorang cik ni, sebab tanya serba sikit pasal Surabaya ni. Tapi yang ngoknya aku, tak tanya nama apa. hmmm.. Kalau tak boleh bertukar IG.

Cantikkan?

Yang bestnya, time wuduk, masing-masing macam pandang and fikir macam-macam. Rupanya, orangnya baik. heeee

Selesai solat semua, kami bertolak la ke Bromo. On the way, singgah beli simcard. Dari Surabaya nak ke Bromo, azab jugak la dalam kereta. Dengan sesak time orang balik kerja lagi. (Itu pun ada hati nak p Ijen, wek)

Dalam pukul 7.20pm macam tu, singgah makan. Perut dah bernyanyi dangdut kot. Tak la best sangat, tapi makan ja. Esok nak berjalan jauh lagi.

setelah siap makan

Kami sampai kat Guest House lebih kurang pukul 9.30pm macam tu. Itu pun puas cari. Sebab no telefon tak dak. Salah aku jugak, nak cari murah, lepas tu jadi macam ni la. Dah gelap, so tak pasti yang mana. Sebab kat sini banyak rumah-rumah ja.

Untuk makluman, kawasan Bromo ni kebanyakannya adalah beragama Hindu. Tapi mengikut kata Yuda, walaupun beragama hindu, tiada babi di jual di sini ya. hahah. Walaubagaimanapun, kami makan roti dan susu yang telah di beli di Indomaret. hahah

Kalau ikut perbicangan asal, kami nak tapau kat KL lagi nak bawak burger ka, apa-apa la, tapi tak tau salah kat mana apa pun tak beli. Seronok terlebih ka, tak seronok langsung ka, tak dak perasaan ka? Entah la, aku sendiri pun tak paham dengan diri aku. Apatah lagi orang lain nak paham, macam blur sikit trip kali ni. Kalau tak, baju aku takkan tinggal kat kereta.hmm..

Okey sambung balik, guest house yang aku duduk ni, end up Yuda p cari orang and jumpa jugak la. Yuda cakap, kawasan aku duduk ni, tak friendly sangat. Aku pun mana nak tau. Tapi, dapat la satu ilmukan, lain kali jangan "kede" sangat. hihi..



Abaikan semak-semak



Dah masuk bilik, aku dah fikir, aik, ni ka bilik aku booked? Tak sama pun. Ha, sudah... Tapi, aku diamkan saja la, tak mau ribut-ribut, masing-masing dah penat dari semalam lagikan. Sebab bilik aku punya kerja. Time tu, aku mampu berdoa, moga betoi la bilik ni, and kalau tak betoi, jangan la balik tengok gunung berapi, barang and bag semua kat luar. hahahaha... Mampus!

Waktu ni dah sejuk yaamat aku rasa. Macam nak p jogging ja. Pijak lantai bilik lagi la sejuk.  Fuhhh.... Air panas ada heater. Tapi macam ada api tu. Apa nama ntah. Dah mandi semua, lena la. Esok nak bangun awal.

Nota kaki: Esok ada cerita best! hahah.. Aku rasa aku dah panas enjin dah boleh mengarang. 

4 comments:

  1. salam dear.. oooo blogger gak ye.. akak dah follow u dah.. thanks for dropping by ye...
    Bromo mmg best kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm akak, tq akak. orang memang dah lama follow akak, yup, bromo best.. ;)

      Delete
  2. Assalam... thanks singgah blog saya. Sekarang ni bila keluar negara saya lebih suka sewa portable wifi. Bagusnya dia akan gnakan line yg terbagus kat sesuatu tempat. Kalau sim card tu terhad pada satu line shj.

    Bromo memang best.. dah dua kali ke sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam abang mie. info yang menarik. terima kasih sharing. Boleh jadi panduan ni.

      Delete