Assalamualaikum.. uit!!
Lama nak boleh sambung part 2 ni. Sebab gambar aku dapat tak habis. Rupanya part Wafa punya gambar aku tak download tak habis. hmm.. Masing-masing semua duduk jauh, macam ni la. Okey sambung.
Bangun pagi tu siap-siap ja ala kadar. Nak p tengok sunrise. Cuaca sejuk giler kot. Dah la aku pakai parka jacket ja. Fuhhh, bayangkan aku yang kurus melidi ni, dengan berat 45kg lomak pun tak dak, memang terasa la. Nasib pakai gloves.
Jeep kami pagi tu |
Dah siap tunggu kat luar, orang jeep pun sampai. So kami bertolak dalam cuaca pagi sejuk menggedi.hahah
Aku tak tau nama apa driver yang bawak kami pagi tu. Ka dia habaq tapi aku tak dengaq.hmm, musykil..
Selalu dok baca ja pasal bromo ni. Alhamdulillah, akhirnya aku sampai jugak kat sini. Nak story sikit pasal Bromo.
Gunung Bromo ni adalah gunung berapi yang masih aktif ya kawan-kawan. Gunung ni berketinggian 2.329 meter di atas permukaan laut. Gunung Bromo ni juga, termasuk dalam Taman Nasional Bromo Tengger Semeru. Last Gunung Bromo ni meletus 2015-2016. Alhamdulillah, kami p selamat. Penduduk sekitar Bromo ni, majoriti beragama Hindu. Jadi mereka beranggapan yang Gunung Bromo ni gunung yang suci. Source aku dari wikipedia. Aku cedok yang penting ja untuk share k.
Okey sambung balik, bila kami dah sampai, ramai dah kot. Jeep pun dah berselerak tepi-tepi jalan tu. Driver jeep cakap nanti jumpa balik kat sini jam 6am.
Kami tengah berjalan, kat tepi-tepi ni dah penuh jeep |
Okey, nak tengok sunrise kat Bromo ni ada dua tempat mengikut kata Yuda. Satu kat Bukit Kingkong, dan satu lagi kat Bukit Cinta. Port kami kat Bukit Kingkong. Nama bukit Kingkong sebab bentuk bukit tu macam kingkong manakala Bukit Cinta sebab katanya, dulu ada dua orang yang bertemu jodoh kat sini dan berkahwin. Jadilah Bukit Cinta.
Dah nampak sign |
Salahkan cuaca sejuk, ambil gambar buruk |
Jagalah kebersihan weh |
Lepas sign tu, kita jalan sikit dan akan nampak macam orang bukak gerai-gerai. Boleh la kalau nak minum kopi nak panaskan badan. Aku tak berasa nak minum apa pun. Dah tak sabaq weh.
Boleh la nak minum-minum |
Gambar yang super buruk di printscreen dari video, harap maaf.
Bila dah sampai kat Bukit Kingkong tu, MasyaAllah, Subahnallah tak tau nak cerita betapa cantik view langit hari tu. Allahukahbar. Nasib tak baik, kalau ada tripod boleh ambil gambar. Selama aku tengok langit, langit ni la paling cantik. Ya Allah, pertama kali tengok depan mata secantik tu. Dengan bintang penuh kat langit. Lagi best kalau mai dengan orang tersayang. (blushing)
Macam ni lebih kurang langit dia. Souce photo from sini |
Pakej dapat tengok langit yang cantik lagi hari tu.
Memang dah ramai kat atas tu time tu. Dah berhimpit-himpit nak cari spot menarik sebab nantikan nak ambil gambar.
Matahari dah mula muncul |
Agak lama nak tunggu matahari ni. Dengan sejuk. Fuhhh... Kuat semangat ja la. Tapi bila dah nampak tu, rasa best dah.
Dan kemudian dah nampak Gunung Bromo tu. Lagi la seronok. Selama ni asyik tengok kat blog-blog orang yang dah pergikan.
Bawah tu dah nampak awan |
serius cantik |
Jalur Gemilang jangan lupa. wajib k! |
Lama jugak kami kat sini. Sampai orang dah surut la. Sepatut pukul 6am, dah jadi 6 lebih dah. Dok posing sakan sangatkan.
Yang 2 orang tu dok bergaduh hang ambik gambaq aku tak lawa la apa la, hahah...
Dah selesai kat situ, kami gerak turun kat jeep, turun tengok jeep dah kurang weh. Sampai jeep kami tunggu kat depan tu la, hmm..
Kemudian kami akan ke lokasi ke 2 iaitu Padang Savana atau Bukit Teletubbies.
Nak ke Padang Savanah ni turun bukit |
Ada lagi yang lambat kat belakang |
Berselisih orang dah nak balik |
Bukit Teletubbies ni terletak berdekatan dengan Gunung Bromo. Kenapa bukit ni dinamakan Bukit Teletubbies? Kalau dulu sesapa pernah tengok siri Teletubbies, kawasan teletubbies tu macam bukit ni la. So dinamakan Bukit Teletubbies.
Ada info yang aku baca nak lalu kat sini macam lalu kat Padang Savana. la, kita akan melalui kasawan berpasir.
Boleh jadi cover album tak? hihi |
Nak cucuk bintang, bintang dah habis (poyos!) |
Waktu aku p ni, rumput dah kering. Tak nampak cantik sangat la. Tapi masih okey la ambik gambarkan. Tak sesuai p sini time kemarau.
Tetap cantik |
Ha, tengok ni, cantikkan.. (photo source sini ) |
Lepas tu kami gerak pulak p kat Gunung Bromo yang ada kawah gunung berapi tu. Kat sini, driver jeep cadangkan kami naik kuda. Kami pun dok berkira-kira nak berjalan or naik kuda. Finally, decide naik kuda sebab nanti nak tengok air terjun nak berjalan lagi. So kami bagi duit dekat dia dia yang arrange. Kalau kita bayar sendiri, elok bayar lepas dah sampai balik.
Aku ni cuak pulak nak naik kuda. Aku ni kan jenis penakut dengan semua jenis binatang. Susah hati sungguh rasa.
Dah sampai nampak banyak la kuda-kuda. Turun jeep ja, dia dah approach hang.
Pilih ja yang mana-mana hang nak naik. 1st time naik kuda, quite scary weh. Aku risau kuda ni lari ,mampus, hahah. Aku duduk atas kuda kerang kejung. hahah...
Bila dah naik kuda ni, rasa cepat la sikit. Nasib naik kuda. Sebab jauh jugak. Lepas tu, nanti nak naik kuda tangga pulak. Kalau sapa jiwa kental tu, boleh la jalan kaki. Aku tak berapa kental. Takut kat kuda pun dah kurang sikit.
Dalam naik kuda tu aku perasaan la satu macam bangunan la lebih kurang, so aku tanya la. Adik yang bawak kuda aku tu cakap tu macam tempat depa sembahyang macam tu la. Senang cakap, kuil. Di awal ada aku ceritakan, kawasan Bromo ni beragama Hindu.
Dah sampai, jalan sikit la. Sakit punggung aku weh naik kuda. Kalau la seat dia empuk macam sofa ka, kan best. hahah
Beratur nak naik tangga |
Naik tangga ni hati-hati sebab ada pasir. Alhamdulillah, aku okey ja naik tangga ni. Sebab time naik ni, mesti ada orang depan kita yang akan berhenti, mungkin penat kot.
Memang dah ramai orang atas ni |
Alhamdulillah selamat sampai atas. Hati-hati atas ni, takut jatuh kang,haa.. Ramai dah yang dok bergambar.
Dah macam semut orang kat bawah |
Bila kat atas ni, tengok kat bawah tu macam gambar atas ni, rasa cantiknya bumi Allah ni. Nampak luas. 1st time aku tengok pemandangan cantik luas macam ni depan mata. Lekuk bukit tu nampak cantik. Segalanya cantik la. hihi
It's me |
Cantikkan! |
Tengok struktur tepi kawah ni, nampak cantik weh.
Kami kat atas ni sat ja. Sambil tengok orang posing, selfie turun la. Kami ambil gambar jugak. Tapi ramai sangat. Sesak pulak rasa.
Ramai umat manusia oihh |
Kami decide turun terus. Kat bawah ni kami bergambar lagi.heheh
Dah sampai kat bawah, cari la kuda dengan orangnya yang kita naik tadi. Aku ni adik tu yang nampak aku. Aku tak perasan dah. Ramai sangat.
Waktu balik baru berani sikit nak selfie, hihi |
Aku dah pesan siap-siap kat adik tu, nak jalan sekali, dia cakap okey. Sebab time mai tadi jauh-jauh semua. Bukan apa, nak ambil gambarkan.
Wafa |
Us |
Time ni la Aq mintak untuk bergambar. Nasib ada jugak.
Respect depa ni. Ulang alik jalan bawak kuda ni. Berapa kali tatau la. Laju pulak tu. Kalau aku, dah kat belakang dah.
Dah sampai, tengok kami tukar jeep pulak. Jeep tadi dah tak dak tak pasti kenapa.
Dari sini kami gerak ke Pasir Berbisik pulak. Kenapa namanya Pasir Berbisik? Sebab bila berangin, suasana angin berbunyi seolah-olah berbisik. Bayangkan ja la weh, hihi..
Tengah cari port nak pose |
Gambar kami bertiga kat sini semua blur. huhu Tak pasti driver jeep ni marah ka apa ambik gambaq kami jadi macam ni. Yang kat jeep pun sama. Tatau nak sedih ka nak gelak. Cuma yang gang kami ambil ja okey.
=( |
=l |
Nasib Wafa ambil ni okey |
Silap pulak tak ambil gambar bebanyak kat pasir ni. Tengok kat internet bersepah orang ambil cantik ja gambar. uwaaaa...
#sisredha
Tamat sudah untuk urusan di Bromo ni. Kami gerak balik bilik, nak mandi kemas semua yang patut nak gerak ke tempat seterusnya.
Nota kaki: Ada cerita selepas ni yang terjadi.
Ni pergi hujung minggu ke... kalau pergi hari biasa agak selesa sebab orang tak ramai sangat..,
ReplyDeleteTembok The sea of sand dulu tak ada lagi... huhu
tak, hari biasa..tapi ramai jugak orang, maka bertabah la..huhu..tak dak pulak tembok tu, ka tak perasan tak pasti la
Delete