Hey Kuala Lumpur!

Assalamualaikum.. aii...

Lama sungguh nak boleh post yang ni pun.

Hari tu aku dengan Una cakap nak jalan-jalan. Tapi biasa la kalau cakap dengan makcik ni, cakap main-main. Seronok sembang. Lepas tu kata, jom la kita p, serius ni. Dia pun cakap okey. Aku teringin nak p Melaka, tapi sebab tu tanah tumbuh membesar makcik tu, aku pun cancel. Nak p lepas tu cakap p KL ja la. Dia pun okey. Selalu aku p transit ja.

Nak kata plan idok la, macam redah ja la. Memula nak naik bus ja, tapi risau berejam dalam bus, nak naik flight plak, macam malas nak gerak, jauh plak nak sampai Penang, last ajak naik ETS. Lagi pun Una tak pernah naik lagi. So perkara pertama aku buat adalah beli tiket ETS. Lepas tu gasak la nanti p mana-mana pun. Hahahah...

Macam biasa la, lepas beli yang lain apa pun tak plan, sampai la hari-hari berdekatan nak gerak, mula la bingung sebab hotel tak tempah lagi. Konon bajet nak dok hotel have-have uols, sekali aku kena bayaq duit letrik terduduk la aku sat. So, Una cakap tak pa, pakai duit dia dulu, dia akan topup mana yang kurang, aku bayaq balik lepas tu. Alhamdulillah, legaa den.

Maka cari la hotel mampu milik, sebab yang dok berangan sebelum ni, mampu tengok ja dari jauh, hahahahaha...

So kami duduk kat Travelodge City Centre. Una dah cakap, Aku memula nak duduk Apartment ja, tapi Una nak duduk hotel kena ada breakfast, last duduk sini ja. Tapi sebab last minit, jadi blur la nak cari hotel pun. Tapikan, aku rasa kalau sapa perasan, tiap kali aku nak cari bilik mesti aku blur nak pilih, hahahahaha.. Orang yang cari bilik ja tau perasaan tu macam mana.

Lepas aku tunjuk Una, dia approved.  Janji ada makan, tu ja penting, hahahah..

Aku amik Travelodge kat Pasar Seni. Kalau dari KL Sentral amik lrt turun Pasar Seni and jalan kaki sikit. Memang dekat gila kot.


Bilik kecik ja, tapi bagi aku okey ja




Overall alhamdulillah puas hati, cuma makan dia macam tak rasa la. Kalau baca komen kat booking.com memang sama, pasal makan yang banyak..hahaahha.. Tapi tak pa, Food Panda kan ada, hewhewhew.. order ja nok..

Bilik dia kecik sikit, especially jamban dia. hahah, tapi aku okey ja.

Nak tempah sini> booking or travelodge site

Okey, aku share yang tu dulu. Nanti aku sambung. Walaupun dah nak masuk 2020, hahah...

Bulan Sukan Negara 2019

Assalamualaikum..aiiip... Biasa la sibuk.. hari ni aku nak update kisah masuk fun run.

Alkisah bermula, bercakap-cakap omong kosong ja. Sekali terjadi sungguh. Adik-adik aku pernah ja masuk run. Aku ja kaki bangku. Memang sejak azali memang tak pernah bergiat dengan sukan. Habis kuat, jadi pom pom girl ja, hewhewhew...

Yang daftar semua adik aku buat. Maka pagi tu bermula la fun run pertama aku. Fun run yang aku join ni yang Bulan Sukan Negara tu dan buat kat Riverfront City sungai petani. Pukul 7am dah start. Dah la la tak buat latihan apa langsung.

Pagi tu aku terjah ja. Sampai dah lewat sikit, tengok dah ramai tengah stretching, goyang-goyang sikit, lompat-lompat sikit gitu la. Aku follow la sikit-sikit.


Kekunun tengah panaskan badan 
Habis ja, maka acara pun bermula la. Mula ada dengan adik lelaki aku  lagi, lepas tu, aku cakap, p la dulu, yang sorang lagi adik aku tak tau lepas mana dah. Maka berlari- lari manja la aku.

Lari dah terus berlari..
lari....
lari...
lari....
jalan..jalan...jalan....
dah mula rasa bila nak habis ni. Aku rasa 5km ja.Time tu baru ke sedari, 5km bukan kaleng-kaleng gais. Asal aku lari and jalan, aku tengok signboard, aik, ni kat Bakar Arang ni, omg.... jauh kot aku lari and jalan-jalan...hahahaha...

Mula cakap dalam hati, bila nak habis ni, bila nak habis... jauh lagi ni. alaaa.... Mula menyumpah diri sendiri dalam hati, hahahah.. Sampai ada yang lari sambil tolak stroller, aku potong dia, dia potong aku, aku potong dia, dia potong aku, aku rasa tercabar kot, dia tolak anak kot. Aku, lenggang ja. Tapi endingnya, dia meninggalkan aku jauhhhhhhhhhhh..... Sebab time tu aku rasa tak mampu berlari lagi dah.

Adik-adik aku memang hilang tah kemana la.. Aku cuma pastikan aku bukan la yang terakhir, hahahaha.. sikit-sikit selfie, nak tengok ada orang dak lagi kat belakang, hahahahahahah.. burukkan!hahah...

Lepas tu adik aku mesej cakap dia dah sampai. Oh man...Menjadikan aku lagi semangat nak sampai, hahah..Aku mula rasa positif sikit. Macam dah redhakan. Lagi satu nampak bangunan tanda-tanda dah nak sampai, hahaha...

Aku berjalan sat, lari sat, jalan sat, lari sat.. sorang-sorang dikelilingi dengan orang tak kenal.

Bila makin lama, dah dengaq lagu-lagu, tanda nak sampai la..

Dah nak sampai dah

Tengok orang belakang

Happy sikit dah nak sampai
And then aku pun sampai la. Lepas tu blur blur, eh kat mana nak masuk ni, vingung sebentar,hewhehwhew...


Ramai dah sampai weh, dah balik pun ada, hahaha...

Mesej adik aku tanya kat mana.





Lepas rest, photo-photo, tunggu bersurai and gerak la p cari makan.



Alhamdulillah, dapat jugak.



Tunggu depa nak berphoto plak..Lawan gaduh hang aku plakk..

Conclusion, aku rasa berjaya mencabar diri aku untuk buat sesuatu yang aku memang tak pernah buat and macam tak akan buat. Aku rasa puas hati and best. InsyaAllah, ada rezeki akan masuk lagi, tapi fun run ja la.

Balik tu apa lagi, sakit sana sini la, padan muka..hahaha Thanks untuk adik-adik i sudi ajak i, love both u laa..muahhh!!

Hey Klook!!

Assalamualaikum..hahaha.. Bila mood tetiba rajin, apa salahnya..

Aku nak share pasal klook  plak. Macam mana nak beli kat Klook plak kalau pakej macam nak ke Nami and seangkatannya la.

Mula-mula, register dulu, lepas tu hampa pilih la nak beli apa, and klik lakan. Contohnya, macam aku pilih ni.

Baca dulu, syarat-syarat dia, bagi paham.


Pilih tarikh yang nak p tu.

And pilih la pakej mana hampa nak. Klik ja yang mana nak, macam yang aku pilih tu, ada rail bike trip, jadi dia nak kita pilih, kita seorang ka, berdua ka, bertiga ka atau berempat. Klik la pilihan kita tu.

Kat sini aku amik 2, dia tak boleh klik lebih dari 2. Kalau pilih 3 pun, dia tak boleh klik lebih dari 3, so jangan risau hokey. Klik Book now.

Lepas tu kita kena pilih kat mana pilihan pick up kita, and isi la nama kita and partner in crime semua la yang dia mintak.

Pastikan isi maklumat yang betul, semak dulu okey.


Selesai, boleh buat pembayaran

Contoh iti dari Klook

Ada paham semua. Mudah saja... Ada macam-macam dalam klook ni. Kalau nak tau lebih lanjut boleh ke klook yerr..

Tapi lagi best kalau download apps je, and jangan lupa guna shopback, dapat duit lagi, hihihi...

Nota kaki:

Info tidak berbayar, saja share di waktu kelapangan

Pantai di Setiu Terengganu

Assalamualaikum..

Sebagai seorang yang memang suka laut gila, (walaupun tak pandai berenang,hahaha) ni aku post pantai aku lalu hari tu kat Setiu, Terengganu. Termasuk la Pantai Penarik.



Handphone cikai Huawei P10 Lite











Yang ni pulak dengan kamera Olympus E-PL7 












Moh la kite ke Terengganu lagi....

KKDay lah!

Assalamualaikum, haii..

Aku taktau nak update apa. Tapi aku rasa gedik nak update, hahahaha..Okey aku share ni la. Sebab hari tu ada yang tanya aku pasal aku amik pakej KKDay time p Nami Island.

KKDay aku tau sebab masuk dalam group RTK.  Aku pun try la search and aku tengok la pakej-pakej yang dia sedia. Memang murah sikit berbanding Klook bergantung kepada pakej dan syarat-syarat dia dan musim time aku p tu.

Macam aku amik pakej untuk Nami Island, Petite France and Ganchon Railbike harga RM440 bagi 2 orang.

Macam mana nak beli? Mula hampa register dulu. Bestnya, kalau pakai apps, jangan lupa guna Shopback gais. Nanti dapat duit, hahaha..

Lepas dah register, pilih pakej apa hampa nak.

Contoh yang ni

Baca la syarat dia semua ye, and fahamkan



Sudah baca dan dah buat pilihan.

Pilih la tarikh yang hampa nak tu

Pilih la pulak depart from where and time and nak makan or tak

Okey bila dah pilih dia akan tunjuk macam ni, ni untuk 2 orang
Okey cek nama no tel semua, and nama partner hampa sekali. Pilih payment and siap, boleh bayar.
Nanti dia akan email kat kita sekian sekian dah bayar semua. Selesai sudah dong! Mudah ja.. hewhewhew..

Nanti di hari kejadian, p tempat yang dah pilih tu and tunggu la, nanti ada staf dia akan ada situ.

Kat KKDay ni ada macam-macam. Nak beli simkad travel pun boleh, entrance ticket la dan macam-macam la.

And yang nak p Korea tu, depa kata sewa hanbook kat KKDaylagi cantik tapi i is lupa yang mana, hahaha.. Tipsnya, better sewa hanbook sesiap kat Malaysia, cakap berdasarkan pengalaman aku la.

Klik ke KKday. Selamat mencuba!

Nota kaki: Info tidak berbayar