Korea Aku Datang - Episod Seoul (Part 7)

Assalamualaikum..uiit...

Bangun pagi awal, mandi semua. Tengok hujan pulak renyai pulak. Dah la nak menapak tarik bag pulak. Maka sis bertabah ja la.

Kemas katil semua, cek bilik, okey boleh gerak. Jalan kaki la kami dalam hujan. Tapi tak la lebat. Dan tidak la jauh sangat.

Semalam dah sembang dengan Mr Kim. Sempat la tanya nak gerak ke airport. Dia cakap dia jalan kaki ja dari sini. Maksudnya memang dekat ja la dari rumah ni. Tapi sebabkan kami tarik bag, memang tak sanggup la nak tarik bag. Dah la hujan pulak. Cuma Mr Kim dah bagitau nak ke airport, kena tunggu ke seberang jalan.

So kami jalan and tunggu kat seberang jalan. Nak kepastian kami tanya pekerja kat GS25 lagi. Baik hati sangat sampai sanggup tunggu dengan kami kat dalam hujan tu sampai bus mai. Bus dah nampak dari jauh dia tunjuk naik bus tu. Appreciate sangat tau.

Naik bus pun tak dak panas pungkok kot. Sampai dah. Betul la Mr Kim cakap dekat ja. Kalau tak dak luggage ni aku dah jalan kaki dah,



Fligt pukul 10.40am , pukul 8am pagi dah kat airport. So tunggu ja la. Risau kalau lambat. Aku beli tiket Jeju Air. Search kat Skycanner dapat yang ni paling murah.

flight kami tak dak lagi dalam schedule, sebab awai sangat, hahaha

Muka nebes weh, aku always nebes, dengan muka orang sebelah yang happy sedia,hewhewhew
Sempat la makan strawberi semalam tak habis.

Semua self check in ye




Setelah kekenyangan, maka tak perasan yang gate sudah bertukar. Muna p ambil ayaq, aku perasan awat kat tv tu tak dak plak no flight aku ni. Ha.. sudah.. Muna mai aku ajak jom p tengok kot lain takut tukaq gate. Sekali jalan memang sungguh tukaq, huhuhu. Gate 1A. Nasib lagi la baru pukul 10.10am macam tu. So p toilet siap-siap, bila dah mai boleh masuk dah.





Pagi ni memang cuaca tak menarik sangat dah

Maka bermula la perjalanan kedua untuk ke Seoul pulak.

Waktu atas flight, bergegar jugak la. Tapi tak la teruk sangat. Orang lain rilex ja, mungkin dah biasa kot. Aku 1st time macam ni, kecut perut jugak. Time tu dah nak sampai, sebab aku sempat la lena. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah, aku selamat sampai.

Nampak bag aku dengan Muna mendarat dengan selamatnya



Excited dan nebes. Itu la perasaan aku time ni. Lepas amik luggage, nak cari bus untuk gerak ke tempat penginapan pulak. Macam aku cerita sebelum ni, aku cuma sempat study pasal Jeju ja. Mai tanah besar ni, aku last minit cari. Banyak yang cerita untuk naik AREX, subway, tapi oleh kerana tiada keyakinan aku untuk tukar exit bagai, dan dari buang masa nak sesat, aku and Muna decide ambik limousine bus ja dari airport. Memang ramai yang cakap mudah je naik subway, jimat.. bla..bla.. lantak la. Aku nak naik yang mudahkan aku. Sebab aku ni kalau tak sesat tak sah. hahaha.. So kami gerak exit 6. Sebelah exit 6 tu ada kaunter untuk beli tiket harga 7000krw per person. Oh, kami akan naik bus turun kat Myeondong. So bus kami naik is 6021. Ada kisah di sebalik cerita ni. Satgi aku cerita.

Tiket untuk 2 orang


Lepas tu dia staf tu cakap tunggu kat bus stop no 4. (yaka ayat aku,hhmm) Kat sini akan ada oang tampal sticker kat luggage hang.

Tunggu tak lama, sat bus pun sampai. Naik bus selesa la. Sebab aku dah print address aku kat kertas, aku tunjuk address tu ja la kat driver bas. Dah sampai dia akan habaq.

Atas bas seat 2+1

peminat BTS suka la ni

Perjalanan bus


Time dah sampai kena tunjuk tiket ni untuk dia keluarkan bag kita

Excited

Akhirnya sampai la kami. Singgah 7e dulu. Tapau apa yang patut. Lepas tu gerak la. Mula la adegan sesat jalan time ni. hahahaha.. Padahal tengok maps tu. Pakai Naver Maps salah, pakai Kakao Maps salah. hahaha.. Jadi pening sebab 1st time guna untuk jalan kaki. Selalu pakai Google Maps ja. Ni google maps bukannya boleh guna. huhuhu.. Alhamdulillah, ramai yang membantu. Local la yang membantu, walaupun tak reti cakap, tapi usaha cakap jugak. Lastly ada local yang pandai english, and Muna pun dah nampak jalan kat mana. Sampai jugak. Aku plak blur la apa lagi. Tarik bag sana sini, hahahah....

Rupanya dia belakang balai polis ja. Sebab sehari sebelum sampai, hostel dah whatsapp aku cakap bila sampai semua. Jadi aku dah bagitau la flight aku pukul berapa, jangka pukul berapa sampai. Hari sampai tu pun dia mesej aku bagitau no pin untuk masuk hostel and no bilik. Sebab receptionist tak dak kat situ selalu. Hostel aku duduk ni Star Hostel Myeongdong Ing. Berdekatan dengan jalan besar, dekat dengan GS25.

Tapi tak bestnya adalah kami kena duduk tingkat 3, dan tak ada lif weh. Yang pastinya tangga dia pesyen pusing-pusing tu and kecik giler kot dengan nak angkat luggage tu. Bila aku masuk tengok dalam hostel, terus terdiam seketika. Muna tengok aku, aku tengok Muna, tapi lepas tu Muna cakap ayat sedap hati, "tak pa, boleh ja angkat weh, tak pa, pelan-pelan." So Muna angkat dulu bag dia, aku jaga bag kami yang berangkai-rangkai lagi ni. Lepas tu aku pulak angkat. Lepas tu angkut yang lebih lagi tu. Masuk tengok bilik macam nak pengsan. Kecik tu boleh terima sikit la, tapi bila tengok dinding, alamak, aku dah mula say sorry kat Muna sebab tempah bilik ni. Muna cakap, tak pa, kita nak tidoq ja. Tak pa, janji boleh rest. Nak letak luggage pun tak muat. Nasib baik katil tu tinggi, so boleh letak barang-barang bawah katil. Nak solat, muat-muat ja. Sis redha ja la, sebab lepas dah booked baru perasan komen bersepah yang tak best pasal hostel ni. Tu pun dah perasan time tak boleh nak cancel dah. Tapi bestnya sebab depan jalan besar la. Tak la menapak jauh.

Belagak, kat Jeju duduk bilik besaq, mai sini, hamik kau, hahahah..




 Nama ja Myeondong Ing, tapi bukan kat Myeondong pun, kat Toegye-Ro 3 subway tak silap aku. Lepas landing atas katil, aku dok kelebek kertas aku print tu, baru aku perasan, sepatutnya dari Gimpo, aku kena naik bus 6001. Hadoiii.. Sebab tu la sesat. Ada ja bus stop dekat dengan GS25 tu. hadoiii.. Mula la menyesal. Tapi tak pa, bak kata Muna, struggle is real okey, hahahah..

Siap-siap lepas tu kami gerak ke Myeondong dulu. Buka Naver and follow, boleh tahan jugak la menapak, tapi sebab suasana sejuk berangin dengan panas suam-suam kuku, okey la, tak penat.

Finally kami sampai jugak tempat rakyat Malaysia paling suka bila mai Korea, hahahaha















Muna tengah cari skin care









Best tengok casing phone macam-macam patent la. Macam cute sangat. Memang nampak tu Korean style la. Adik aku kebetulan suruh beli casing phone dia. Dapat la.




 Ni dah kat bawah ni kat myeondong tu. Tengok ada macam-macam sticker artis weh. Muna cakap ada budak kat Malaysia tu agaknya ambik kat sini la kot buat jual sebab budak tu rajin mai Korea. Sticker pun boleh buat duit weh.

Mula la nak cari makan. Nanti aku sambung lagi.