Salam Ramadhan 1441h / 2020 di musim PKP

Assalamualaikum..uit..


Selamat berpuasa semua. Hari ni dah hari ke 7 kita berpuasa. Sat saja. Klip pop klip pop dah seminggu weh. Dan hari ni dah masuk PKP fasa ke 4 dah. Dah lebih kurang sebulan tak kerja secara formal. Duduk rumah ja.

Macam mana puasa hampa? Aku masuk hari ke 7 ni, dah kena la cherry berry walaupun masak sendiri, hahaha... Aku buat bihun goreng, cabai tu memang pedas aku rasa. Berapa kali la hari ni masuk jamban, tapi dah okey la. Hari ni tak tau nak masak apa. Rasa nak buat mee kari, tapi risau chery berry. Buat mee goreng ja la kot. Kena kurangkan pedas. makan gulai pun sakit perut bulan posa ni. Perut cap apa ntah.

Hari 1st posa aku spaghetti bolognese ja. Cucoq cod ja.  Lepas tu hari ke3 ka ha, lupa dah, aku buat buah melaka or ada orang panggil onde-onde.

taram ja gula cari tak jumpa




and buat puding oreo simple. aku tak buat la layer-layer, just simple ja. Beli satu pek ja oreo, hmmm, patut 2 pek..


and lagi aku buat serawa pisang or pengat pisang. Terpengaruh tengok Khairulaming buat, hihihi..


Kemarin aku buat bihun goreng pedas nak mampuih dengan welcome-welcome corn, hahaha...

Alahai rindu murtabak... Nanti sambung lain, aku nak blogwalking sat.


PKP @ MCO lagi lah!

Assalamualaikum.. aip...

Nampaknya aku update blog aku ni lebih kepada diari la lepas ni. hahaha.. Yang tak suka baca, scroll laju-laju ke bawah ye, Bab travel tak dak lagi.

source google

Hari ni aku p sekolah, lepas PT aku laptop dia problem. Dia habaq tak boleh edit, dia screen shot tengok dok keras kejong ja. Depa la ni sibuk dok buat gaji. Lepas tu dia habaq gb pun mai jugak sebab nak sain bagai. Aku keluaq pun lewat, pukul 10 jugak la. Sampai selesai dulu  hal laptop. Aku ni kira nasib baik la, sekolah dengan rumah tak sampai suku marhalah. So p tempat kerja tak payah surat la.

Tu pun aku perasan, apa ramai la atas jalan weh. Hampa nak p mana weh. Serius macam hari biasa. PT aku habaq, otw nak mai tadi atas jalan macam biasa. Padahal sungai petani tu, tak zon merah la, tapi ramai jugak la kena covid-19 ni. Tapi dok ramai tu la.

Tapi tak sat aku p tempat kerja balik, sebab handphone tertinggal. Nampak dah lengang sikit. Mungkin semua sibuk p beli barang basah kot. Aku cuba nak huznuzon ni.

source google

Tadi pun aku sempat p bank selepas masuk fasa ke 3 ni, 1st time la aku p amik duit weh. Tak payah cerita la berapa ramai orang kat mesin atm. Pakcik guard suruh p amik kat Insahniah, aku malas la nak masuk sana. Lepas tu dia cadang p mesin atm stesen minyak petron, aku p tengok tak dak orang. Tau dah la, duit habis la tu. Pusing p Public Bank plak, ramai sampai berpusing la barisan, p singgah kedai runcit dulu. Lepas tu p petronas tengok beratur panjang gila, last p bsn ja la. Cimb kat shell aku malas nak tengok dah, Parking kereta kat sekolah, jalan kaki ja.

Beratur lama jugak la, tapi mai dah kering duit ni, tunggu ja la. Alhamdulillah, dapat ambik duit. Pakcik belakang aku mintak tolong dia nak amik duit, aku tolong la, sekali duit tak masuk lagi. Kesian jugak. Entah berapa kali dia mai tak tau la.


Kadang yang jadi ramai ni orang nak cek duit masuk ja. Selalunya orang tua la. Mai 2 3 kali cek. Kalau ada ayah ka, mak sapa-sapa tu, tolong la mak ayah hampa. Aku tengok pun kesian. Nak marah pun ada, tapi huznuzon ja la. Kalau dah boleh amik duit tu yang muda-muda ni, elok ambik banyak siap-siap. Kalau ada tempat boleh pakai debit, credit kad lagi senang. Atau ewallet. Transfer masuk ewallet nanti scan ja p kedai. Tadi aku p kedai apek tu tengok ada ewaller, aku tanya boleh pakai ka, dia cakap boleh. Senang kerja.

Bak kata polis, beli barang siap-siap untuk seminggu ka, 2 minggu ka. La ni delivery pun banyak, Boleh guna. Aku tengok ada dok kecoh cakap kena bayaq delivery mahai. Tapi bagi aku, tu dah cukup murah, dari kita nak p drive, jalan cari barang lagi, balik pulak. Dalam rezeki kita, ada rezeki orang tau, Kalau kita berkira dengan orang, jangan tanya tetiba rezeki kita pun tuhan berkira. Rezeki tuhan bagi ni, tak semestinya duit, kesihatan, kasih sayang, ketenangan, who knows kan..

source google

Okey bab belajar dari rumah ni especially budak sekolah. Ada yang viral bapak marah cikgu sebab bagi kerja sekolah banyak. Yaampun, apekehel nye. Lepas tu marah pulak kalau cikgu buat anak dia. Ha ini lah dilema di alami cikgu kat sekolah. Aku yang bukan cikgu ni pun geram. Selalu ja ada ibu bapa yang mai marah cikgu macam-macam. Kes bagi kerja sekolah banyak ni pun ada kat sekolah aku. Sumpah lawak weh dengaq. Kita nak anak hang pandai, tapi boleh cakap lagu tu. Yang serang cikgu sebab pukul anak dia pun ada. Padahal cikgu tu bersabaq lama dah, sekali cikgu tu hilang sabaq, piap la kena. Nak mai sekolah dok gila sasau nak report ppd. Padahal anak dia buas yaamat kat sekolah tak sedaq, Lani ibu bapa pakat rasa la sorang sikit perangai anak-anak kat rumah pada musim pkp ni.

Tapi ada keluarga yang kurang senang, hp ada 1 ja, laptop pun tak dak, so kena share la belajaq. Aku pun kesian family macam ni.

Cukup la aku merepek hari ni. Letih pikiaq nak marah tengok orang suka-suka jalan-jalan sebab bosan dok rumah. Tu belum kira lagi yang balik dari Johor sampai kuala nerang kedah dalam musim pkp ni. 1 family kot, hang rasa apa. Orang kampung buat report la, takut kena berjangkit. Sekali family yang balik dari johor tu marah. Aku tak tau dia habaq apa kat polis depa boleh lepas dari selatan sampai utara ni. Penting dirikan. Selama perjalanan balik tu, takkan tak singgah mana-mana? Geram rasa tau.. Sorry la, penting diri kategori ni.

Dah panjang lagi, okey la, nanti aku sambung merepek lagi noo..

bababaiiiiiiii......

Aku di Musim PKP @ MCO

Assalamualaikum..aii... lama diamkan. Nak update tapi entah la. Idea nak tulis macam-macam, tapi bila mengadap blog ja, terus blur, hahaha, musim pkp ni jadi lagu tu kot aku ni. orang lain pernuh update blog. aku ja keras kejung kaku blog aku ni. patutnya aku nak update pasal p Yan hari tu, tak sempat nak pilih gambaq lagi la weh. Nanti la noo..

photo sumber google

La ni PKP dah masuk musim ke 3 weh. Pada firasat aku, lepas raya pun boleh jadi lagi ni PKP ni. Bila dah masuk fasa ke 3 ni, aku rasa dah boleh adapt dengan keadaan la ni. masa 1st tu, sumpah aku macam blur, macam tak boleh pikiaq. 1st day ja aku keluaq p amik adik aku kat Perlis. Lepas tu lama jugak tak keluaq, keluaq p ambik barang ja la. Lepas tu p beli barang sikit-sikit. Aku kan dok kampung, so abah aku p beli kat kedai dekat-dekat sini ja la.

Macam-macam isu la jadi sepanjang PKP ni. Dengan isu artisnya, isu yang p Korea dengan bangganya, lastly kena balik, hahah, isu polis marah la, isu tabligh, isu kayangan la ni, hmmmm....  bukan apa, ramai orang kat rumah la ni banyak masa sangat, tu jadi lagu tu. Termasuk aku, rasa nak maki orang ja yang keluaq tak jaga diri, keluaq jogging, keluaq dengan tak dak rasa salahnya. Sumpah tak paham. Aku boleh paham, kalau keluaq ada kerja, tapi yang memang saja nak keluaq, huh, geram jaa...

photo google

Kesian la kat frontliner kita, polis, askar, misi, doktor bagai. Letih tau sebenaqnya. Abah aku dok story kena roadblock ni, jumpa perangai macam-macam. Abah aku pencen polis. So aku boleh bayang la macam mana la depa yang kerja polis, askar semua tu, Yang misi, doktor tu, macam mana la layan manusia kayangan tu no. Kadang dengaq la mak abah aku selalu dok story perangai manusia-manusia ni, yang baik, baik, yang jenis angin ikut kepala dia, haghuu wehh... Mak aku bidan hospital dulu, dah pencen dah. Kalau boleh kat aku, hmmmm... aku pun mungkin serupajadi polis-polis yang dok viral tu aku rasa. Sapa la boleh sabaq weh..

Kesian jugak la kat kawan-kawan yang kerja sendiri, or makan gaji tapi tak dapat gaji, Macam mana nak hidup, dengan nak puasa lagi,huhu.. Tapi alhamdulillah, Malaysia ni pemurah rakyatnya, tak kira bangsa.  Sebab tu time macam ni la, kita boleh kenal setiap manusia tu hati budi dia. Boleh nampak la mana okey mana dak.

Aku dok rumah kerja lena ja la. Petang tolong sapu sampah ka, bakaq sampah ka, tak pun juruih pokok . Tu la keja aku. Tapi bestnya tak p kerja ni, tak payah seterika baju, hihihi..

Nanti aku sambung lagi la merepek, nak tengok Parner for Justice 2.



Adiosss!!