Cipta borang QR Code

Assalamualaikum..haii..

Oleh kerana aku dah lupa macam mana nak buat borang and guna QR Code, aku nak share macam mana nak buat  Ni sesimple gila aku tunjuk.

1. Make sure ada google account ya, senang nak buat form guna google form. Bila dah pilih google form, dia akan terpapar macam ni.

Dia akan papar macam ni. So pilih la nak macam mana. 
 2. Bila dah pilih boleh la mula buat, hokeyy..


Macam aku, aku pilih contact information ja. So, bila dah terpapar macam ni, edit la nak ubah apa-apa. Dekat button kanan ada tulis short answer tu boleh klik and dia akan bagi kita pilihan nak buat form macam mana. Pilih la ikut suka hampa.

3.Kat belah bawah tu, kalau nak buang, nak soalan tu wajib atau tak di jawab boleh klik.

4.Contoh kalau kita pilih check boxes, dropdown, multiple choice.


5. Lepas hampa dah siap soalan tu, klik send kat atas kanan tu. Akan terpapar macam kat bawah, pilih yang link plak. Klik shorten link.

6.  Search https://www.qrcode-monkey.com/ and paparan macam kat bawah. Pilih url and paste macam kat bawah ni.

Kalau nak pilih warna and image qr code klik la yang kat set colors, add logo image and customize design tu. Dah siap create QR Code. Selesai. Download la nak print ka paper ka, or paste kat website ka. Selesai.

7. Macam mana nak tengok feedback?  Dekat soalan yang kita buat tu, boleh klik kat responses. Benda ni dia simpan dalam drive google kita. Selesai.


Buku Impian Jalanan - Teme

Assalamualaikum..haiii..
Aku nak share buku lain plak yang aku dah habis baca.

Impian Jalanan by Teme. Pasal buku kali ni, dia bercerita lebih kepada zaman kanak-kanak Ikiy. Apa yang diceritakan tu, terjadi ja dalam setiap zaman kanak-kanak kita. Aku pun.

Macam mana dia boleh melukis, dari kecik, dengan semangat dari orang sekeliling selain family, ada cikgu yang support di belakang. Macam mana nak membina keyakinan diri, nak berfikir waktu time kita kanak-kanak. Menarik bagi aku.

And bila dewasa, Ikiy menjadi seorang yang terlalu berfikir bak kata Ahmad. Dia berfikir jauh ke depan tetapi Ahmad adalah seorang sahabat yang sangat lah baiknya. Layankan ja la si Ikiy ni, hahahah..

Best untuk aku.

Blog gambar pulak

Assalmualaikum.. aip!!

Dalam aku dok godek-godek blog, baru aku teringat yang aku ada blog satu lagi dulu.



Time ni memang gila ambik gambaq, tapi hampeh, gambaq semua buruk weh. hahaha... Hakikat betoi oleh pengkrtitik photog. Tapi aku kan jenis syok sendiri. Janji aku happy,hewhewhew...

Last aku update 2014. Tahun ni pun rajin main flickr. Sekarang tidak lagi.

Ni blog aku inibokeh.blogspot.com

Saja dok syok sendiri bajet gambar cantik paling agung, hahahaahahaha

Masih relevan ke berblog?

Assalamualaikum, haiii...

Tajuk kat atas tu. Macam sesuatu, hahaha...

Kalau tanya aku, aku okey ja. Ada sorang hamba Tuhan ni, dia cakap, "Apa buat blog. Orang dah tak baca blog dah. Buang masa ja tulis blog."hahaha...Kejam benar kata-katamu.


Bagi aku dia depends on hang menulis sebab apa? Nak buat duit ka, sekadar menulis diary kehidupan, berkongsi ilmu yang ada atau attention seeker. Kalau hang menulis sebab nak buat duit and nak berkongsi ilmu aku rasa boleh ja berblog pun. Antara medium lain yang hang boleh pakai masa kini seperti Facebook, Twitter and Instagram. Attention seeker pun boleh pakai social media yang aku sebut tu. Yang mana hadap like, boleh la p kat sini. ;P Ada ja kawan-kawan aku yang sejenis hadap like ni. Bila like tu sikit, meggelabah, ko ghase? (Tepuk dahi)


Contoh orang berblog ni kat Blogspot and Wordpress. Yang tu ja yang aku tau.

Aku syok berblog. Entah, rasa best boleh taip panjang-panjang kat sini. Aku berblog since 2008. Tapi kadang tak dak idea nak menulis, mula la post lagu, hahaha, sebab nak post jugak. Kalau menulis and share sesuatu kat blog ni aku tak rasa malu sangat, sebab yang baca selalu tak kenal pun, hahaha. Kalau kat FB, ramai weh kawan aku, malu kot. Aku segan nak share apa-apa pun. Dalam segan-segan pun, ada jugak kawan-kawan baca. Rasa nak tutup bukak acc baru pun ada jugak, hahahha. Lagi satu komuniti blogging ni aku rasa tak dak la macam toxic. Banyak yang positif. Setakat yang aku baca la, tak tau la orang lain baca.

Dulu time tak dak telefon pintar, semuanya guna pc. So, orang masih menulis dengan blog. Tapi lepas dah ada telefon pintar ni, semua aplikasi dah boleh muat turun dalam telefon ja. Kan semuanya dihujung jari la ni. Jadi, blog ni agak ketinggalan la berbanding aplkasi lain. Tapi blog tetap ada peminat dia tersendiri. Boleh kata penulis blog ni, rare la, hahaha.


So, conclusionnya adalah, ikut suka la hampa nak menaip kat Facebook or blog. Gembira orang tak sama. Bahagia orang pun tak sama. Tepuk dada tanya selera masing-masing. Aku tak kisah ja memana pun, hewhewhew..

Buku Arkitek Jalanan - Teme

Assalamualaikum.. haiii... Lepas aku baca buku Pelukis Jalanan, aku tertarik nak baca buku Arikitek Jalanan ni.

Aku nak share buku aku baca ni. Tajuk dia, Arkitek Jalanan by Teme.


Sambungan dari Pelukis Jalanan yang aku baca hari tu.Aku rasa sedih bila baca buku ni. Buku yang 1st dulu pun dah buat aku tersentuh, tambah lagi buku ni. Aku rasa dekat buku ni dengan aku. Apa yang Teme rasa tu aku rasa semua mesti pernah lalui, termasuk aku.

Bila dia rasa down target dia tak dapat. fuhh... Tapi tu la, apa yang Ahmad cakap sangat betul. Apa yang Teme dah dapat macam-macam, tapi dia tak sedar pun.

Macam mana bila kita berserah kepadaNya, kita akan dapat lebih baik dari apa yang kita tak sangka.

Part Teme nak berpisah dengan Ahmad buat aku rasa tersentuh sangat. Macam mana kawan yang hang duduk susah sama senang, dah tak dak hang akan rasa kehilangan sangat. Aku pernah rasa perasaan tu.

Buku ni memang aku rasa dekat sangat dengan aku la. Sebab apa yang tertulis tu pernah aku rasa. Bukan la sama sejibik, tapi ada la. Macam mana hang nak didik perasaan redha dalam hidup hang. Hang nak berserah pada Yang Maha Esa.

Memang bagus la buku ni. Aku suka buku ni.

Aku suka ayat Ahmad cakap kat Teme ni.

"I used to super stressed. Stressed over my studies. Stressed over my capabilities. I'm agitated and worried when i think about mu future, about how i can find job, how do i make money..Everything. But i finally realized. If you worry you suffer twice. It's going to happen anyways. So just follow the flow."

Yes, follow the flow. Cabaran tu ada di mana-mana. Selagi hidup tu, macam-macam la masalah akan timbul. Tapi macam mana pun kita kena hadap jugak la kan.

Memang syok la. Bersahaja and aku suka sebab kertas buku ni tak tebal. hahah..Tak berat sangat.

Buku Sahabat Dunia Akhirat - Ustazah Asma' Harun

Assalamualaikum...aiii...

Hari tu sebelum start PKP tergerak nak beli buku ni.Sebab nampak macam best. Maka terbeli la.


Buku ni bagi aku sangat best. Penuh kata-kata nasihat. Sangat berbaloi. Bagaimana kita nak bersahabat, nak menghargai sebuah persahabatan tu dan renungan untuk memperbaiki persahabatan tu. Allah, aku baca buku ni, memang terasa sangat. Ada juga disertakan dengan doa-doa.

Antara kata-kata yang aku snap sikit boleh buat renungan.






Macam kata ustazah, 

"Jika dah ada sahabat dunia akhirat, jangan lepaskan. Pegang kuat-kuat walau kadang terguris. Jika belum, berdoa dan carilah dengan bersungguh-sungguh."


Sebab beli dekat adik ustazah, dapat la sain, hihihi. Kebetulan sebab dia balik kampung katanya. Ni kawan aku la tolong beli.

Pelukis Jalanan -Teme

Assalamualaikum.. aiii...


Aku nak share pasal buku aku baca hanya dalam masa 2 hari ja weh. hahaha..



Buku ni satu buku yang boleh buat orang inspired la senang cakap. Macam mana permulaan Teme sambung penajian di luar negara. Macam mana mendidik jadi manusia berguna, ada prinsip hidup. Yalakan, umur pun masih muda, masih tercari-cari hala tuju.

Bila muda lagi ni, dia macam lalang, kata hati sentiasa berubah.

Bermotivasi and sesuai untuk di baca semua. Even aku dah tua pun masih rasa best baca tau.

Buku Tuan Direktur - Hamka


Assalamualaikum.. haiii.. 

Aku nak share pasal buku Hamka yang aku baca kali ni. Tajuk adalah Tuan Direktur. Buku ni nipis weh, tapi hazab la aku nak habiskan pun. Lama jugak la. PKP jugak la dapat habiskan. 



Tuan Direktur ni merujuk kepada Jazuli yang merantau ke Surabaya dan membina perniagaan di sana. Bila dia perniagaan dia dah semakin maju, dia lupa diri.

Watak Pak Yassin adalah watak yang menarik. Seorang lelaki tua yang mampu hidup senang bagi aku, tapi memilih untuk hidup dalam kesederhanaan sambil membantu orang di sekelilingnya. Pak Yassin pun seorang yang berilmu, walaupun luaran nampak seperti biasa. Maksudnya jangan pandang orang pada luaran hokey.

Antara petikan dari buku yang aku suka:

"Fikirlah olehmu Jazuli, bahawasanya kekayaan wang tetapi miskin di dalam sahabat handai adalah kemiskinan sejati, tandanya budi orang itu budi batu dan hatinya hati yang telah dingin sebagaimana dinginnya ais. Janganlah engkau tertipu lantaran beroleh beberapa orang sahabat yang datang bukan dari duniamu dan masyarakat yang bukan dari masyarakatmu. Itu bukan sahabat, itu hanyalah kenalan. Kepada mereka, tidak akan dapat memberitahu kesusahan kita hanya kesengan semata. Sahabat pada waktu susah, itulah yang perlu, dan itu pulalah sekarang yang lari dari dekatmu. Padahal engkau tidak akan dapat menghindar dari kesusahan, percayalah!" 

Buku Hamka tak pernah mengecewakan.