Buku Tuan Direktur - Hamka


Assalamualaikum.. haiii.. 

Aku nak share pasal buku Hamka yang aku baca kali ni. Tajuk adalah Tuan Direktur. Buku ni nipis weh, tapi hazab la aku nak habiskan pun. Lama jugak la. PKP jugak la dapat habiskan. 



Tuan Direktur ni merujuk kepada Jazuli yang merantau ke Surabaya dan membina perniagaan di sana. Bila dia perniagaan dia dah semakin maju, dia lupa diri.

Watak Pak Yassin adalah watak yang menarik. Seorang lelaki tua yang mampu hidup senang bagi aku, tapi memilih untuk hidup dalam kesederhanaan sambil membantu orang di sekelilingnya. Pak Yassin pun seorang yang berilmu, walaupun luaran nampak seperti biasa. Maksudnya jangan pandang orang pada luaran hokey.

Antara petikan dari buku yang aku suka:

"Fikirlah olehmu Jazuli, bahawasanya kekayaan wang tetapi miskin di dalam sahabat handai adalah kemiskinan sejati, tandanya budi orang itu budi batu dan hatinya hati yang telah dingin sebagaimana dinginnya ais. Janganlah engkau tertipu lantaran beroleh beberapa orang sahabat yang datang bukan dari duniamu dan masyarakat yang bukan dari masyarakatmu. Itu bukan sahabat, itu hanyalah kenalan. Kepada mereka, tidak akan dapat memberitahu kesusahan kita hanya kesengan semata. Sahabat pada waktu susah, itulah yang perlu, dan itu pulalah sekarang yang lari dari dekatmu. Padahal engkau tidak akan dapat menghindar dari kesusahan, percayalah!" 

Buku Hamka tak pernah mengecewakan.

0 Comments