Masih relevan ke berblog?

Assalamualaikum, haiii...

Tajuk kat atas tu. Macam sesuatu, hahaha...

Kalau tanya aku, aku okey ja. Ada sorang hamba Tuhan ni, dia cakap, "Apa buat blog. Orang dah tak baca blog dah. Buang masa ja tulis blog."hahaha...Kejam benar kata-katamu.


Bagi aku dia depends on hang menulis sebab apa? Nak buat duit ka, sekadar menulis diary kehidupan, berkongsi ilmu yang ada atau attention seeker. Kalau hang menulis sebab nak buat duit and nak berkongsi ilmu aku rasa boleh ja berblog pun. Antara medium lain yang hang boleh pakai masa kini seperti Facebook, Twitter and Instagram. Attention seeker pun boleh pakai social media yang aku sebut tu. Yang mana hadap like, boleh la p kat sini. ;P Ada ja kawan-kawan aku yang sejenis hadap like ni. Bila like tu sikit, meggelabah, ko ghase? (Tepuk dahi)


Contoh orang berblog ni kat Blogspot and Wordpress. Yang tu ja yang aku tau.

Aku syok berblog. Entah, rasa best boleh taip panjang-panjang kat sini. Aku berblog since 2008. Tapi kadang tak dak idea nak menulis, mula la post lagu, hahaha, sebab nak post jugak. Kalau menulis and share sesuatu kat blog ni aku tak rasa malu sangat, sebab yang baca selalu tak kenal pun, hahaha. Kalau kat FB, ramai weh kawan aku, malu kot. Aku segan nak share apa-apa pun. Dalam segan-segan pun, ada jugak kawan-kawan baca. Rasa nak tutup bukak acc baru pun ada jugak, hahahha. Lagi satu komuniti blogging ni aku rasa tak dak la macam toxic. Banyak yang positif. Setakat yang aku baca la, tak tau la orang lain baca.

Dulu time tak dak telefon pintar, semuanya guna pc. So, orang masih menulis dengan blog. Tapi lepas dah ada telefon pintar ni, semua aplikasi dah boleh muat turun dalam telefon ja. Kan semuanya dihujung jari la ni. Jadi, blog ni agak ketinggalan la berbanding aplkasi lain. Tapi blog tetap ada peminat dia tersendiri. Boleh kata penulis blog ni, rare la, hahaha.


So, conclusionnya adalah, ikut suka la hampa nak menaip kat Facebook or blog. Gembira orang tak sama. Bahagia orang pun tak sama. Tepuk dada tanya selera masing-masing. Aku tak kisah ja memana pun, hewhewhew..

No comments:

Post a Comment