Assalamualaikum..aiii.. Aku share drama Lie Afte Lie plak la. Aku baru habis tengok. Mula-mula macam malas tengok, tapi saja la bukak episod 1, rupanya best. Padahal mala nak tengok drama sedih-sedih ni. Tapi jalan cerita dia jadi menarik plak.
Cerita ni mengisahkan pasal Ji Eun Soo (Lee Yu Ri) yang dituduh membunuh suami dia. Suami dia ni plak anak caebol pulak. Dan waktu dia dipenjarakan, dia mengandung. Tapi atas sikap mak mertua dia yang jahat nak mampus, mak mertua dia mintak anak dia untuk dijaga.
Lepas dia keluar penjara selepas 10 tahun, dia p cari anak dia. Rupanya mak mertua dia tak jaga pun anak dia, tapi anak dia diserahkan kat rumah anak yatim. Anak dia ni pun sebenarnya dah diambil sebagai anak angkat oleh seorang wartawan ni, Kang Ji Min ( Yeon Jung Hun). Pada asalnya anak dia yang sebenarnya sepatutnya di bunuh tapi bekas setiausaha mak mertua dia tak bunuh pun.
Selepas tu dia berusaha untuk kembali dengan anak dia and bila mak mertua dia tau yang cucu dia masih hidup, dia cuba nak porak perandakan hidup Ji Eun Soo ni.
Cerita ni memang best. Rating tinggi kat viu pun.
Tapi aku memang geram kat mak mertua dia. Gamak la nak bunuh baby kot. Sebab konon nak balas dendam. Padahal yang mati tu pun bukan anak betul dia. Di sebalik kebaikan yang dia buat, sebenarnya hati mak mertua dia busuk.
Aku asyik share cerita korea ja kan, hahahaha, tak pa la, janji blog ni berupdate.
Hari tu tengah scroll fb, tetiba tertengok short video pasal filem Okay Madam. Best jugak, lawak. Aku pun apa lagi, search la, hahahahah... tapi dapat sub Indonesia ja. Boleh la dari tak dak.
Cerita ni mengisahkan pasal Mi Young (Uhm Jung Hwa) yang dapat tiket menang untuk ke Hawaii. Husband dia Seok Hwan (Park Song Woong) ni cuma juruteknik komputer ja and Mi Young ni bukak kedai jual makanan kecik-kecik ja, so tak la senang sangat nak terbang p Hawaii pun. Tapi sebab anak depa, depa p jugak.
Kat sini la bermula kejadian yang tidak dingini. Rupanya, Mi Young ni dulu adalah bekas ejen risikan Korea Utara, manakala suami dia pulak, bekas ejen NIS iaitu Korea Selatan. hahaha..
Bagi aku cerita ni best, kalau nak tengok dengan budak-budak pun okey, ada action skit, best la.
Tiap-tiap hari post pasal kdrama ja kan aku ni, hahaha... Aku saja nak simpan sini and nak keep update blog aku ni. Dah tak ke mana-mana, so update pasal drama ja la. huhu. Aku tak mau la jadi macam hari tu, lama tak update, last malas nak update, maka tergantung sepi la blog aku.
Sebenarnya Partner for Justice season 1 aku dah tenngok hari tu. Kebetulan time PKP hari tu, godek-godek, nampak season 2. Layan ja la. Aku kan sejenis suka cerita yang macam ni. Cerita polis, doktor, gaduh-gaduh, siasat sapa kena bunuh bagai, sebab cerita macam ni buat aku berfikir. Aku kan sejenis suka memikir. huahuahau.. Dulu suka layan, NSIC, CSI, la dah berumur ni, layan mana-mana ja.Lepas tengok drama ni baru aku tau kerja dr forensik tu macam mana. Dr orang mati. Selalu tengok dr orang mati.
Pelakon masih sama cuma ada yang bertukar jugak, kecuali main pelakon doktor-doktor and pendakwaraya masih sama.
Cerita ni berkenaan dengan Dr. Baek Beom dan Pendakakwaraya Eun Seol yang selesaikan kes-kes bersama. Kalau tengok season 1st, tau la dr Baek Beom ni jenis keras kepala, hati batu sikit. Dia selalu bertindak dengan fakta. Dia tak suka assume sesuatu tanpa bukti yang nyata. Ha,, amik, nak selesai kes, mau bergaduh la. So ramai la orang tak puas hati dengan dia. Tapi dia kira apa. Asal dia adalah dr perubatan. Atas masalah tertentu, dia kat forensik. Best la cerita ni bagi aku. Macam Dr. Romantic jugak.
Kalau nak tengok season 2 ni, lagi baik tengok season 1st, sebab bersambung. hihihi...Yang ni, season 1 aku share sikit.
Tengok tajuk diatas? Aku baru menghabiskan drama tersebut. hewhewhew... Aku rasa aku asyik layan cerita sedih ja, laki curang, orang mati la, la ni aku nak layan kisah cinta-cinta sikit. Lawak sikit, sedih sikit. Bila tanya adik aku, cakap best, so kita tengok ja la. Aku dah penat layan drama curang-curang ni. Letih nak marah ja, hahaha. Aku kalau layan drama, sekali aku masuk dalam drama tu. feeling lebih kau..hahaha
Cerita ni pasal Yoon Se Ri (Son Ye Jin), yang tengah syok naik paragliding, and tetiba cuaca tak elok dan dah masuk kawasan Korea Utara. Time ni la dia jumpa Kapten Ri Jong Hyuk (Hyun Bin), tentera Korea Utara yang cuba nak selamatkan dia. Se ri ni anak chaebol, so bukan biasa-biasa la. And Kapten Ri ni pun anak orang penting jugak. Macam-macam usaha la yang dia buat untuk hantar Se Ri ni balik.
Ada banya point best jugak drama ni selain dari percintaan. Especially persahabatan la.
Macam 4 sekawan tentera ni, Pyo Chi Su, Kim Ju Muk, Park Kwang Beom dan Geum Eun Dong.
Masing-masing jaga antara satu sama lain. Walaupun si Pyo Si Chu tu mulut lepas. hahaah... Time kat Korea Selatan lagi la, nampak sangat friendship forever, hahaha..
Kesian jugak kat Man Bok, dia kena jadi orang suruhan Jo Cheol Gang. Man Bok ni jugak la yang tau pasal abang Kapten Ri kena bunuh. Padahal abang Kapten Ri ni baik sangat dengan dia. Mula la dia rasa bersalah. Dia pun berpaling tadah dan baik dengan Kapten Ri.
Maka 4 sekawan dengan Man Bok ni di hantar ke Korea Selatan oleh ayah Kapten Ri untuk selamatkan Kapten Ri. Cenggitu...
Selain tu persahabatan makcik-makcik kampung tu best jugak. Walapun kadang-kadang elemen kaki kipas tu sentiasa ada, hahahah...
Part sedih selain Se Ri dengan kapten adalah Seo Dan dengan Goo Seng Joon. Kesian kat Dan. Padahal aku memula menyampah dekat Dan. Endingnya aku kesian dekat dia.
And aku suka Seo dan punya imej. Lawa. Mak Dan memula aku nyampah, lama-lama rasa bagus jugak dia ni. Buat sesuatu untuk anak dia. And endingnya dia tak paksa anak dia untuk cari jodoh.
Best la bagi aku drama ni. Malas nak cerita lebih-lebih. Tak reti. Time airing dulu, tak tengok pun, walaupun trending. Sebab aku ni bukan reti sabaq kalau tengok drama, satgi kena tunggu sambungan lama sangat. Bak aku tunggu habis, tenang sikit nak tengok. hahahah...
PKP ni aku rasa aku dah start tengok drama korea. hahaha, apa la nak jadi ni..hahaah.. Tak pa, tengok sekadar hiburan ja, syok-syok..
The Good Wife ni dah lama tahun 2016 lagi. Aku saja scroll kat VIU tu, macam best, layan ja la. Tapi drama ni remake drama Amerika.
Drama ni mengisahkan pasal Kim Hye Kyung (Jun Do Yun) yang terpaksa kerja tiba-tiba sebab suami dia Lee Tae Joon (Yoo Ji Tae) terlibat skandal dan kena masuk penjara. Le Tae Joon ni pulak pendakwaraya, so ramai la musuh. And suami dia ni pun terlibat dengan perempuan lain jugak, iaitu staf dia sendiri. Yaampun, awat la aku selalu terlibat dengan drama macam ni, hahahaahah...
Dalam masa yang sama kawan baik dia pun suka kat dia. Ko ghase?..
Banyak masa betoi aku dok layan drama korea ni weh, hahaha.. Layan p la.
Waktu airing dulu, alkisahnya dok mai iklan la pasal drama ni. Bila aku tengok trailer dia macam best. And aku rasa nak tengok.
Okey, nak share sikit sinopsis drama ni.
Mengisahkan Na Jung Sun (Jang Na Ra) wanita yang sukses dalam kerjayanya. Kerja dia ni untuk deal dengan golongan VIP dan VVIP. Kiranya dia ni hebat la. Dia juga gembira dengan perkahwinan yang di bina dengan Park Sung Joon (Lee Sang Yoon). Depa ni bekerja satu pejabat. Tapi depa ni tak dak anak.
Dan keadaan berubah dengan tiba-tiba bila Jung Sun ni dapat mesej yang suami dia ni ada hubungan dengan perempuan dalam pejabat dia yang juga merupakan kawan-kawan dia jugak. Ko ghase?!
Tekanan perasaan aku tengok drama ni. Laki dia ni dah dapat perempuan punya baik tu, nak jugak orang lain, hadoii...
Bermula la episod pencarian siapa perempuan yang ada hubungan dengan suami dia. Dan bila dia tanya kat suami dia, memang suami dia mengaku and bagitau dah berpisah. Padahal sebenarnya, suami dia masih lagi dok jumpa perempuan tu.
Perasan la, sebenarnya suami dia dah rasa bersalah. Nak balik kat isteri, isteri dah buat tak tau, so si skandal pulak rajin melayan, layan p j la. Yang si isteri ni, menangis ja. Dah la menipu pulak.
Nasib ada kawan-kawan yang sentiasa bersama. Jung Sun ni pulak, dia agak trauma sebab mak dia tinggalkan dia dah ayah dia untuk ikut lelaki lain. So dia memang takut kalau ditingalkan. Bila suami dia buat, dia memang tak boleh terima la.
Husband dia buat keputusan untuk bercerai, tapi Jung Sun tak mau. Dia nak siksa laki dia and skandal dia. Mula la berlaku perang dingin dalam pejabat depa. And skandal suami dia pulak adalah anak luar nikah big boss dia, ko ghase!
Tapi endingnya Jung Sun buat terima keadaan tu and nak bercerai dengan suami dia. Suami dia pulak terkejut. Dan dalam masa yang sama hubungan si Park Sung Joon ni dah viral. Kecoh la. Bapak skandal dia tu, suruh putuskan hubungan dia dengan Sung Joon ni. Kalau tak dia akan tarik balik segala kesenangan yang dia bagi. So, perempuan tu pun putus la dengan Sung Joon ni. Gila hang, takkan nak tinggalkan kesenangan yang dah dikecapi ni nak hidup balik susah.
Lepas tu baru la Park Sung Joon ni sedar, and menangis teresak-esak gitu. And sebenarnya Sung joon ni pun anak luar nikah, and Jung Sun ni tak tau. Lagi la Jung Soon ni terasa bila husband dia, Sung Joon ni tak habaq kat dia. Dia rasa 10 tahun kawin pun dia belum kenal sepenuhnya laki dia ni. Husband dia anggap kalau bagitau pasal ni, mungkin Jung Soon akan tak dapat terima sebab backgroud dia kena tinggal dengan mak dia. Tapi kalau habaq pun, kalau sayang, aku rasa dia boleh ja terima, kalau tak terima tak dak jodoh la..
Sisi cerita kawan-kawan Jung Sun pun ada jalan cerita yang menarik. Tak boring la drama ni.
Moral aku rasa, apa-apa pun jangan ada rahsia. Tak puas hati apa-apa, cuba bincang elok-elok. Pendam tak dapat selesai masalah. Perempuan dia boleh berubah sekelip mata walapun asalnya dia lembah lembut mak inang sari ye kalau kesayangan dia diganggu.
Memang emo la aku layan drama ni. Rasa nak tumbuk si Park sung Joon. Eh, boleh pulak aku karang panjang-panjang. Nampak dak berapa emonya aku boleh hafal jalan cerita.hahaah... Ni sikit, kalau nak cerita detail, aku mungkin kena lukis kot, hahahaha...
Baru habis tengok drama Dr. Romantic 2. Sebelum ni dah layan yang musim pertama. Yang musim pertama pun dah best, apatah lagi yang kedua.
Awat la aku dok tengok drama korea la ni, hadoi.. hahahaha
Untuk musim ke2 ni, pelakon lain plak and mean ada watak baru.
Kali ini ia mengisahkan Cha Eun Jae (Lee Sung Kyung) yang terpaksa ditukarkan ke Doldam hospital sebab buat masalah dalam bilik pembedahan dan Seo Won Jin (Ahn Heo Syeop) yang terlibat dengan masalah dalam and masalah diri sendiri, tersamapilah kat Doldam Hospital.
Kat Doldam hospital ni jumpa la Dr Kim, pakar bedah.
Episod kali ni tak habis lagi pasal Do Yoon Wan yang nak merampas hospital tu. Dia p hantaq pulak Dr. Park Min Guk ni, pakar bedah terkemuka. Macam-macam perkara la berlaku masa ni.
Tengok trailer pun best
Waktu season 1 pun best. Ada Seo Hyun Jin.
Share sikit trailer musim 1.
Bagi aku 2 musim best dan ada cerita tersendiri. Tak rugi la tengok. Aku suka cerita-cerita macam ni.
Ada 1 pc, yang hardware pun biasa-biasa ja, boleh bubuh win 8 ja, boleh la, asal jalan. Nak install video editor, so install Open Shot dengan Filmora ja la. Boleh la, dari tak dak kan.
Nak simpan sini video editor simple-simple yang aku pernah pakai:
1.Windows Movie maker.
Yang ni selalu dulu kalau dalam pc mesti dah ada. Aku rasa paling simple la nak guna, tak
susah.Aku kalau mai malas, pakai yang ni jugak. Pc cikai pun boleh install and nak buat
video simple-simple okey ja.
2.Open Shot Video Editor
Ni pun simple jugak. Tarik and pilih lagu and video or gambar nak buat video tu. Tapi tak best
tu, kalau video bergegar nak adjust memang tak boleh la plak. Antaramuka dia pun macam
premiere dah. Kalau pc biasa-biasa ja, boleh j nak install yang ni. Untuk video simple-simple
ja.
3.Filmora
Yang ni best and mudah. Tapi tak bestnya berbayar la. Kalau dah buat video tu kalau free ada
watermark. Kalau rajin, cari crack dia, or dapatkan secara sah, hihii.. Aku sendiri pun pakai
yang ni ja kadang. Pc tak boleh cap ayam sangat. Nanti dia slow plak. Tapi tak la seberat
premiere tu.
4.Adobe Premiere
Yang ni tak mudah tak susah. Ada macam-macam butang and cara guna. Kena selalu guna
pandai la. Tapi kalau edit pakai yang ni memang sempurna rasa. Tapi make sure pc cukup
sesuai untuk install, jangan nanti nak render berjanggut la, hahahah.. Boleh cari crack or
what so ever, atau boleh la dapatkan secara sah. hihihi