Kim Ji Young born 1982

 Assalamualaikum.. haii.. 

Aku dah tengok filem Kim Ji Young born 1982 ni. Best. Filem ni asal adalah dari novel yang menggunakan tajuk yang sama. Sebab tengok adalah kerana ada Gong Yoo. The point asalnya. hihihi..



 

Cerita mengisahkan mengenai Kim Ji Young (Jung Yu Mi) seorang perempuan biasa, macam perempuan-perempuan lain jugak, yang bekerja di PR Agensi. Dia berkahwin dengan Jung Dae Hyun (Gong Yoo) dan mempunyai seorang anak.

 Dia berhenti kerja sebab nak besarkan anak dia. Dalam dia tak sedar, sebenarnya dia sakit. Kadang dia akan bercakap macam dia adalah mak dia, and kadang dia akan bahasakan dia nenek dia yang dah lama mati tu. 


 

Sampai la mak mertua dia tau. Husband dia mintak untuk p jumpa pakar. Tapi Ji Young ni tak percaya. Dia rasa dia tak sakit. Sebenarnya, dia mungkin dah mengalami tekanan sebab keadaan sekeliling. 

Dia study sampai ijazah, tapi terpaksa bekorban cita-cita dia demi untuk uruskan rumahtangga. Keadaan family mertua dia  mungkin salah satu. 

Cerita ni bagi aku keadaan yang berlau dalam kehidupan kita. Dalam rumahtangga, dalam bekerja. Aku respect husband dia, still bantu Ji Young ni, sampai menganggap sebabkan kahwin dengan dia, Ji Young ni sakit. 

Aku tak mau la komen lebih-lebih, aku tak kahwin lagi, hahahah... tapi best la cerita ni. Memang patut tengok.