Drama Korean Dinner Mate

 Assalamualaikum... Uit... Drama yang ni best jugak. Pelakon perempuan dalam ni yang berlakon dalam Crash Landing On You tu, Seo Dan. hihihi......


Cerita ni pasal Woo Do Hee (Seo Ji Hye) yang putus cinta dengan boyfriend dia kat Jeju. Acah-acah nak buat kejutan, sekali si Do Hee ni yang terkejut tengok boyfrined dia dengan perempuan lain. Time ni la dia jumpa Kim Hye Kyung (Song Seung Hyun) seorang psychiatrist. Depa mula berkawan time kat Jeju ni sebagai teman makan, atau macam tajuk kat atas tu, Dinner Mate.

Yang syoknya, depa tak pernah bercerita mengenai diri depa sendiri, nama, kerja apa. Depa hanya jumpa untuk teman makan, minum and sembang-sembang. Mungkin boleh kot guna cari ni cari jodoh, hahahahaahahahah....

BF dan dalam CLOY la, hihihi



Okey, bes, boleh layan.

Start Up Drama Korea

 Assalamualaikum,,,  Kalau tengok tajuk kat atas, mesti peminat drama korea tau drama ni. 


Macam biasa la, aku kalau nak tendok drama korea ni, mesti tertengok ilam kat facebook. Lepas tu cari la. Time tu tak airing lagi. tapi dah cakap nak tengok la drama ni. Sebab nak tengok adalah kerana pasal teknologi it masa kini giteww...

1st episod okey, layan, masuk 2nd episod aku dah mula mnyampah dengan 3 sekawan ni. Rasa annoy betoi. Macam bajet best, perasan baguih, especially bila 3 orang ni duduk sekali. Fuhh, meluat gila rasa. Tapi aku sabor je la tengok.

Tapi kesian jugak la kat Dosan ni, ayah dia selalu macam selalu bagi tekanan kat dia. So, dia jadi macam selenga sikit. Tapi dalam selenga tu pun, belagak, poyo.

Han Ji Pyung punya watak, agak keras sikit kata-kata. Straight to the point ja. Ada aku kisah. hahah.. Tapi apa yang dia kata tu betoi, tapi sedikit kasar. 

Disebabkan aku menyampah watak dosan dengan dalmi ni, bila dah masuk episod 14, aku dah mula skip part depa. HAHAHAHA...

Disebabkan drama ni, Kim Seon Ho femes. Dan disebabkan Kim Seon Ho, aku dah terlayan 2D1N, hahahah.. Nasib best.

                                        Aku suka part ni. Terus terang teruih dia cakap.

Overall best la, cerita pasal bisnes, pasal it. I like it!

Aku malas nak cerita banyak-banyak, rasa ramai ja tengok drama ni. Emo jugak la tengok drama ni. Habis ni, habis la..



Okey, sekian..

#Team HanJiPyeong


18 Again Drama Korea

Assalamualaikum.. iutt..

Lama menyepi. Tak sibuk pun, cuma macam tak tau nak update apa. Hari tu ke AOR dengan Wafa. Nanti la aku update. Gambaq pun tak transfer lagi. Follow drama korea dulu la noo...

Drama yang aku habis tengok, 18 Again. Katanya drama ni adaptasi drama 17 Again. Aku tak tau la plak drama 17 Again tu best ka dak. Tapi bagi aku 18 Again ni best.


Cerita ni mengisahkan mengenai Hong Dae Young yang berkahwin dengan Jung Dae Jung. Depa dah kawin since lepas sekolah sebab Dae Jung dah pregnant. Bila dah kawin awal ni, segala cita-cita dan impian depa terpaksa la dikorbankan. Macam Dae Yong ni nak jadi pemain bola keranjang, tapi dia terpaksa korbankan cita-cita dia tu demi Dae Jung dan anak-anak dia. Depa dikurniakan sepasang kembar lelaki dan perempuan.

Banyak yang Dae Yong and Dae Jung buat demi untuk keluarga depa. Sampai kadang depa bergaduh. Satu hari Dae Young ni dalam keadaan marah dia marah-marah and bertukar jadi diri dia umur 18 tahun. 

Best cerita ni. Lawak-lawak, dalam masa yang sama ada unsur nasihat lagi. And pelakon yang bawak watak Hong Dae Yong muda pun best, sebab dia menjiwai watak dia jadi ayah tu.