Assalamualaikum...haiii...
Maka muncullah aku dia tahun 2021, hahah.. malas yaamat la nak update blog ni. Bukannya apa, sebab kena ada mood nak karang buat ayat bagaikan.
2020 berlalu macam tu ja, sedaq-sedaq dah 2021 weh. Tapi aku rasa macam-macam jugak aku buat tahun 2020 ni. Ha la, tahun di mana kita bersama dengan covid-19 yang datangnya dari Tanah Besar China. Bulan 3, kita dah mula PKP. Pertama kali dalam seumur hidup akan jadi kenangan setiap orang pasal virus ni. Sampai kita tak boleh ke mana-mana and kena sentiasa patuh dengan SOP. Bayangkan, tak boleh bersentuhan macam selalu, and virus tu plak kita tak nampak.. fuhh...
Aku terpikiaq jugak macam zaman dulu-dulu bila kes Virus Tibi and sangkatan dengannya la, macam mana depa hadapi, macam tu la lebih kurangnya kita la kot. Cuma dengan zaman kita ni, kehidupan dengan lebih canggih mungkin kita tak terasa sangat sebab zaman dah berubah.
Tahun 2020 ni, aku rajin la masak and try resepi baru. Maklum la, duduk rumahkan. Tapi tak la masak resepi gempak, biase-biase jew..hewhewhew.. Bulan puasa pun ada jugak masak resepi barang dua, hahaah..Tahun 2020 ni jugak la, aku tak p Pasar Ramadhan buat pertama kalinya. Delivery ja. Kalau dak, aku boleh hafal la gerai- gerai kat PARAM tu, hahahaha...
Tahun ni jugak aku tak dapat ke mana-mana. Paling jauh aku p KL. Tu pun sebab hantaq barang adik aku. Lain tu aku p AOR ja. Tapi tak dak la rasa bosan ka apa pun, sebab sebelum ni pun, aku ni memang jenis Home Sweet Home pun. So, dapat duduk rumah tu rasa nikmat la. Kadang-kadang tu rasa jugak nak berjalan kluaq, kadang ja la.
Tapi sebenaqnya, tahun 2019 tu aku memang dah tak plan sangat nak p mana-mana tahun 2020. Sebab? Sebab aku jatuh miskin dah, hahahahahahaa.. Oleh kerana rumah aku dah siap, around bulan 8 2019, aku dah start bayaq rumah. Maka bermula la aku bernafas menggunakan insang sekarang, hahahaha.. hap..hap.. hap rasa la ni, hahahaah... Maka aturan Allah tu sungguh cantik, tak sangka musim covid ni time aku rasa aku kena kurangkan jimba-jimba aku. Allah dah susun cantik untuk hamba dia... Tapi kalau cakap pasal rumah ni, boleh buat darah tinggi jadinya. hmm.. Macam-macam drama beli rumah ni. Kadang rasa nyesal plak beli rumah. hmm..Nanti aku buat story macam mana aku tetiba boleh beli rumah.
1st time rasa appreciate ada kerja. Sebelum ni asyik mengeluh macam-macamkan. Tengok ramai kena buang kerja, rasa bersyukur sangat aku ada kerja. Aku doakan yang mana hilang pekerjaan musim covid ni, di murahkan rezekinya kembali.
Aku ada nak post aku keluaq makan-makan, tapi belum sampai mood nak update. Tungu sat. Sebab tak p mana, aku banyak layan drama korea. So, aku share ja la drama korea yang aku layan tu kat sini.
Akhir kata, aku rasa 2021 ni pun kita masih hidup dengan covid. Belum tentu kita boleh hidup normal untuk tahun ni melainkan ada keajaiban yang akan terjadi. Mana tau kan. Sama-sama la kita doa yang terbaik untuk semua. Tahun 2021 ni pun jodoh pun kelam la nampaknya, hahahaah... Duduk la dalam rumah tak boleh kemana..hmmm...