Hello Perlis - Makan kat Kin Kin

 Assalamualaikum.. Hmm.. berjambu nak habis yang ni pun.

Kalau ikut plan, nak p Wang Kelian, tapi dah lambatkan, so cancel la. Kami p makan terus. Lunch pun dak lagi, Azie dah buat siasatan pasal kedai Kin Kin ni, so lulus la kalau nak p makan, hahaha..

Time kami sampai dah ramai, tapi masih ada meja kosong, kat luar pun ada meja tapi panas, malas la. 

 
Tadaaa!!!
 


 


Aku rasa kedai dia is normal kedai tomyam. Azie siasat kata tomyam kat sini sedap.Tapi kami tak order pun tomyam, hadoi.. hahaha...





Kami sebagai bangsa tak tamak, order secara berjemaah saja la, hahaha.. satgi ikut nafsu tak habis plak, daging dia liat sikit, tapi sedap la bagi aku. Semua okey sedap. Mungkin lapaq samakan. tanghoon ka apa ntah, pedas amat. Aku makan sikit ja. Tapi sedap la. Makanan siam ni semua pedas, tapi teringinkan, makan la sikit.

Lepas tu gerak balik la. Aku la paling jauhkan. Singgah semayang kat jitra, masjid yang ramai meninggal sebab covid dulu tu. Dah siap semayang baru la tau, orang luaq tak leh semayang kat situ..hikhikhik..mana nak tau kan..

Overall best, bila nak jumpa lagi gais!!



Hello Perlis!! - Tasoh Lake

 Assalamualaikum!! Yuhuu!! Sambung part 2, lepas dah makan tu, bergerak la plak p Timah Tasoh. Time sampai kat kawasan tu macam kompius, tapi follow kereta banyak masuk la senang. Nak masuk kena bayaq berapa entah, rm10 kot, aku lupa dah. Sapa bayaq pun tak ingat dah. Kalau nak naik bot, kena jalan terus dari simpang masuk sini. Sebab naik bot kat atas sikit katanya.

Dah sampai pun tengahari dah. Panas lit lit tak payah kata apa la. Parking besaq, so tak payah risau.

                            Dia sedia satu khemah tu, so kena masuk dalam tu untuk sanitize diri. 

                                                                                    Bersihkan diri



 Tapi rasa best dah sampai. Dan tetiba nampak basikal. Terus ajak depa naik basikal, hahaha.. Ada motor and kereta api jugak, kalau yang bawak anak-anak tu.

Basikal - RM 5 (tak dak limit)

Motosikal -RM20 (ada masa, lupa la)

Kereta api -(RM5)

 Jangan risau, angin tak keluaq dah tayar basikal ni

Kat sini ada tempat penginapan, kalau rasa nak feeling lebih boleh la tempah kat sini. Kawasan sini memang luas. Hari kami p tu memang ramai. Kebetulan nampak macam ada expo ka apa ntah. Tu ramai orang kot. And satu lagi, lepas semua terkurung lama, ni baru orang start nak berjalan kot kan. Sebab adik aku cakap, dulu tempat ni sunyi ja. Aku tak ambil gambar sangat keadaan sekeliling, sebab nak feeling rest mai sini.

  
 Tadaaa, kami dah dapat geghek.. assaa..
 








 
    Letih tengah hari ghembang dok kayuh, dah la ada bukit sikit, rehat sat kat buaian, depan tasik. Memang best la, berangin la. Muna dok buat ayat ada boya plak..hahaha..


sambung kayuh lagi.. aku malas nak bubuh video kayuh basikal. riuh rendah betoi. hahah Letak kat ig, ada lagu, tak pa la, nampak perfect gitukan..hahaha




                                   Terima kasih untuk tripod azie untuk photo beramai-ramai















Kami bergerak dekat pukul 4 jugak la. Cadang tu nak p Wang Kelian, tapi asaq pun dak lagi, nak singgah makan lagi, rasa tak dan dah, so terpaksa la skip. InsyaAllah, p lain. Kami p makan kat tempat viral dalam tiktok. Nanti aku share next post.






Hello Perlis!! -Warung Teratak Bonda

 Assalamualaikum.. helloooo ,hahahah.. Aku berasa nak update pasal p Perlis baru ni. Aku lamakan tak update apa-apa. Sebelum ni update drama Korea ja. Lepas tu senyap p, ni sambung balik.

Alkisahnya, Muna and Azie la plan ni. Tetiba depa tanya nak p jalan-jalan. Azie yang dah ada anak 4 ni la beria-ia betoi dia. Dia kata, tak pa, aku tinggal anak kat pengasuh sat. Uishh, dasat, hahahaha...Iti semua Azie buat. hahaha.. Mula-mula depa Azie kata nak p Penang. Lepas tu tukaq nak p Perlis ja. Dia kata malas p tempat serabut-serabut, aku ngan Muna follow ja. Cadang nak p hari Ahad, lepas tu tunda p Isnin sebab Muna ada misi bantuan banjir kat Selangor tu. 

Maka pagi-pagi isnin tu bergerak la p ambik Azie dulu kat Gurun. Dah ambil Azie p ambil Puan Muna kita plak kat Alor Setar. hihihi..

Alkisahnya Azie cadang memula nak makan kat tepi bendang tu. Lupa dah nama apa. Sebab rasanya banyak kedai tepi bendang ni. Rupanya kedai tu tutup hari isnin. Azie siap mesej, awat tak bukak, orang kedai siap bagi suggestion kedai adik beradik dia, hahahaah.. tapi tak duduk tepi bendang la.Tapi tak p pun kedai tu. Endingnya kami p Warung Teratak Bonda. Yang ni pun tepi bendang jugak. Ramai lagi time kami sampai tu. Dah dekat pukul 11am.




 Menu spesial ada hari tertentu ja. Contoh hari Khamis, Moi Sup. Kalau hari sabtu plak, lontong sambal ikan bilis. So kami mai hari isnin, menu biasa ja la, hihih..Biasa pun ada nasi lemak, roti semua tu la, mnu breakfastkan..


 





Dah sampai pun tengahari dah, panas tok sah kata la. Tapi apa salahnya, demi nak makan kan..hahahah.. Dah sudah makan, boleh la ambik gambaq. Tepi bendang jugak, so lawa jugak.

 







Bagi aku makanan dia okey jugak. Nasi lemak okey. Boleh la sapa-sapa mai Perlis singgah sini. Lepas tu kami Timah Tasoh plak.