Hello Perlis!! -Warung Teratak Bonda

 Assalamualaikum.. helloooo ,hahahah.. Aku berasa nak update pasal p Perlis baru ni. Aku lamakan tak update apa-apa. Sebelum ni update drama Korea ja. Lepas tu senyap p, ni sambung balik.

Alkisahnya, Muna and Azie la plan ni. Tetiba depa tanya nak p jalan-jalan. Azie yang dah ada anak 4 ni la beria-ia betoi dia. Dia kata, tak pa, aku tinggal anak kat pengasuh sat. Uishh, dasat, hahahaha...Iti semua Azie buat. hahaha.. Mula-mula depa Azie kata nak p Penang. Lepas tu tukaq nak p Perlis ja. Dia kata malas p tempat serabut-serabut, aku ngan Muna follow ja. Cadang nak p hari Ahad, lepas tu tunda p Isnin sebab Muna ada misi bantuan banjir kat Selangor tu. 

Maka pagi-pagi isnin tu bergerak la p ambik Azie dulu kat Gurun. Dah ambil Azie p ambil Puan Muna kita plak kat Alor Setar. hihihi..

Alkisahnya Azie cadang memula nak makan kat tepi bendang tu. Lupa dah nama apa. Sebab rasanya banyak kedai tepi bendang ni. Rupanya kedai tu tutup hari isnin. Azie siap mesej, awat tak bukak, orang kedai siap bagi suggestion kedai adik beradik dia, hahahaah.. tapi tak duduk tepi bendang la.Tapi tak p pun kedai tu. Endingnya kami p Warung Teratak Bonda. Yang ni pun tepi bendang jugak. Ramai lagi time kami sampai tu. Dah dekat pukul 11am.




 Menu spesial ada hari tertentu ja. Contoh hari Khamis, Moi Sup. Kalau hari sabtu plak, lontong sambal ikan bilis. So kami mai hari isnin, menu biasa ja la, hihih..Biasa pun ada nasi lemak, roti semua tu la, mnu breakfastkan..


 





Dah sampai pun tengahari dah, panas tok sah kata la. Tapi apa salahnya, demi nak makan kan..hahahah.. Dah sudah makan, boleh la ambik gambaq. Tepi bendang jugak, so lawa jugak.

 







Bagi aku makanan dia okey jugak. Nasi lemak okey. Boleh la sapa-sapa mai Perlis singgah sini. Lepas tu kami Timah Tasoh plak.

No comments:

Post a Comment