Cuti-Cuti di Jogjakarta (Part 2)

Assalamualaikum.. haipp..



Hari ni aku nak sambung hari ke2 di Jogja.



Nak tau apa-apa just email aku ja k. Aku malas nak story banyak-banyak, sebab rasa ramai ja post pasal Jogjakarta ni.


Pagi ni bangun awal sebab pukul 4am dah nak keluar. Mula-mula kami gerak ke Punthuk Setumbu. Kat sini kita akan tengok sunrise. Biasa la bangun awal, memang type kaki lena aku ni. So dok mengantuk ja la. hmmm..




Sampai kat kaki bukit tu, tengok dah ada orang. Cuma tunggu depa buka ja. Bayaran masuk RPH30 000 sahaja.




Aku tengok laluan dia tak la tinggi mana, tapi sebab aku tak berapa nak sihat, aku rasa Ya Allah, hazab nak sampai. So bajet sebab tak excercise la sebelum p tu. Tapi sebab semangat nak berjalan dengan semangat kawan-kawan #ftchingu sama, alhamdulillah la sampai. Dah sampai kat atas tu, seronok la.


Dah ramai orang kat sini rupanya

Kat sini la dia ada sedia macam-macam tempat untuk kita ambik gambar. So, kalau orang kaki photo macam Zack ni, memang pantang la kan, hahaha.. Tapi dah terbejangkit dengan aku dengan si Farin sekali.

Jemput layan #FM kami sampai muntah hijau k ;)




Matahari menyinari di pagi hari


Semangat pak cik ni dengan bendera dia, haha

Yang ni artis, heheh



Nampak tak ramai orang tu

haii ;)

peace!!

bebas!!
Freedom


us!! 1 happy family!!

Dalam dok sibuk bergambar ni, jumpa la orang Malaysia.

tengah susun nak ambik gambar, 

tadaa,.. ada kenal sesapa tak, hehe.. yang berdiri belakang aku sorry, tak nampak, haha

Kalau ikut dalam iti kami, tak dak plak plan nak ke Bukit Rhema. Bukit Rhema ni yang famous dalam filem AADC2 tu. Or juga dikenali sebagai Gereja Ayam tak salah. Tapi sebenarnya tu bukan ayam, tapi merpati. Tau pun, sebab ada ja orang kat situ yang bagitau. Lepas tu ada jugak gang-gang Malaysia yang nak gerak ke sana jugak.

Kami yang asal tak mau p tu, tetiba berubah nak p pulak. Haa, tengok lalangkan kami ni, hahaha. Ala bukan selalu nak sampai, alang-alangkan. Aku yang tak sedaq diri tak larat ni pun, pulun, hahaha..  Semangat ko nak AADC punya pasai, hahaha...

tu rakyat malaysia tu

ni pun rakyat malaysia jugak, hehe

Nak menapak sini pun boleh tahan la. Bila dah sampai, happy la kan..


Bapak ni la beria-ia ambilkan gambar kami dan bawak kami mai kat sini
Bajet buat cover album, hehehe
Again cover, hahah
Pintu masuk
Semangat AADC 

Aku semnagat tidur ja, haha

Kat sini ada la sikit penerangan, macam mana boleh terbinanya tempat ni. Kat sini pun ada la bilik-bilik tempat beribadat untuk semua agama, macam tu la.

Lupa nak bagitau, tiket masuk include makan ubi kat atas tu. Sambil makan, boleh la sambil menikmati view cantik.


Harga tiket masuk

Sedap jugak, kalau kat rumah belagak, mana makan makanan macam ni, ;p


Nasib muat artis ni

view kat belakang lagi mahal

Jalur Gemilang jangan lupa babe!

Semangat ko artis ambil gambar
Babai merpati, sampai jumpa lagi

Ni nak menapak nak pergi ke kereta

Lepas tu, kami gerak ke Borobodur. Sampai sini pun, kena menapak jugak la. hehe.. Overall trip kami ni memang boleh buat kurus aku rasa. haha..

Nak boleh ambil gambar kat belakang tu puas la nak berebut


Berehat seketika
rest

bunga-bungaan

Boleh la sesapa nak naik gajah

Nak masuk Borobudur ni kena bayar RPH325000. Kalau yang pandai speaking Indonesia tu, boleh la nak beli tiket warganegara hehe.. Tapi kalau lepas tu dia mintak IC hang, pandai-pandai la jawab, hehe

Time sampai nak menapak kat sini, Ya Allah, memang panas weh. Tapi aku konon menikmati ja la panas tu. Lantak la nak hitam pun!

Cantik!!

Cantikkan payung ni!

Memang panas!!
Tadaa!! ni la Borobudur yang kita belajar form 5 dulu

Dengan suasana panas dan tangga yang banyak giler ni, aku hampir menyumpah dalam hati, tapi aku punya iman lagi



Walupun penat, kami mampu senyum lagi
Sebenarnya, time ni semua dah penat, hahha

Cover album, again!! haha

Aku tak faham motif gambar ni weh,

Dah serupa samseng baju hijau kuning kat belakang weh, hahaha

Kat sini nak shopping souvenir boleh la, murah jugak. Hampa bargain la sampai puas hati kalau nak murah, hehe.. Jangan lari dah la lepas tu, hahahahaha... (sapa pernah buat macam tu? ;) )

Time kami sampai pun, ramai yang dok berjual.Time balik pun sama. Kesian pun ada jugak.  Ada ja gerai kat sini kalau nak beli kat gerai-gerai tu.

Pilih ja

Aku beli baju kat sini untuk orang di rumah

Aku rasa sampai sini dulu aku story, nanti ada muntah pulak tengok #FM kami, hehe..

Sebab panjang sangat post ni dengar gambar. Nanti aku sambung part 3 hari ke 2. ;)


#FM = foto merecik

Boleh layan video aku dah upload kat sini  ye==>wehee

Cuti-cuti di Jogjakarta


Assalamualaikum.. Hai!!

Bertabah je la nak update blog ni weh.. impian tu ada, masalah kerajinan tu ya ampunnnn, hilang p mana tak tau. Tapi ni dia mai mood sikit.

AMARAN! ENTRY KALI INI MEMPUNYAI FOTO MERECIK @ #FM YANG MUNGKIN MEMBUATKAN ANDA MUNTAH HIJAU.. ;P 

----Aku rasa ramai ja story pasal Jogja ni, so aku tak cerita detail sangat la. Boleh email ja k nak tau pasal apa-apa.-----

Tahun lepas, 14 Ogos -17 Ogos 2017, aku dengan gang #ftchingu aku, sapa lagi kalau bukan Wafa Farin and Zack Baling,  dengan excitednya telah berangkat ke Tanah Jawa iaitu Jogjakarta. Trip kali ni adik Zack join sekali, Faizal. Tiket beli dah lama and yang cadangnya adalah Farin. Tiket flight macam biasa, Mis Farin la yang beli. Aku rasa semua trip dia punya suggestion ja, yang kaki follow kami ni, haha..

Kami bertolak dari Kedah sehari sebelum p. Pakat mintak halfday and gerak petang tu. Malam tu kami stay kat KL sebab flight pagi.

Esok pagi subuh-subuh sepie, kami gerak. Abang si Zack yang hantar kami. Mengantuk tak payah cakap la.huhu...Boarding time kami pukul 9am. Kami sampai airport kira cukup-cukup masa la. Settle bag, imigresen semua.

Muka excited tu walaupun mengantuk

 
Hati tengah girang time ni


Orang senang hati time ni, well
Aku order nasi dagang, pengalaman p sabah menyedarkan aku, memang kena amik makanan atas flight
Selamat Datang ke Jogjakarta
Happy sokmo

Terminal B


Kedatangan kami di sambut oleh Mas Es. (tak pasti la betoi ka dak eja, hehe) 

Tempat pertama yang Mas Es bawak kami p adalah Candi Ijo. 

Baru keluar dari bandara

memula ingatkan MAS Kargo, hehe salah
Sepanjang perjalanan ada ja sawah padi

Kawasan rumah kat sana

Cuaca agak panas terik sebab kami sampai pun dah tengah hari, tapi layan.

Ni harga tiket ye

Petunjuk candi




Kami sejenis yang tak selfie, tapi pengaruh ni berjangkit, maka selfie sokmo la ;p

Walaupun panas, kami sanggup demi #FM , hahahah
Jangan lupa ambil gambar kat sini


Nak tunjuk jugak, hehe

Lepas tu kami gerak ke Ratu Boko. Kat sini tak masuk pun. Just duduk kat depan ja. Nak bayar mahal sangat rasa, macam tak berbaloi. Sebab esok nak p Borobudur plak.

Welcome to Keraton Ratu Boko


Perbincangan bersama Mas Es

Lepas tu kami bergerak ke Gumuk Pasir. Aku rasa sepanjang perjalanan tu, semua membuta ja kecuali Mas Es la. Kalau dia pun membuta, tak ke mana la kami ni. Sorang lagi tak lena, si Zack la.

On the way tu, singgah makan dulu.

Lupa nama kedai ni, nasi and es tea 
Macam biasa la, kawan-kawan aku ni tak makan sayur, tak makan tempe. Aku, makan ja, cuma tak makan pedas. Tapi sedap jugak. Cuma Tak tau la kalau sebab aku kebuluran ka time tu kan.. :)

Okey safely arrived at Gumuk Pasir!! Time sampai ni, muka macam penat tapi happy.

Keterujaan dengan Jalur Gemilang tuh!!

Model tak berbayar

Lembut ja pasir kat sini

Kat sini pun boleh kalau nak sandboarding. Nak tunggu ais lambat, pasir pun boleh...

Tengok 2 beradik ni ambik gambar sapa, jeng..jeng..jeng.. 

yang ni single lagi, tapi tatau la available lagi ke tak, hahaha

yang ni plak macam tak single dah, haha...

yang ni masih single tapi tak sure jugak available ke idok, hahaha
Aku plak single and available, kahkahkah, nak jugak... (okey, keluaq tajuk sat, hahaha)

Lepas tu kami gerak ke Pantai Parangtritis. Tak jauh pun dari Gumuk Pasir. Time sampai ni dah nak maghrib.

Harap maaf, parkinson waktu ambik gambar ni ;p

Semua penat dah, tapi demi sekeping #FM hahaah



Dah habis kat sini kami gerak pulak nak naik kereta lampu- lampu tu. Ha, todiaa... Aku sebenaqnya time tu, dah penat, tapi semangat tu ja kuat. Bukan selalu nak mai, so okey ja.

Tadaaa!!!!

Kereta comel kami, hehe

Aku ingatkan kereta ni ada enjin, rupanya kena kayuh. Hadoiii... Bayangkan seharian dengan panas tak mandi, melekit semua, nak kayuh pulak.hahah..

Tapi aku kayuh nak ending ja,hahaha.. 3 orang ni la orang gagah perkasa yang kayuh. hahaha, sorry my bebeh, heheh

Nampak tak, senyuman pun semuanya fake gila, muka letih, hahaha
Lepas tu gerak balik la ke bilik kami. Esok pagi, sebelum subuh nak keluar dah. So, kena rehat yang cukup. (konon!! puii)

Hari kedua aku sambung nanti plak ye.. 

Boleh layan video aku dah upload kat sini  ye==>wehee

Nota kaki: Gambar and video kat Jogja kali ni hampir 25g, sila bayangkan...

Hello dari Kota Jogjakarta


Assalamualaikum, haii..

Aku bagi teaser sikit pasal Jogjakarta.. (Teaser la sangat .. ;p )


Orang sebelah ambil gambar tu orang Malaysia jugak (motif?!)

Tunggu cerita kami ye gang.. ;) Aku tak tau si Farin ni tengok apa

#ftchingu at Singapore

Assalamualaikum.. aii!!

Ending untuk trip Singapore ni aku letak video simple ja aku buat.

Sebagai kenang-kenangan  kat sana.


Overall aku best trip ni. Tapi tak sebest p Jogja la. Sebab penat. hehe

Terima kasih banyak-banyak untuk 2 orang kawan aku yang sudi bawak beg aku, hehe.. Terima kasih sebab pastikan plan ni terjadi sebab time aku sakit, memang dah nampak kelam macam tak jadi. Tapi sebab semangat kawan-kawan, sakit pun hilang jalan dengan hampa weh!! haha

Hope ada next trip and next trip lebih best lagi. :D

InsyaAllah...

Semoga hampa baca ;)



Nota kaki: Agak-agak mana semangat nak taip entry ke Jogja menghilang................

Tiket Universal Studio Singapore (USS) Murah

Assalamualaikum, uit!!

Hari ni aku nak share macam mana aku beli pass Universal Studio Singapore (USS). Nak kata murah, tak la murah dengan nilai matawang kita yang tak berapa cantik ni. Tapi murah sikit banding dengan lain-lain yang offer USS Pass ni.


Kat mana nak dapatkan pass USS?

Aku survey banyak jugak.  Ada yang cadang ambil kat ejen K. Tapi mahal sikit. Ada jugak kat ejen O. haha, pening  aku nak pilih paling murah. (Maaflah, kekadang aku boleh jadi kategori cheapskate, hahaha)

Akhirnya, aku pilih untuk beli dengan Lazada. Hahaha.. Tu pun puas pening kepala nak pilih sebab masa koi suntuk. Seminggu sebelum pergi aku beli. Hari Rabu petang aku beli. Kat Lazada ni dia bagi tempoh 5 hari bekerja.

Macam mana nak beli? 

Sapa yang selalu online shopping  Lazada tau la. Bayar macam biasa sama ada kredit kad or online banking.  Lepas tu tunggu dalam tempoh 24 jam, depa akan email kita.

Macam aku, tak sampai 24 jam pun, bayar petang rabu, pagi Khamis depa dah email kita untuk bagi nama, no ic, no passport, date ke Singapore and date ke USS.

Bila dah email, bajet akan dapat hari rabu bertolak. Tapi Alhamdulillh, dapat  hari Selasa. Awal sehari dapat. Dia akan email kita pass macam gambr yang aku post tu. Nanti print dan bwak ke sana. Make sure tak hilangkan, sebab kalau orang lain jumpa and guna, melayang duit korang babe!



Harganya RM208.00 seorang. Murahla dari yang lain-lain aku survey. Yang penting trusted, ;)


Kalau nak baca Post pasal Singapore, boleh klik link kt bawah ye:


Nota kaki: Nanti aku update trip p Jogjakarta pulak, sementara aku masih tak boleh move on lagi ni ;)

Hostel Bajet @ Singapore

Assalamualaikum.. uit!!
Hari ni aku nak share pasal hostel  yang aku tempah waktu kat Singapura. Tugas cari penginapan ni aku la.

Model tak berbayar


Sebab cari hostel ni last minit, maka aku tak harap la dapat yang elok. Asalnya aku dah aim Hostel A, tapi di sebabkan kedekutan aku kekonon nak cari lagi murah, padan muka, ending aku tak dapat Hostel A tu. Sebab dah tak mau terlepas, aku pilih ja Five Stones Hostel thru Booking.

Ada jugak aku riki kat Agoda, tapi kat Agoda kena kira sendiri include tax bagai, malas pulak. Hehe.. Pengalaman aku,Agoda ni dia akan murah la dalam RM6 –RM7 macam tu dari Booking. Tapi sebab aku dah malas nak fikir, so aku pilih Booking ja.

Aku tempah 2 beds dalam female dorm untuk aku dan Wafa harga $92 untuk 3 hari. Untuk Aq aku tempah 1 bed mix dorm harga $50 untuk 3 hari. Deposit kena bayar seorang $20 and akan dapat balik time check out nanti.

Ni ja aku snap dalam bilik


Hostel ni aku memang recommended. Sebab utama lokasi dia strategik dekat dengan Bugis MRT.  Hostel ni paling best dekat dengan Sultan Mosque. Sebab kami tak mau ganggu roommate kami, kami p solat kat Sultan Mosque ja. Dekat sangat. Muat ja nak solat kat bilik, tapi segan la plakkan kat roommate. 


Subuh pun kami kat Sultan Mosque kot. Hehe.. Lepas tu kalau nak shopping kat area Sultan Mosque macam-macam ada. Eh lagi 1, paling penting nak makan, senang tak payah nak fikir halal ke apa. Kedai bersepah ja. 

Ada ja sedia breakfast. Macam roti and air 3 in 1. Padan la, ko bayar berapa dolar ja dik, tak payah mimpi nak layanan macam 1st class k. hehe




Bilik aku pilih share toilet. Tapi okey ja sebab toilet perempuan tingkat bilik aku, toilet kaum adam tingkat bawah.

Kebetulan kami duduk tu, hostel tengah dalam proses cat.

Jadi, boleh la kalau ada yang nak pergi Singpore, boleh stay sini. Recommended!!

Nota kaki: Nanti aku share nak beli tiket USS k.