Cameron Lavendar Garden Cameron Highland (Part 1)

Assalamualaikum..uit!!

Entry yang tertangguh sekian lama.

Sebelum pilihanraya hari tu, aku dengan gang #ftchingu curi time p Cameron Highlands. Kami bertolak pagi-pagi lagi. So iti ikut Wafa sebab dia dah banyak kali sampai.



Tempat pertama kami sampai adalah Cameron Lavendar.


Tadaaaa



Cuaca time sampai ni masih panas lagi.

Entry fee tak salah aku RM10 dewasa.

Jadi model sat


Ni lavendar dari Hokaido

Yang ni plak Begonia tapi bahasa melayu apa ya, hmm

Yang ni morning glory, or seri pagi gais
Aku rasa macam daisy, tapi tak pasti la

Cantikkan

Aku bukan la peminat bunga, tapi benda cantik, snap ja

Yang ni serius tak tau, keladi ka



Yang ni lavendar jugak, tapi spesis dari Taiwan

Ni teratai, kalau english water lily, hihi

Banyak giloo

Aku tak pasti, bunga ni nama apa, bila aku searh hyandregea dia keluar bunga lain, musykil.

Ni yang keluar bila search, bolek klik sini untuk source


Yang ni streptocarpella, dalam bahasa melayu tak tau la weh 

Nama apa ha dalam bahasa melayu, pernah tengok pokok ni

Nama saja tempat ni lavendar, tapi ada macam-macam bunga. Orang macam aku yang tak minat bunga ni okey ja sampai sini. Tengok bunga ni cantik-cantik, seronok la. Tapi bukan kenal sangat pun nama bunga ni. Kalau ada salah betulkan aku.

Boleh la sesapa nak ambil photo kat sini


cantikkan, kreatif

Ni pun cantik

Model tak berbayar


Tepi ni ada kedai makan. Aku dah lupa apa yang ada. 

Aku rasa ni port wajib ambil gambar


Jangan lupa try aiskrim lavender ni. So so ja bagi aku. Sebab aku bau macam sabun lantai, hihi.. sorry...
Tangan aku dah macam jantan harharhahr

Check mate, dah sampai sini
Okey kat mana Lavendar ni, aku tempek maps bagi (Aku tau semua dah tau, but sharing is caring rite!)




Nanti aku sambung lepas tu p mana pulak okey.

Nota kaki: Semoga mood tak hilang, hihihi

Langkawi lagi..

Assalamualaikum..Aip..

Baru-baru ni pergi Langkawi. Kan cuti pertabalan Sultan Kedah yang baru.  Pergi pun sebab ada urusan seri paduka baginda dipertuan agungkan.

Layankan dulu photo dan video ini. Rugi sis ambil gambar tak postkan. hihihi..













Tamat. Jemput layan video tak seberapa, hihihi

Buku Lalu Aku hidup Sebagai Apa?

Lalu Aku Hidup Sebagai Apa? Mengupas Pemikiran Buya HamkaLalu Aku Hidup Sebagai Apa? Mengupas Pemikiran Buya Hamka by Komuniti Jejak Tarbiah
My rating: 3 of 5 stars

Naskah yang agak bagus. Tapi terdapat cerita yang sukar untuk difahami. Hanya diawalan boleh untuk di fahami, dan pengakhiran agak kelam.

Ini pendapat aku. Namun masih ada cerita yang baik.

View all my reviews

Guam Kelam / Cave of the Darkness

Assalamualaikum.. uit!!

Hari tu ada singgah ke Gua Kelam. Dah lama tau cerita ni. 1st and last p sini waktu form 5. Lama gilaa..

Okey, aku nak story sikit pasal Gua Kelam ni hasil googlean aku, hihihi..

Nak berkelah boleh la

Orang tak ramai pun

Hijau daun

Nak masuk

Gua Kelam terletak di negeri Perlis, iaitu negeri yang terletak di utara Semenanjung Malaysia.  Gua Kelam ni berdekatan dengan Pekan Kaki Bukit.Ia diklasifikasikan sebagai gua batu kapur. Yang paling best, ada terowong semulajadi sepanjang 370km dalam ni tau. Dalam gua ni jugak, ada air yang mengalir di dinding-dindingnya yang menghasilkan stalaktit. Sambil lalu tu, kita akan mendengar bunyi air sungai dari bawah tanah.

RM1 sahaja

Pintu masuk, model pose kaku

Laluan dalam gua ini adalah dengan menggunakan jambatan gantung yang diperbuat daripada kayu. Jambatan ini yang akan membawa kita dari kaki bukit ke Lembah Wan Tangga.

Dah nampak cantik kat sini

Air


Model sorang lagi

Cantikkan

Dah ada lumut

Waktu aku p ni, orang tak ramai pun. Dengar bunyi macam ni jalan sensorang memang macam seram la sikit,hihihi. Adik-adik ni, biasa la, seronok la tinggal kak dia. Jalan laju ja, sabor je aku. Waktu nak masuk okey lagi, time nak keluar mula rasa macam nak lari, hahahahah...

Hati-hati jalan kat dalam gua, ada air menitik tu, takut salah pakai kasut, tergelincir plak. So, jangan nak lari macam aku. hihihihi..

Okey pilih nak p mana

Tak sempat nak jalan lebih-lebih nak hujan


Boleh la melantunkan puisi dulu


Orang tak dak pun

Air sungai

Okey, bagi sesiapa yang ke Perlis tu, elok la masukkan Gua Kelam ni dalam list. Rugi tak mai sini. Tengok keindahan alam semulajadi orang kata. hihi.. Nak masuk RM1 sahaja. 

Kat mana? Nah tempek maps sekali.

Langkawi (Last part)

 Assalamualaikum..aip..

Lepas balik dari island hopping, Irma bawak kami p kat tepi laut. Lupa nama tempat tu. Tapi jalan nak masuk tu area rumah mat salih yang duduk situ. Kawasan perkampungan, tapi macam rumah kampung dia style sikit la. Tak la banyak pun rumah kat situ.

Sampai sini, saja duduk-duduk, lepak-lepak, vengong-vengong, hahaha.. Ni bestnya kalau jalan dengan orang tempatan. Dia tau mana port lepak tak dak orang and cantik. Mana kedai best, mana jalan tak dak han_ _, hihihihi..

Di temani angin, ombak laut dan bau air laut yang mendamaikan

Tu mesti chalet


Jijah dan Jemah bersatu meletup! hahaha

Them
Tudung aku kalau nak kembang, setaman haaa
Lepas tu gerak p Cenang, aku nak cari bag Naraya, sebab tengok kat Langkawi ada. Grab la sorang satu, bagi kawan satu, buah tangan. Naraya made from Bangkok. Kat KLCC ada butik dia tak salah.

Bag comel-comel cenggini


Lepas tu konon nak makan kat Nest Rooftop yang famous tak ingat tu. Sekali naik-naik, tengok tak seperti mahu makan di sana. So we decide cari makan kat tempat lain ja la.

Mampu ambil gambar ja
Endingnya, pergi makan The Manhattan. hahaha.. Tak pa la, janji selesa, sedap.

Aku tekak western, tak makan nasi, belagak tak

Sebelum ngap, selfie dulu ye

Lepas dah selesai ngap, kami gerak ke Kompleks HIG. Apa lagi kalau bukan beli Coklat. Aku kalau nak beli, nak yang coklat lebih kurang 80%. Memang rasa pahit tapi tu sedap. Tapi susah nak jumpa, sebab pernah beli dulu, tapi lupa brand.




Ada orang pesan ni
Selesai shopping, balik kemas barang. Esok dah nak balik. So, conclusion, dapat naik bot pun okey. Hilang rindu laut.

Nota kaki: Nanti sambung part p Cameron Highlands plak. Banyak cerita tertunggak. hmm

Makan at 21 Grilled

Assalamualaikum, uit..

Hari tu balik dari Cameron Highlands singgah satu kedai makan ni. Tercari dan terjumpa tanpa sengaja dalam maps google. Kedai ni memang dah famous rasanya sebab banyak review. 21 Grilled kat Ipoh.




Sapa nak cari model boleh la cari Mr Sahak. Mur..mur je, haha



Semua makanan dia adalah burger and coffee. Kelainan burgernya adalah big size. So kalau datang group macam kami, elok la order sebiji je. Kang membazir pulak. Kalau ramai tak pe la.


Besarkan burger kami

Bagi aku rasanya memang sedap la. Time kami p dah menjengah petang, orang pun koi ramai yang datang. And aku rasa dia ada banyak cawangan lagi.

Macam mana nak pergi? Nak aku tempek maps kalau ada nak pergi.