Assalamualaikum.. uit.. Kucing aku telah meninggalkan aku dan family minggu lepas. Maka agak berada dalam kesedihan. Lambat update jugak sebab sibuk. (alasan tipikal kalau blogger tak update, well...) Jom sambung.
Lepas dah siap-siap ready nak p pasar malam plak. Memula decide nak drive keta ja, lepas tu Baman amik van ja. Lagi senangkan, tak payah pikir nak park bagai semua nanti.
Otw p tu aku sempat la lelap sat. Tapi nasib kami tak baik, hujan lebat sangat malam tu. Turun ja van, dok kat kedai dulu. Lama jugak la. Lepas tu jumpa ramai jugak la orang Malaysia dok berteduh. Ada mak cik ni, muka mak aii, nyombong sungguh. Aku senyum la, buat muka derk je. Hamboi mak cik, nyombong aihh!! Lepas pikir punya pikir, kami decide beli baju hujan. Bila dah beli, hujan plak koi reda. Tapi tak pa la, alang dah beli kami pakai ja. Klakar plak bila 1 gang pakai. hahaha..
|
Fesyen terbaru kat sana ;p |
Sebabkan dah hujan, aktiviti terbantut. Maksudnya kena kejar masa tu balik la sebab dah janji dengan abang van time sekian-sekian. Memula benda penting, cari makan dulu. Ada banyak makanan muslim sini. Aku makan koew teow goreng. Sedap kot. (ka aku kebulur??) Minum air kelapa dan cuci mulut macam fish ball gitu bentuknya. Tapi waktu beli, ada kartun katak depan tu. Wallahualam la kalau aku dah ter_ _ _ _ _ .. Maka sepanjang perjalanan balik dan lepas balik pun, aku masih menjadi bahan disebabkan katak. huhu..
Sambil makan, kami disajikan dengan nyanyian yang agak hmmm... sumbang! hehe.. (Agaknya sebab tu la hujan lebat malam tu) Tapi aku dah tak heran sangat apa yang ada kat pentas tu, tengah lapar, balun ja..hehe..
|
Sesi bersantap, abaikan meja bersepah |
|
Model Koey Teow |
|
Makanan ni la yang dikatakan .... |
|
Yang ni serius memang sedap, tengok cara dia letak |
Sudah makan, maka kami bergerak cari buah hati, eh buah tangan nak bawak balik ke kampung halaman la. Kat sini dah berpecah. Aku ngan Una, Wary ngan Wawa, Baman sensorang tak salah. Tak pa, kampung halaman dia kat sini jugak. Kak Risya dengan family dia la.Aku beli tshirt, dan yang paling penting, fridge magnet. Tengok nak beli keychain, tak cantik la. Beli pun kelam kabut, sebab abang driver dah tunggukan.
|
Pilihan hati |
Setel kat pasar malam, terus gerak balik. Tapi kami tak balik bilik lagi, jenjalan kat kedai kat Pantai Ao Nang tu dulu sebab pakat nak beli bag waterproof tu. Aku grab jugak malam ni. Sesambil tu beli pancake tak salah namanya. Tengok buat tu macam roti telur ja. cuma yang ni letak la buah apa-apa nak ada kan. Kat sini fames yang ni la. Rugi tak rasa. Tapi yang kami makan tu umpama sisa je la. Dah habis. Tapi gasak ja, janji dapat makan. Kali kedua berjalan kat sini, haruslah jumpa gang-gang nyah again. Lawa siot kot!! Tapi... sempurna sangat la nampak, baik aku comel lagi. nges...nges..nges...
|
pancake (eh betoi ka eja) |
Balik bilik, masing-masing pakat kemas baju. Esok dah nak gerak ke Hat Yai. Rasa macam tak mau balik pun ada. hehe..
Esoknya, bangun pagi, masih bermalas-malasan. Lepas tu start mandi. Gerak ke Hat Yai. Breakfast dalam kereta ja. Maggi dengan roti. Otw tu singgah ambik gambaq dengan gajah. Wajib ambik dengan gajah ni, tak kisah la gajah betul ka, gajah palsu ka, janji gajah. Thai ni fames dengan gajah. (Bajet Malaysia tak dak gajah kekonon!)
|
Gajah dan aku |
Perjalanan ke Hat Yai lebih kurang 4 jam ke 5 jam sebab behenti lagikan. Otw harus la buat taik mata. Bila berenti wajib la ambik gambarkan..
|
Berehat sebentar bersama cowboy |
Tempat pertama kami p adalah Floating Market. (Lupa nama tempat tu, sebab tak sempat amik gambaq sign board) Memang aku teruja sampai sini. Sebab selalu dok tengok gambaq ja. Bak kata Baman, banyak dah berubah. Dulu jambatan tengah dalam pembinaan tapi sekarang dah siap. Siap besaq lagi.
|
Kiri kanan ada banyak gerai sebelum sampai floating market |
Floating market ni buka jam 4pm. Sampai tu tak ramai lagi, tapi koi lama koi ramai. Macam semut hurung gula tu. Apa lagi, serbu cari makan. Panas yaamat petang tu, mungkin nk hujan. Aku jadi tak lalu nak makan sebab panas.Tapi sedap kot. Makan bubur nasi @ moi sup ngan ayaq nyoq. Memang
marvelous di cuaca panas sambil berjemuran bajet kulit putih melepak selepas mandi laut! Tapi sayangnya, sungai kat sini kotoq kot. Yang tu ja terbantut bila tengok. Kalau nak naik basikal itik pun boleh kt sini. Tapi bagi aku, tak payah la, Tasik Kroh pun boleh.
|
Sesi membeli |
|
Menjilat gusi sambil memandang |
|
Sup campur semua adaaaaaa ;D |
|
Nasi yang Una beli, memang sedap, serius! |
Kebetulan, berkenalan dengan satu family dari Penang. Tapi akak ni duduk KL cuma kampung ja Penang. Dok gebang mak aihh, serupa kenai lama. hehe.. Tapi aku dok dendiam ja. Baman ngan Una ngan Wafa la yang banyak sembang. Kak risya and family waktu ni sibuk membeli dan membelah. So, kami tunggu ja la. Ramai umat manusia dari Malaysia kat Floating Market ni. Mek Una, jumpa la kaum kerabat dia kat sini. Biasa la, orang femes..kuikuikui..
|
My santapan, ahh cutieee (ngade ko nok!!) |
|
Memang tak perasan si Wary ni, sebab dah kebulur tu |
|
Aiskrim meknolia, tak salah Wary beli |
|
"Aku ada mug coca cola, ko hado?! " kata Wawa ayat mendengki :p |
|
Ikan laga |
|
Bunga ros, DIY, cantikkan |
Bila Kak Risya setel urusan membelah dia, kami gerak ke kereta. Kebetulan nampak ada gajah. Kasi main dengan gajah dulu.
|
Gajah yang comel tapi scary jugak |
|
Berebut-rebut nak bagi makan gajah ni |
Sampai setakat ni dulu, rasa macam banyak giler plak gambaq. Rest sat. Layan gambar artis hiphop yang dah pencen. Dia dah kawin, sebab tu pencen. ;P
|
Yo Yo.. whats up doc, hehe |
Pilih episod kat sini hokey ;)
Klau ke hatyai x pegi floating market mmg rugi dan dyen sbb byk betul variasi makanan yg sgt menarik
ReplyDeletebetul tu JM, bab makan penting bila berjalan, sebab boleh tengok dan rasa variasi makanan orang
ReplyDelete