Krabi by Car 7

Assalamualaikum. Hoi berjambu nak siap trip p Krabi ni! Kesnya sebab sibuk memanjang dengan keja. Nak buat entry ni perlu masa yang boleh dok mengelamun sambil membayang. Hajat di hati nak habiskan entry ni sebelum posa, tapi apakan daya, aku manusia hanya mampu merancang.

Hari ni dah masuk puasa yang ke 10 dah. Sat sajakan. Heharap memasing penuhkan jadual Ramadhan ni dengan perkara-perkara yang bermanfaat la, including me, Amin.

Jom sambung entry yang bila nak habis ni oiii..

Dari Floating Market kami bergerak ke tepi pantai plak. Kami ke Pantai Samila kalau tak salah namanya. Yang ada ikan duyung seksi sekor tu. Aku tak ambik la plak gambaq kat ikan tu. Pantai ni dari Laut China Selatan.  Kat tepi pantai ni ada jual macam-macam jugak. Sempat la beli buah tangan.  Ada 1 gerai ni boleh bayaq duit Malaysia, tunggu lagi. Aku ngan Una beli la. Orang perempuan ni, berhenti kat mana ja pun kejanya nak membeli ja. J Aku perasan ada universiti kat area sini, tapi tak ingat nama apa. 

Aiskrim 
Sakan dok bercerita noo..

Tuan punya aiskrim
Retis



Kuat tak i ;D


Penat tapi happy

Kemudian kami gerak ke Hatyai Dome of Ice. Tapi tak payah mimpi la nak masuk, sebab dah tutup. Kami cuma mampu ambik gambaq je. Tak pa la, dekat dah Hatyai tu, anytime boleh p lagi.(sembang mak aiii..) J Kalau nak tau lebih lanjut macam mana kat Hatyai Dome of Ice ni, boleh ke blog Cik Jari Manis.  Detail terutama yang gerak dari KL. Best jugak dapat ambik gambaq. Ada macam-macam replika tapi aku cari kot-kot Malaysia punya ada, tapi tak dok la. Kot ada KLCC ka, KL Tower ka tapi memang tak dak. Tak tau la kalau aku jalan tak habis kot kan.




Ala macam Korea gitu

Eifel Tower (betoi ka eja)


Adik beradik Ultraman pun ada tau





Alhamdulillah, happy semua
Penat ambik gambaq, masa untuk makan. Masing-masing dah kebulur. So kami gerak cari makan, dan sebelum tu nak check in hotel dulu. Hotel kami duduk kat sini Win Star Hotel. Kalau search ja, mesti jumpa casino.hahaha.. Janji boleh lena.  Nak cari hotel ni pun, sesat berapa kali. Nasib ada orang kampung reti cakap Siam. Hehe.. Bila dah jumpa, kami gerak makan dulu. Syoknya hotel ni,sebab berdekatan dia ada gerai-gerai makan yang semuanya Muslim. So tak payah ragu-ragu lagi. Abang jual air siap habaq lagi dia punya adik duduk Alor Setar. Ramah tamah lagi. Kat sini ada pankek yang super maveles Baman beli. Memang sedap la. Dah makan nasi, makan penkek plak. Gerai  kat sini mak cik tu cakap ada malam saja.
Masa untuk gerak ke bilik. Masuk ja bilik, YaAllah, rasa best sangat sebab bilik boleh solat Jemaah kot, hehe.. Ada la sorang hamba Allah seronok berlari lompat atas katil. Bila ditanya, kat umah belum tentu dapat lari dan lompat macam ni. Tak mau la cakap sapa, sapa yang baca tu pepaham senirik la. ;)


Boleh jemaah sini

2 comments:

  1. Hait! Nama akak d sebut kat sini heeee ruginya x dpt masuk best gak dlm tu tau, saje je mau kasi panazzz :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh...panas membara.. hahaha.. insyaAllah, p sekali lagi nanti :)

      Delete