Alhamdulillah, dah hari ke 15 hari ni kita posa kan. Dan pagi ni sangat-sangat la sejuknya rasanya.
Pagi rasa nak share sesuatu. Satu kejadian yang terjadi sebelum posa. Dan aku rasa tersangatlah geram. Tapi rasa marah untuk diri sendiri pun ada jugak.huhu...
Hari tu, ada 2 orang budak ni, penjual buku. Ala normal la orang mai jual buku-buku kat sekolah ni. Kebetulan hari tu, aku agak sibuk sikit sebab FT PKG mai untuk cek pasal laporan kerosakan IT yang aku buat tu. Dalam aku dok sibuk-sibuk ni 2 ekoq ni mai. Takkan la tak nampak orang dok sibuk, memang bangang la 2 ekoq ni!! Oleh kerana aku ni jenis orang yang cepat kesian, tak pa layan ja la. Yang sorang ni, kurus rendah sikit, senyap tak cakap langsung. Yang besaq gajah tu yang bercakap, kononnya dari Ipoh, budak UITM. Aku tengok tak bertanjak langsung pun jadi student. Hmmmm...
Lepas tu tak pa la, dia pun bercerita la. Jual buku agama plak tu. Sekali dengan Tafsir Al-Quran. Subhanallah.. Last-last malas nak dengaq penerangan dia yang panjang lebar tu, aku pun amik la Tafsir Al-Quran tu. Sebab pikir-pikir amik tafsir ni boleh bagi kat abah, Aku dah ada satu, dia dok tengok yang aku punya ja la. Harga RM160-00 sahaja. (Nak beli buku agama setakat harga cam tu pun takkan nak berkira). Aku pun bayaq la RM 30 dulu. Pikir-pikir kalau bayaq lebih sikit nanti tak payah bayaq banyak dah. OK la tu.
Tapi time nak bayaq tu tetiba terasa macam pelik. Sebab aku mintak no. tel. dia, dia siap dok cari lagi dalam HP dia. Lepas tu buku resit tak dak. Cakap lupa. Boleh bayang tak peniaga bangang macam ni? Dan buku-buku dia sangatlah buruknya tak tau nak habaq.Hmmm... Tapi tak tau pasai pa aku macam kesian plak. (Masalah kesian ni la yang payah). Lagi satu, kawan dia tu sangat la pendiamnya. Muka nerd ada, takut ada, muka bodo pun ada. Lepas tu dia cakap, lepas gaji nanti dia datang. Lastly, sampai puasa dah masuk hari ke-15 dah pun tak nampak batang hidung lagi. Gaji pun dah nak masuk bulan kedua dah.
Bukan apa, sebelum ni pun aku pernah beli buku dan barang-barang kat salesman cam ni. tapi semuanya betoi. Tapi mai kali ni jadi macam ni. Tapi sory la nak percaya dah lepas ni, memang tak la jawabnya.
Buat kawan-kawan kat luaq sana, berhati-hati la. Mungkin 2 ekoq ni akan jumpa hampa pulak, atau orang lain yang penipu macam ni. Pada pendapat aku lepas ni kalau nak beli cuba ambil langkah berjaga-jaga dan pastikan salesman tu :
- dia mungkin ada kad, ambik kad dia;
- tengok dia ada resit ka dak, tengok buku resit tu sama dak ngan kad dia;
- cek no tel dia betoi ka dak;
- cek jugak opis dia tu betoi ka dak kalau boleh searh tgk lam internet ka;
- tengok cara dia pakai,
- time bercakap tengok cara dia, kelentong banyak tak, kalau banyak sah-sah penipu la tu;
- tengok gaya dia;
- tengok jugak barang jualan dia, latest punya barang ka dak;
- last sekali kalau kawasan keja aku, p tengok keta dia, kalau boleh amik no plat kereta or amik gambaq kereta. kekeke (langkah keselamatan);
- tambahan satu lagi, jangan takut dan mudah kesian kalau tak jadi serupa aku la..hmmm
Sampai la ni, aku rasa sangat terkilan. Nasib RM 30 ja, (tapi banyak la tu bagi orang semekin serupa aku ni.. huhu) Aku memang tak halalkan la duit tu. Mungkin hidup dia takkan senang sampai mati la. Kalau aku jumpa mamat ni memang siap la ngan aku...