Tamat sudah Rooftop Prince


Akhirnya dapat menghabiskan cerita Rooftop Prince. Ending cerita ni sedih. Sob..sob..sob..  Park Ha tetap dengan Tae Young. Aku tak mau story la, tak bestlakan. Nak tau, sila layan cerita ini. Atau boleh tanya kat wiki.

Rooftop ni ada 20 episod, sebab selalu dok layan 16 episod jugak. Memang berjanggut jugak la nak habiskan.



p/s : sibuk tak sempat post, dah bersarang agak lama :p

Wordless Wednesday


Cuba teka, apakah binatang di atas?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ia adalah 2 ekor lembu  , hamsem dak?  :P

p/s : Aktiviti diatas adalah untuk kursus kepimpinan yang aku sertai. kena lukis lembu.

Dari 'BIG' ke 'ROOFTOP PRINCE'


Assalamualaikum, aip !

Baru saja dapatkan habiskan tengok cerita Big. Mesti ramai yang dah tengok. Aku pernah buat entry pasal cerita ni kat sini. Hari tu sempat layan sampai episod 6 ja, lepas tu dah start posa, raya bagai, memang tak sempat la nak tengok. Lani baru free sikit, apa lagi.




Boleh tahan cerita dia sebab ending tak berapa best. Sebab apa Kang Kyun Jun jadi Yoo Jae tu? Argghhh!! Sedangkan dalam 1 tahun saja. Ending dia Gil Da Ran dengan KKJ dari apa yang aku paham. Tapi ada part sedih jugak Bila Yoon Jae excident. Part yang KKJ dapat tau dia hanya anak dilahirkan untuk selamatkan Yoon Jae ja. Tak mau la cakap banyak-banyak mungkin ada yang tak tengok lagi.

La ni tengah layan Rooftop Prince plak. Sama macam Big jugak, tersangkut sampai episode 6, ni nak mula sambung tengok balik. Cerita ni lagi la sakit hati. Ada kakak yang rasa macam nak sepak. Pentingkan diri sendiri. Aku tak layan habis lagi. Tunggu aku buat entri emo nanti, hokey!! :p



p/s : Oh Gong Yoo…………



# sumber photo dari En. Google

Save MS Word to PDF

Assalamualaikum & selamat pagi !

Mesti kadang-kadang timbul masalah bila bos nak dokumen tu diemail dalam format PDF tapi fail tu save dalam word. Lepas tu mula peningkan. Kadang kita kena convert onlinekan, tak pun kena install. Bila dah install tengok-tengok kena berbayar baru boleh convertkan. Hampeh ja....

Lani aku nak share sikit guane nak buat dengan mudah. Mungkin ada orang yang dah tau, yang mana tak tau boleh buat lepas ni. :)

 1. Bila dah siap, ready la untuk save.

2. Pilih Save As kemudian klik find ad-ins for other file formats

3. Lepas tu akan keluar la paparan ni

4. Lihat pada topik Install and Use the Publish as PDF or XPS add-in from Microsoft. Klik pada Microsoft save as PDF or XPS add-in for 2007 Microsoft Office Programs

5. Bila dah klik, paparan ni pulak muncul dan klik la kat button Download tu.

6.Sila buat pilihan , nak Run saja ka atau nak Save. Saya Run saja. :)

7. Klik pada Accept Licence tu lepas tu Continue

8. Dah selessai install dia kluaq la menda ni.

9. Ok, la ni dah boleh la save as PDF. Jeng.. Jeng... :)

#Yang aku buat ni Office 2007. 

Kalau Office 2010 dia dah ada siap dah. Macam kat bawah ni. Nak mudah, gunalah Office 2010 pulak yer. :)


Yang Office 2003 aku tak berapa pasti plak macam mana. Lani kalau p mana-mana jabatan, masih ramai yang guna Office 2003. Termasuk la kat office aku. Cadang nak install Win 7, tapi risau kalau-kalau depa susah nak terima perubahan. Tak lama lagi, Win 8 pulakkan. hmmm...

Saja nak kongsi. Ilmu ni tak rugi kalau dikongsikan. Dapat pahala. :) Mana yang dah tau tak pa la. Maaf gambaq tak clear, terus tempek tanpa edit. :) 

p/s: Asal buat blog ni pun memang sebab nak post pasal IT ja, sebab kekadang saya lupa. Bila lupa boleh rujuk sini. (Tapi sekarang dah post macam-macamkan,. hehe)