Penutup 2019

Assalamualaikum.. hoii..

Apa aku nak tutup ya? Rasa sama ja setiap tahun hidup aku ni.

Okey, Alhamdulillah, aku okey ja tahun ni. Kerja macam biasa ja. Cuma semakin boring mungkin. Entah la. Mungkin sebab duduk sini dah 10 tahun. Lama betoi. Bila entah nak kena tukaq, hahaha.. Aku cuba bersikap positif pasal kerja. Walaupun kadang moody jugak.

Kadang aku rasa stress, Entah la........ Aku la ni malas nak cakap banyak.



Eh tahun 2019 ni paling best bila aku dapat p Korea Selatan, Alhamdulillah. Tak bajet pun nak sampai. Teringin dah lama, cuma nak p tu tak berkesempatan. Duit lagi, masa lagi. So, Alhamdulillah, dapat p bulan 4 2019. Sumpah aku tak sangka aku boleh plan semua sendiri almost. So aku rasa bangga atas diri aku. cewahhh... hahaha.. Thanks to Muna sebab banyak jugak tolong bila dah sampai sana. Kira susah senang bersama la..hahah Kira macam hadiah untuk diri sendiri la 10 tahun bekerja.


And selepas 10 tahun dapat la aku beli sebijik rumah comel hasil titik peluh aku. Walau gaji tak seberapa, aku nak jugak beli rumah, hahaha.. Dapat kunci bulan 10 tak salah, kat Sungai Petani. Hadiah diri sendiri jugak, boleh la p lepak rumah sendiri nanti. 3 tahun lepas lagi (merujuk tahun 2019) aku dok cari. Mula-mula orang dok suruh, malas ja, lepas tu baru la hegeh nak cari. Merata jugak la cari, sampai satu masa aku dah fedap and tak mau cari. Nasib la Hawa yang selalu support aku. Dia siap dengan laki dia naik moto p tengok rumah nak jual. terharu sangat, huhuhu.. Finally, your kakak dah ada rumah Wa oii..hewhewewhew.. Tapi bila beli rumah baru ni, macam-macam la masalah. Ada lubang la, ayaq bertakung la. So masalah ni la aku dok hadap. Tapi dah selesai. Tunggu hujan turun nak tengok, masalah musim panas sekarang, hahahaahahh.. Aku malas nak cerita pasal masalah memeningkan kepala aku ni.

Ni bukan bilik aku, sekadar hiasan

La ni, selain tu, tengah tunggu idea dari kepala aku nak buat rumah. Nak pasang grill la, nak buat kabinet la. Kabinet tu nanti dulu, tak mampu lagi. Nak yang basic dulu, kipas lampu semua dulu. And jodoh? hahahaahah....

Saja tempek bagi semangat kat diri sendiri

And then aku masuk fun run, hahahaha, sila ketawa beramai-ramai. Sebagai seorang profesional kaki bangku, yang tak main bola and aktif suka la senang cakap, aku telah mencabar diri aku buat menda alah ni. Alhamdulillah, aku berjaya.yeahhh!! Bangga diri lagi sekali,hewhewhew.. Fun run ja weh, tapi aku bangga diri aku. Dari manusia-manusia yang cakap, fun run ja, fun run ja. Masuk jugak fun run, dari bercakap saja.


Hujung tahun ni aku agak beremosi. Mungkin penat. Letih layan manusia-manusia yang berfikiran sempit ni.

Tapi aku berjaya membawa diri aku untuk jadi lebih positif. Aku malas dah nak berbahas dengan manusia yang hanya mempunyai kepentingan diri sendiri. Malas jugak nak layan manusia yang sentiasa berfikiran negatif. Lantok hang la. Kalau aku rasa nak cakap, aku cakap, kalau aku rasa malas, aku abaikan. Aku dah penat. Aku pun buka muda lagi nak layan and jaga hati orang. Aku tak rugi apa-apa.

Hidup perlu diteruskan.

Harapan aku tahun 2020 akan lebih baik untuk aku. Tak mintak banyak, happykan mama abah tu paling penting.

Dah la, habis idea nak tulis. Doakan untuk semua yang baca diberi yang terbaik olehNya. Amin.

2 comments:

  1. All the best untuk tahun 2020. Sila travel dengan banyak lagi =p

    ReplyDelete