Jumpa Sahabat Lama

Assalamualaikum..uitt.. Aku tak tau sebenarnya nak share cerita apa, hahaha... Tapi tetiba teringat kawan aku si Sabariah ni yang dah lama gilaa weh tak jumpa. Last masa 1993 kami jumpa. Dulu aku duduk kem, lepas bapak memasing kena tukaq and keluaq dari kem tu, lost contact la kami. Zaman dulu mana ada fb bagai ni kan.

2020

Di kala PKP ni la dapat jumpa pun. Tapi jumpa time covid-19 ni tak boleh la nak hug and kisses bagai, hahaha..

Dia boleh tanya aku, "aku gemuk kan weh,"
aku pun jawab "hang nak jawapan jujur ka?" hahahah

Masih sama macam dulu, muka tak berubah, cantik lagi macam kecik-kecik dulu. Sat ja sembang, tak dan.


hahahaah, ni tahun 90 ni. Aku, Bayah, Ita, Kak Ina, and last tu aku tak ingat.

Sebabkan kek ni la berjumpa, sedapp

Hope persahabatan ni kekal ke syurga, InsyaAllah...

Masak dan Makan di PKP, ahaks!

Assalamualaikum..aii..

Aku cuma nak share apa aku masak ja. hmm..hahaha..

Ni aku buat popia. Tapi bukan inti taugeh popia basah, popia pedas whatever tu la kan. Ni resepi cik aku. Tapi aku taram ja la apa yang ada, hahaha. mix vege, ketam, ayam, daun sup and bawang, lada hitam and apa ntah lupa dah pasal rempah ratus tu.

Dah siap campur semua, masakkan ia.


Dah siap masak balut la suka hati nak balut macam mana pun.

Besaq dabak weh, sebab nak cepat habis, hahaha

Dah siap goreng sampai kuning-kuning 

Tercelup jari dalam minyak panas.
Lupa nak ambil dah siap goreng tu. Tapi macam seakan gambar kat atas la. Rasa mesti la sedap.hihi..
Masak ni time berbuka puasa ni.

Lepas tu aku buat kek plak. hahaah.. Aku nak buat carrot cake, tapi bahan tak cukup. Last aku buat kek dalam kotak 3 in 1. hahaah.. Bijak tak aku. Kek ni rasa macam kek orang lama-lama buat tu. Kek oren. Sedap jugak.

Bila hang jaga api atas bawah, nampak hitam sikit.

Yang kecik kurang hitam sikit



Lepas tu sebelum puasa tu aku buat pulut pelam. Teringin nak makan, selalu makan kat kedai, dah PKP ni kena buat sendiri ja la.


Aku buat kerja senang. Buat macam ni ja, hahaha,


Masak santan plak.


Tadaa, dah siap.

Lepas tu abah beli buah durian, buat pulut durian plak.


Lepas tu hari tu aku beli daging dendeng kat kawan aku si Shud. Kawan lama kat YADIM dulu. Dah lama dia jual ni, aku ni nak beli tak terbeli-beli jugak. PKP ni baru beli. Sedap, tak tipu. Bila dia pos dah sampai terus masuk freezer. Memang dia masak sendiri ni. Sumpah sedap.


Lepas tu aku rajin buat la plak nasi lemak. Makan dengan daging dendeng ni.

Tadaa, nasi lemak bodo-bodo jaa...
On hari tu, aku buat ketupat. Tapi bukan la aku buat pun, beli yang kena rebus tu ja, hahaaahh... Aku ni memang sejenis tak reti nak buat ketupat. Belajaq berapa juta kali dah pun, masih tak pass. Aku beli siap macam ni senang. 



Lepas tu buat rendang daging. Mesin semua and masak la.





Lepas tu gulai ayam jangan dilupa. hewhewhew..

1st time tahun ni order lemang, mai hantaq pukul 12am weh. Ko ghase, hahaha.. padahal ordernya awal macam tiap-tiap tahun. Nasib sedap.

Lepas tu ada tulang, aku buat sup tulang. Makan bersama bihun. Aku masak bodo-bodo ja tengok apa yang ada ja.



Sebagai seorang perempuan yang memang tak reti masak, aku try untuk memasak di musim PKP ni, hahahah.. Aku boleh la masak, cuma tak pandai la. Masak boleh masuk tekak aku and perut aku kenyang sudah pasti. Nak masak jamu orang ramai, macam blur la. Kecuali kawan-kawan terdekat yang memang tau aku tak pandai masak boleh la, hahahaah.. Macam Faezah kawan aku, dia akan tugaskan aku kalih lauk, kacau-kacau kuah, hahahaha...potong-potong. Yang penting jangan malas ja nak masak ni, ko belasah ja, hahahah, konfiden kena tinggi, macam aku, hahahahahaha..

Nota kaki: alamak, ada video tak boleh play, hampa buat-buat nampak sudah la. Sebab ada video yang aku share kat ig dah.

Aktiviti Jimba Musim Panas - Yan, Kedah

*Entry ni buat lama dah, cuma gambaq tak dan pilih. Lama duduk dalam draft weh. Time p ni, Kedah selamat lagi, lagipun Yan la daerah paling bersih weh, so tak sia-sia kami sampai, hihihi.. okey, selamat membaca.

Assalamualaikum.. aii...

Semalam Perdana Menteri kita dah umum Perintah Kawalan Pergerakan. Semua pejabat swasta dan premis kerajaan kecuali yang yang perkhidmatan yang penting sahaja yang masih dibuka. Tarikh bermula 18-31 Mac 2020. Termasuk la aku tak perlu mai kerja mula esok. So jangan nak p mana-mana no.

29/2 hari tu, aku dengan Wafa telah berjimba-jimba di Yan Kedah. Plan asal macam tak ketahuan. Mula-mula ajak Aq, tapi dia ada plan lain, so kami berdua ja la. Masing-masing macam tergedik-gedik la nak p jalan. Dari nak kelah bodo-bodo, terus jadi bodo lepas sampai tempat di tuju, hahahahah, nanti aku cerita.

Kami plan last minit. Dari plan nak p Pantai Merdeka terus bertukaq ke Air Terjun Titi Hayun. Belagak, tak mau panas laut, padahal bukan putih sangat pun, hahahaahah,,, Bukan pa, cuma nak elak penyakit sama. Selalu Pantai Merdeka hari minggu ramai orang, and time gajikan.

Aku plan nak buat nasi lemak, last malas la plak, beli ja la, aku buat sandwish ja la, p cari nasi lemak kawan abah, tapi dia tak bukak pulak.  P market pun tak bukak gerai nasi lemak. Last beli ja tepi jalan. Janji ada nasi. Wafa buat kek. Sedap, sampai aku bawak bekai la keja esok tu.

Pagi-pagi sepie Wafa mai umah, gerak dengan Bumblebee. Time gerak p, rasa awat la jauh sangat nak sampai. klip pop klip pop sampai la Titi Hayun. Sampai lebih kurang pukul 10.16 pagi. Orang tak ramai. Tapi tengok ayaq, Allah, sedih.. ayaq tak dak weh..Kering ...... Ayaq tu ada tapi bertakung. Lepas tu lawan hang tengok aku, aku tengok hang.huhuhu... Termenung la sat kat situ.  lepas tu bincang punya bincang, tak pa la, sampai, sampai dah. Sambung duduk ja la kat situ.

Kering gila wehh...

Merenung ja laa

Macam bodo seminit bila tengok lagu ni

Hampaq la lapik sambil susun makanan. Lepas tu lawan terenung tengok ayaq, krik..krik..krik..krik..hahahah... Ada yang mai, balik. Makan la kami berdua sambil sesi meluahkan perasaan, hewhewhew..

kek tu Wafa buat, sedap, tak manis sangat, loikee!!

Pura-pura happy

Lepas tu Wafa nak ber..ber
.. plak. P la toilet kat situ, sekali ayaq tak dak, naya weh.... Lepas tu kami gerak la. Singgah masjid ja la. Aku pun boleh la menyimpan yang harus. Wafa memang tahap nazak sakit perut dia, hahahah.. Aku rasa penangan makan nasi lemak aku beli tu. Memang pedas weh. Kami plak jenis tak makan pedas. Aku makan sikit ja. Dia yang makan sikit boleh sampai macam tu, bayangkan la.....

Hamba tuhan paling seksi
Kemudian bergerak la kami tanpa arah, ending sampai Pantai Murni. Panaih lit lit tak yah habaq la kalau tepi laut tu. Tapi best, hilang rasa rindu dengan laut. Lepak lama jugak kat sini, best sebab tak dak orang, ya la, tengah panas time pukul 1pm tu,sapa sanggup mai weh.. 


Kami nak p duduk hujung tu


Mangsa aku yang kena lompat, hahaha

Best ambik gambaq, sebab orang tak dak, tapi panas tak boleh bawak bincang ..
Lepak tengok ayaq laut, sembang kisah suka duka. hahaha.. Lepas tu nak p zohor dak lagi weh.. 

Tapi dan lagi la ambik gambaq sekeping dua, hahaah..

Aku syak ni gunung jerai, hhahaha



Nak lompat jugekk.. hewhewhew

Kesian, mangsa aku berapa kali la aku suruh dia lompat, hahahahah
Tengah jalan Wafa jumpa kawan dia si Syawal. Dia sembang ngan Syawal sat, aku tunggu dalam kereta.


Settle nak cari bendang yang ada jerami yang dok viral tu. Nak jugakk.. Dah alang sampaikan, apa salahnya. Kebetulan time kami p tu, ada yang kes jerami terbakaq, ingat tak dak dah. Bila search and sampai ada. Rupanya ada banyak tempat. Aku pun tak tau nak describe lagu mana tempat aku p, senang cakap, search ja, jalan sampai. Tadaaaa.....

mak ai.. ramai kot..
Mak aii bila sampai, memang ramai la walaupun tak pukul 5pm lagi time tu. Dengan panas lit lit tak tau nak habaq. Memang berkicap la weh,hahaha...

Kena bayaq parking RM2 ja.


Moh tengok kami sakan bergambaq.







Semua gambar adalah bajet-bajet model, ko mampu, hahahaa..  Padahal nak ambik gambaq ni, tunggu turn kot, malu la jugak, tapi, dah sampaikan, huahuahua..

Ramai lagi nak ambik gambaq dik, #sissabar

Mangsa kena lompat




Saranghae Malaysiaku

Muka aku dah serupa siput sedut, hahaha, penat lompat




Bila hang suruh BBNU ambik gambaq.. #sisgeram
Suruh budak-budak ambik gambaq, hadoii.. sibuk nak dating lagi la kan.. Dalam semua gambaq, yang ni ja boleh tahan gambaq kami dua, redha ja la.



Kat tepi-tepi tu ada gerai bukak. Ada makanan jual, kalau dahaga ka, lapaq ka, boleh la makan buat lapik perut dulu.
Sebelum balik, selpiaq dulu noo

Koi ramai lagi
 Boleh la gerak nak ke lain plak. Sambil tu kami cari kedai makan. Lapaq dah oii. Biasanya, search dalam maps ja, hahah..always..

Lepas tu jumpa sungguh kedai untuk orang lapaq, hahaha.. Lapaq Western nama diberi. Sebenaqnya kami p awai, pukul 4 lebih, tapi kedai tak bukak lagi. So tak semua makanan ada la. Decide mai lain la nanti lepas pukul 5pm.

Kedai ni tepi jalan, so rilex la sikit. Tapi kami ni dah busuk haung-haung dah weh, malu plak kat orang, nasib tak ramai lagi. Mana tak busuk, kerja lompat ja nak amik gambaq. hahahah..






Ketam kami dua tak makan, sebab tak reti, hahahaha....

Ada macam-macam kat kedai ni, kami dah lewat dah nak balik jauh lagi, order yang simple, and wafa pun perut sakit, tak payah order merapu la.

Licin dah..
Maka berakhir sudah 1st trip entah apa-apa kami, hahaha.. Bawak baju nak mandi, sekali nasib tak menyebelahi, ootd tracksuit sampai balik, hahaha.. Yang penting best dan puas hati walaupun masing-masing dah bau macam kambing.;p