Aku merapu

Hari ni last episod Nora Elena. Dan semestinya aku akan menontonya..hehe..Semua orang memuji watak Seth Tan kerana dia umpama lelaki yang cukup dari segala segi. Semua orang inginkan seorang lelaki macam ni la untuk dijadikan suami. (termasuk la aku, ngeh3.. =p)

Tapi bila dilihat balik, lelaki bernama Seth Tan itu juga bukan la tersangat sempurna. Pertama dia pernah merogol Nora Elena. Kat situ imej dia dah tercalar dan sebagai seorang perempuan memang sukar untuk menerima hakikat yang hasben dia adalah seorang perogol. Tambahan lagi dia pulak mangsanya. Kedua dia adalah lelaki yang sangat cemburu. Tapi bagus la, sebab cemburu itu tandanya sayang. Tapi dia tak siasat dulu setiap apa yang Yvonne cakapkan. 

Biasalah, nobody perfectkan...Tak ada orang yang sempurna.

Tapi, boleh tak nak hasben perangai baik-baik macam Seth tu.. hehehehehe..  ade tak? Ada sesiapa sudi tak..hhehe

p/s: pengaruh Nora Elena punya pasal, aku dah terasa nak kawen..hahaha, gatei tak aku..=p

Nora Elena + Seth Tan

Sekarang drama Nora Elena la aku dok layan. Best cerita dia. Macam dalam novel. Tapi memang cerita ni pun adaptasi dari novel pun karya Meen Zulaikha.


Teruja tengok cerita ni.Pelakon utama dia Siti Saleha (Nora Elena), Aaron Aziz ( Seth Tan) Zul Arifin (Eid), Erry Putra (Amir), Wan Sharmila (Vyone) dan ramai lagi la.

Tapi ada jugak orang kutuk-kutuk drama ni. Lantok ler, ader aku kesah!! Nama pun drama,..I like it!!


Ada beberapa perkara yang kita dapat belajar dari cerita ni sebenarnya. Contohnya, tengok Nora bercinta bagai nak rak ngan Eid, dekat nak kawin ja boleh putus gitu jer. Sabor jer la.. Setiap cerita tu ada nilai-nilai dia sendiri, so pepaham jer la.

Nak tau lebih lanjut tengok setiap hari jam 7pm kat tv3. Kalau terlepas, tengok kat tonton k, tak pun kat youtube yer.. ;)

Alhamdulillah!!

1 Jun 2011, surat pengesahan jawatan dah dapat!! Serius best ! Tak sangka. Alhamdulillah.. :) Semua aku urus sendiri dari mai lapor diri sampai la surat untuk sah jawatan. Bersyukur sangat..

Minggu cuti sekolah macam biasa. Menyibukkan diri. Tapi satu benda yang buat aku pening. Cari smart panel tok scanner. Kalau driver senang, tak pa. Hari ni baru dapat. Alhamdulillah. Tq so much to Mr. Zool help me.. ;) Serius macam nak gila dok cari menda alah ni. Tak dak feel sebab terlampau serius dengan menda ni.huhu..

Maka minggu depan akan bermula la sesi persekolahan. Akan riuh rendah la sekolah. Back to normal :)

p/s: Gambaq p Intura dah uplod, kalau kursus tu seminggu ka, dua minggu ka, kan best.. :p

Cuti hari pekerja

Sakit gusi masih terasa. Walaupun dah nak masuk seminggu. Rasa menyesal jugak sebab p cabut. huhu.. Tapi redha la, mungkin ni ujian dariNya..
Jumaat lepas aku dan kekawan ke Penang. Bajet konon nak amik gambaq lastly en zool kita punya bagus igatan bateri dia tak bawak. Hangin aku. Kebetulan cuti minggu hari pekerja, nak naik feri tengok-tengok keta bersusun baik punya tu bai. Patah balik naik jambatan rupanya jem jugak. So tunggu jer la nak wat macam mana. Last sampai tengahari hujan lebat mencurah-curah. Dugaan lagi.

Lepas depa siap semayang, nak p makan la. Si arip cakap nak makan laksa apa ntah. Sekali ubah makan nasi plak. Makan la dekat Peladang tak silap aku area dengan Kolej Tinggi Mara. Lauk banyak tapi kurang sedap. (tak tau la mulut lain-lainkan..)

Kami sampai Botanic Garden pun dah dekat 4.30pm macam tu. Sabor je la..hurmm.. (Gambor kt flickr, malas nak uplod) Ramailah kawan-kawan siArip ni kat situ.hahaha..

Hari kedua ke umah Fatahiyah Husin untuk majlis kenduri. Tak sangka si Fata ni dah kawin. Aku bawak mak dan Dikmi konvoi bersama family Faizah dan Key. Balik singgah dan relax kat umah Pak Lang kat Kepala Batas. Nak dijadikan cerita hari kenduri tu la aku baru beli hadiah. Kami share duit sorang rm20 dengan Daya (ketua), Intan, Kak Yda, Mas, Wani dan aku la. Cangak tak tau nak beli apa last aku sambar iron ngan mangkuk besar macam magkuk sup tu.

Hari ketiga aku ke rumah Ain. Nun di Kola Nerang nu. Pertama kali drive sesorang p sejauh tu. Tapi Ain tunggu kat Pekan Rabu (sebenarnya aku yang tunggu Ain, ok!) P pekena nasi kat Pekan Rabu pa dulu, jejalan dan menyambar ikan pekasam yang kurindui kenikmatannya..nyum3.. Tidoq sana semalam dan amik cuti sehari. Best dapat jumpa Ain dan dapat bersembang macam-macam.

So, cuti 4 hari aku tak lekat kat rumah. Jejalan ja..hehehe

sakit gusi

Gusi ku sakit..

Gusi ku sakit..

Ini kerana gigi aku telah dicabut oleh doktor. Asal nak p tampal last-last doktor cakap 'tak dapat diselamatkan lagi....' huhu

 Minggu depan kena lagi satu kena cabut lor..huhu

Kalau masih sakit alamat tangguh dulu la..heee..

p/s : Cuti hari pekerja aku jejalan ja keja. Nanti aku story pasal cuti aku k  dan semstinya bersama gambar.. hehehe

Bulan 5 bulan sibuk

Maka dengan ini aku mengistiharkan, pada bulan 5 ini aku akan sibuk dengan aktiviti yang macam-macam.
Dan perasaan aku sangat teruja untuk menghadapi hari-hari sibuk ini. hehehe.. Dengan kursus, Khidmat bantu dan bengkel. Sangat seronok. 

Aku suka bila ada kerja dan tidak suka duduk saja kerana sungguh membosankan. (saya bukan kaki bodek ok!)