Cuti-Cuti Singapore

 Assalamualaikum, hai guys!!



Lama tak bersiaran, serius lama tak menaip. Entry last just post a video. Sebab mood serabai. Rupanya tak sihat, warded 3 kali, mc almost 1 month. sigh




Stop pasal cerita sedih, jom cerita p cuti-cuti dengan gang #ftchingu.




Lastweek baru balik dari Singapore @ Singapura. Plan beli tiket is Farin. Teringin nak tengok airport singapurakan. Jadi beli tiket turun Singapura terus. Beli macam terkejut badak lepas balik Kota Jogja. Kita approve ja p Kota Singa walhal macam plan suka hati ja.




 Menarik percutian kami ni (tapi memenatkan) adalah kami p naik flight, balik Malaysia ke Johor Bharu dulu, naik keretapi, kemudian balik utara naik bas turun Butterworth dan dari sana naik keretapi lagi sampai Sungai Petani. Menarikkan? haha, tapi puas hati. Okey jom start story.




Sebelum bertolak, breakfast dulu kat KFC. Tekak orang melayu, cari nasi jugak. Tapau sorang 1 burger habuan makan sampai nanti. 


Harap maaf gambar hang suku aq, haha

Sis mampu makan ni ja 


Ni ceria lagi, sebelum muka penat kena menapak

Macam biasa isi ja nanti kat imigresen bagi and half simpan bagi time balik

Amoi 
Kami bertolak dari Penang dengan Air Asia around 11.45 macam tu dan sampai sana 1 lebih macam tu la. 



Oleh kerana airport dia besar, so kena menapak jauh la sikit. Cantik. 



Toilet 

Artis. haha

Artis again

Sampai ja karpet terus

Naik Air Asia turun kat terminal 4 lepas tu keluar dan ambik bas ke terminal 2 (tak salah i la, lupa dah) lepas tu cari kaunter nak beli tourist pass. Dah beli tourist pass naik MRT Changi Airport.

Muka happy dah sampai

Dalam MRT nak ke Bugis Station

Tourist pass ni penting sebab nak berjalan guna kad ni mudah. $10 untuk 1 hari. Sebab kami stay for 3 hari jadi $30 + $10 (deposit, dapat balik bila pulangkan kad)=$40. Hostel yang kami tempah Fivestones Hostel terletak di Beach Road. Hostel ni dekat sangat dengan Sultan Mosque. Senang nak solat. Nak ke sini, naik MRT samada turun Bugis Station or Nicol Highway MRT. Tapi kami pilih Bugis sebab familiar ja nama dia.


Penting kalau nak jalan ni


Bila dah sampai Bugis Station cari untuk ke Jalan Beach Road. Naik tangga terus Jalan dan akan sampai simpang 4 traffic light. Just belok kiri dan terus jalan ja. Sebab kami sesat cross jalan kat simpang 4 tu maka tak jumpa la. Dalam sesat ni jumpa adik-adik yang tengah cari kedai sup merah, so kita pun follow je tapi depa ni pun sesat jugak. Jumpa uncle ni, dia la bagi direction untuk ke sana. Rupanya orang Malaysia (orang Nogori) tapi dah tinggal kat Singapore 30 tahun dah. (Thanks uncle!)




Jalan-Jalan jumpa la hostel kami tu. Rupanya tak la jauh, tapi sebabkan panas, sesat jadi la macam jauhhhh and sangat letih.




Check in selesai kat hostel maka masuk bilik solat dulu and makan. (Nanti i story pasal hostel ni, very recomended) Hostel ni dekat la sangat dengan Sultan Mosque, so nak solat or nak makan, tak payah risau. (Pls, jangan convert duit anda! ;] )

Selesai makan, tempat pertama yang nak dituju Merlion Park. Kami gerak naik bus. (Lupa no bus berapa, tapi banyak ja bus lalu situ)

Welcome to Merlion Park


Sampai sana, mak aiiii... ramai sungguh manusia. Aku dah confuse, hari cuti ka sekarang... Start la ambil gambar + penat sebenarnya.



Posing dulu, haha

Ramai manusia, mai mana tak tau

Me again, jakun sat

Us!! Finally we here!!
Bila dah ramai orang, nak ambik gambar pun dah macam tak dak mood, tapi bila dikenangkan nak mai bukan senang, ambik ja la. Lantak la orang-orang kat belakang tu. Ada wa kisah!!



View kat sini serius cantik. Especially bila malam. Tapi malam tu langit gelap dengan guruh bagai. Tapi tetap cantik jugak ambil gambar. 



Gelap langit malam ni

Dah cuaca macam tak mengizinkan, so kami gerak balik naik bus.


Singapore Zam Zam ni betoi-betoi bertentang dengan Sultan Mosque


Makan Malam kami singgah makan kat Singapore Zam Zam. Sudah makan, Balik. 

Nota kaki: Taip seringkas yang boleh, tak pandai nak mengayat.

Hai Jogjakarta! Video jeww...

Assalamualaikum.. Hye...

Tak berapa rajin nak karang panjang-panjang, so layan video ja la. Kalau rajin kita update.





Hai Jogjakarta!! (Penginapan Bajet Andelis Homestay)

Assalamualaikum, haiii!!!

Lama gilaaaaaa tak update. Tapi tak gila lagi la..hehe

Sabah dengan Alor Setar pun tak update habis, kunyit sungguh laaa....

Baru balik Jogja last week, so mood tak boleh move on lagi. :)

La ni aku nak cerita pasal penginapan kat sana.

Pasal penginapan, aku tempah melalui Agoda, murah sikit. Mula-mula tempah dengan Booking, tapi tersalah faham, kena bayar waktu check in. Aku kalau boleh nak bayar siap-siap. Sebab boleh free cancel, cancel dan terus tempah dengan Agoda dan murah sikit.

Kat Jogja selama 4 hari 3 malam kami menginap di Andelis Homestay. Tapi kami tak sempat pun nak menikmati keempukan tilam sebab setiap hari pukul 4 pagi dah keluar dan balik pun dah gelap. Bilik ni siap ada macam veranda, kekonon nak lepak kat luarkan, malam ja la boleh pun, itu pun sat saja, sebab nak lena awaikan.

Macam mana aku boleh tau pasal Andelis Homestay? Semestinya dari blogger yang dah sampai ke Kota Jogja ni, tapi i lupa la sapa, hehe.. Lepas tu review dia excellent kot, so of course la pilih yang ni dan harga yang berpatutan.

Ada tv, tapi tak tengok pun, awai lena.

Ada shower air panas, tak perlu risau nak mandi pagi sejuk

Jamban pun okey, ahaks!!

Tu pintu veranda, tapi sebab malam, tak nampak apa la, tapi layan la boleh rilex kat luar.

Ada peti ais lagi, katil dapat bantal peluk sorang satu, memang puas hati. (abaikan kesemakan bilik)




Ni la homestay tu dari luar dan disiang hari :)   (photo source: google)

Ni tempat lepak kat luar, memang puas hati, relax sungguh rasa. (photo source: google)
 Oleh kerana kami sampai terus berjalan dulu, maka kami check in homestay malam. Tapi Mr Bram dah siap tunggu kami. Terus serah kunci dan tolong angkat beg ke bilik. Sebelum p tu, aku dah email Mr Bram ni inform cakap confirm jadi duduk bilik tu and dia reply Agoda dah maklumkan. So mudahkan!

Oh satu lagi, sebab pakej aku amik sekali breakfast. Even keluar awal, dah ada roti dengan air mineral letak kat meja bawah. Breakfast simple tapi sedap. (Sebeb kebulur kot, hehe) 


Bayaran untuk 4 hari RM 449.50. So bahagi 4 orang, seorang lebih kurang RM112 jeww. Murah jugak la.


Kat mana Andelis Homestay ni? Okey ni address dia: 


Jalan Gondangraya, Gg Turanggasari 3 no 15, Condongcatur, Depok, Sleman, Ngaglik, Yogyakarta, Indonesia 55823


Email: andelishomestay@gmail.com


Tel no: Bram +62 81 390 2242 01 

                     +62 857 291391 71
                     +62 274 585366

Okey kepada sesiapa yang nak ke Jogja lepas ni, boleh stay sini. Dekat dengan airport sebenarnya, tak jauh dari jalan besar, jalan kaki ja. Yang penting, selesa macam kat rumah sendiri. :D


 Mr Bram tu pun okey, and family aku rasa, ramah ja. Tapi tak sempat nak borak, sebab jadual pack sangat. 



p/s: Semoga aku di beri nur kerajinan untuk update lagi blog ni, amin.... 

Aku tak tau apa kejadahnya font aku jadi tunggang terbalik, berapa kali edit dah ni, harap tak sakit mata beb!!

Hai gais!!!!

Lama weh tak menaip kat sini.

Ada jugak ngintip blogger lain, tapi kadang-kadang ja la, komen pun tak sempat weh.

Tengok la, ada masa update k.

babai bebeh!!

Penginapan Bajet di Kundasang Rosewood Home Cottage, Sabah 6

Assalamualaikum, aipp...

Selesai tengok lembu, mula cari bilik. Time ni la hujan turun lebat sangat. Pusing-pusing jumpa jugak la.

Safely arrived at Kundasang Rosewood Cottage!!

 Aku pilih duduk kat sini, sebab kat sini la paling bajet. Kami berdua tak pa, tapi sebab kena pikiaq untuk Aq (our bodyguard) kena la cari yang berbaloi. Nak duduk dorm, macam tak selesa, so bilik kat sini la menjadi pilihan hati.

Satu malam RM80 satu bilik, semua ada kecuali tv, hehe. Kira ok la, sebab bukan nak tengok tv main tab, meyembang pas tu zzzz...

Lekaih ambik no telefon!

Bilik aku dengan Wafa

Banyak homestay, hotel kat sini, so jangan risau pasal penginapan. Cuma lebih elok kalau tempah awal. :)

Nampak tak paip hitam kat tepi pokok kat gambaq atas? Paip air tu, dia up dari bawah waktu gempa bumi hari tu. So, nak park kereta kena turun ke klinik bawah dulu baru masuk park kereta.

Tudia baru nampak kesan sebab gegaran tu. Kalau tak mai mana nak tau kan.

Terima kasih kat owner bagi penerangan serba sikit nak cari makan and tempat menarik kat sini waktu ambik kunci tu.

Amik dari Kundasang Rosewood Cottage :)
Sebab apa aku kata berbabaloi, sebab ni la. Kalau mai ramai boleh ambik bilik paling murah RM80/4 dan sorang rm20 sahaja. Berbaloikan. Nak elok sikit amik mahal sikit.

Kat depan ni siap ada taman sayoq lagi, bahagia rasa
Ni bilik aq kat bawah sikit
Aq dalam bilik dia
Aku lupa Aq amik bilik yang mana, tapi patern lebih kurang ja.
Jalan terus ni p Klinik Kesihatan Kundasang

Buat apa yang patut, rest sat kami keluaq plak. Saja tengok Pekan Kundasang ni. Tapi sebab malam awai, round-round dekat saja la.

Kami p gerai tepi jalan jual bunga, sayur bagai tu. Saja la tengok-tengok. Aq kan mat bunga. Tapi susah nak bawak balik, cuci mata saja la.

Lepas tu p makan kat kedai makan kat atas bukit sikit. Lupa dah nama apa. Kalau mai sini, jangan lupa makan kepak ayam apa ntah.

Balik bilik pakat dok cerry berry lepas tu. Mula Wafa kat kedai lagi, lepas tu Aq last aku. Memulas tak tau nak habaq laaaaa..... Nasib baik kat bilik dah, bayankan kalau dalam kereta dari Kudat, perghhhh.... Boleh buang tepi pokok kelapa sawit gamaknya.. ;) Tapi nasib 3 kali ja p membuang.

Sama ada makan roti canai, maggi, susu or nasi goreng kat kedai tak sat. Pasrah saja la. Klinik dekat ja, kalau tak berenti jugak, boleh p menapak ke klinik. No hal! (set dalam otak time tu)

Esok nak bangun awai, jadi tak payah nak buat tidoq serupa kat semenanjung no. Lena la kami awai... konon....hehehe



Morningggg !!!!!!

Gunung Kinabalu

Again 

Macam mana depa yang duduk kat kaki bukit tu

Ok, ready nak ke next loction plak!

Macam mana nak cari Kundasang Rosewood Home Cottage ni?



Tempek maps kat sini senang nak cari.

Atau boleh p kat address ni

http://www.kundasangrosewoodhomecottage.com/

Boleh la pilih pakej mana yang sesuai ye..

Nota kaki: Weh tak dak idea nak menaip, sila la cepat habis

Desa Dairy Farm Sabah 5

Asaalamualaikum.. haiii

Dah sampai kat Kundasang tu, kami cari makan dulu. Makan tengahari ni memang special tau!

Tadaaaaa.....

Maggi je ok. haha.. Pening tak tau nak makan mana, so singgah Petronas tambah air ja. 20 sen ja. Rasa sedap gilaaaaa maggi tu. haha.

Kami dah terlajak dari kundasang masa tu. Lupa nama apa ntah tempat tu. Sebab dok kompius nak p tengok lembu ka, nak ke lain dulu.

Keputusan dibuat, gerak tengok lembu, senang.




Sampai la kami kat check point seterusnya, New Zealand Malaysia @ Desa Dairy Farm :)

Bayaran
 Kat sini ada aktiviti perah susu, bagi susu kat anak lembu and proses susu. Tapi ada masa-masa la. Nak tau macam kat atas tu la.


Lembu

Barn
ada kawan suka selfie macam ni la

Tadaa, nampak dah
Dalam ni ada jual souvenir macam baju, fridge magnet dan macam-macam la. Jangan lupa beli susu tau, minum sampai cirit, hahaha.. Ada macam-macam boleh try, kek ada tak salah, lupa dah.

tutup sebab Jumaatkan
Nak bagi susu boleh la, bayaran dan masa macam kat atas

Model susu, huahuahua

Lepas kira lembu tak cukup
Gambaq sangat banyak, so aku pilih yang ni ja la, Satgi muntah hijau plak.

Kami sampai tu, orang koi ramai, Jangan lupa ambik gambaq kat pagaq putih sebelum masuk, serius macam over sea kau mak!! Pastikan tak hujan la. hehe

Cuaca tak panas sangat bila kami sampai, sebab nak hujan. Alhamdulillah, kami sempat posing maut gambaq berjuta kat sini. ;)

Macam mana nak mai sini, nah maps tempek sini ok!



Tempat wajib kalau hampa p Sabah noo..

 Selesai mengedik kat sini, mula la cari bilik yang aku dah tempah sebelum p. Nanti kita sambung part seterusnya ok.

Nota kaki: Sila la cepat habis menaip nok oiii!!