Pages

nuffnag

Wednesday, July 9, 2014

Krabi by Car 8

Assalmualaikum, kepada penyokong Brazil, mesti tengah berduka, penyokong Jerman plak, tengah berpesta la iye tak?hehe..  Tapi jangan lupa kepada sahabat kita di Palestin, doakan mereka…

Jom sambung trip p Krabi ;)

Semalaman lena dengan aman, bangun pagi ceria ja. Kalau ikut plan asal, kami akan ke zoo, tapi Kak Risya tak mau p. Mungkin dah letih kot, lagipun dia nak balik Pahang kot.

Pagi-pagi si Una p beli roti buat breakfast.Sebab nak balik terus so bermalas-malas dulu la kat bilik. Rasa macam tak mau balik pun ada jugak. Hehe .. Selain roti, Baman buat maggi. Perghh, sedap la sebab laporkan. (aku tak tau makanan apa yang aku tak sedap J ) Masak dalam hotel kot, nasib la tak bunyi apa-apa.



Selesai belasah makan, kemas-kemas check out la. Dari sini nak ke border dah tak jauh. Otw singgah ke Pekan Danok beli barang-barag apa yang patut. Baman cakap milo Siam and milo Malaysia lain sikit rasa. So, depa pakat beli la. Memang lain sikit, rasa lagi lemak berkrim. Sesapa yang mai angkut la balik sikit. Aku tak berapa suka. Aku beli beras siam wangi tu. Dah naik keretakan. Ada a beli cikedie siam sikit sebab murah.

Gerak ke border jalan dah jam. Memang ramai yang masuk Siam. Baman suruh kami turun jalan sebab kereta kat lain. Sambil berjalan tu, si Una beli makan lagi. Biasa la buat mengunyahkan. Ayaq nyioq jangan lupa ye.

Sampai kat imegresen ramai manusia Malaysia. Kat sini pun jangan lupa sedia RM2. Paham-paham sendiri la pasal duit tu. Ada sorang brader ni tak sedia duit, imigresen Thai tu mintak kot. Hasil makluman si Wafa ngan Wary sebab aku berdiri belakang sikit. Time ni aku nak terkucil, tapi dok bajet masuk Malaysia ja la p menyimpan.

Tengah tunggu turn
Orang dah cakap no camera, tapi...

Urusan dah selesai dan tengah tunggu Baman

Bila urusan imigresen Thai siap, kami tunggu Baman dengan kereta la. Selesai urusan kereta, bersedia ke tanah air. Masuk je pintu Malaysia, tengok kereta, Allahuakhbar, punya la banyak. Aku dah la nak terkucil, yang Wary plak nak be_ _ _. Memasing dok menahan la. Jalan sejemput-sejemput kot. Lepas tu, ada yang stail potong ‘Q’ yang dasar terlebih diajar. Orang kita ni bila drive tempat orang, reti bahasa. Tapi masuk ja Malaysia jadi samseng. Tak payah kata orang kita, yang plat Singapore ka, plat Siam ka sama ja.  Cakap dalam hati, sabaq.. depan tu ada toilet k.

Masuk pulak Imigresen Malaysia, dia pandang kami semacam ja. Lepas tu, kena buka bonet la. Cek bebarang semua. Kat sini nak pesan, kalau pakaian dalam busuk-busuk tu, letak elok or kemas elok-elok. Bila kena cek macam ni, tak dak la terjatuh, kuang..kuang.. Tapi Alhamdulillah, tak dak apa, walaupun beli beras siam yang sejemput itu. Syukran.

Perkara pertama perlu dicari adalah toilet. Jumpa toilet, legaaaaaa…..

Sampai rumah lebih kurang pukul 8pm. P pekena nasi gulai ikan bawal dulu kat Perda. Depa ja la, ceq amik bau jeww…hehe…

TQ Baman
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...