IP Adress Win 7

Betapa mangkuknya aku, lupa untuk masukkan IP Adress kat Win 7 ni. Hadoii la... Bukan apa, menda jarang-jarang pakai. Dah kat sekolah ni IP dia Static so memang kena masuk la. Hmmm..

La ni cara nak mudah, aku masukkan dalam blog ni. Aku tak lupa boleh rujuk dan untuk sesiapa yang mangkuk macam aku ni, boleh jugak tengok, ok.. ;)


  1. Amik butang start, dan pilih Control Panel;
  2. Kemudian pilih network and Internet;
  3. Pilih Network and Sharing Center;
  4. Lihat pada paparan sebelah kiri anda dan pilih Change Adapter Settings;
  5. Pilih Network anda sama ada Wireless atau Local Area Network;
  6. Klik kanan dan pilih properties.
  7. Klik pada Internet Protocol Version 4 (TCP/IP4) dan klik pada properties.
  8. Sekarang anda boleh masukkan IP Adress anda dan klik OK.
Selesai sudah masalah aku. Kalau nak tau lebih lanjut boleh klik sini.

Stanza Cinta

Sekarang sedang layan cerita ini.


Suka bait-bait ayat dalam drama ni....

‎"kalau Allah sudah takdirkan sesuatu itu utk kita, walau seluruh isi alam ini mghalang kita dari mndapatkannya, kita ttp akan dpt jua. Tetapi jika Allah sudah takdirkan sesuatu itu BUKAN utk kita, walau seluruh isi alam ini mmbantu kita utk mndapatkannya, ttp kita tak akan dpt" - Amni, SC




“Ya tuhanku, aku tdk meminta seseorang yg sempurna, namun aku meminta seseorang yg tdk sempurna, sehingga aku dapat membuatnya sempurna di matamu, seorang ikhwah yg memerlukan dukunganku sebagai peneguhnya, seorang ikhwah yg memerlukan doaku untuk kehidupannya, seseorang yg memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya, seseorang yg memerlukan diriku untuk mmbuat hidupnya menjadi sempurna.” -Doa Amni slps dilamar.




"Dalam sehari kalau kita tak boleh nak buat pahala, cuba kurangkan buat dosa" - Irfan, Stanza Cinta


DOA AMNI BUAT IRFAN :"Berikn padaku sifat lembut shingga kcantikanku dtg drpdMu, Berikn daku tangan shingga aku slalu mampu berdoa untuknya Berikn daku pnglihatn shgga aku dpt melihat byk hal baik,dan bukan hal buruk dlm dirinya.Berikan daku lisan yang penuh dgn kata-kata bijaksana, Sehingga mmpu mmberikn smangat serta mndukungnya setiap saat..dan trsenyum untuk dirinya di setiap pagi…."




"Jika kita kasihkan Allah...kita tak boleh marah bila DIa beri ujian yg menyakitkan pada kita. Ibarat kita tiba-tiba ditampar dalam gelap. Geram rasa hati dan rasa nak tampar balik! Tapi, bila lampu dibuka, tengok-tengok kekasih hati yg tampar...marah tak...?"




"hidup bukan untuk hidup, tapi hidup untuk YANG MAHA HIDUP. HIDUP bukan untuk MATI, tapi MATI itulah PERMULAAN HIDUP yang abadi..." Amni, Stanza Cinta


IQLIMA (E2) : "cinta sejati tu tetap menerima walaupun kita disakiti, tetap mencintai walau dikhianati, dan tetap menunggu walau ditinggalkan…."


‎"Perempuan yang aku dambai..yg mendekatkan hatiku yg jauh dari Allah. Tika aku dilamar duniawi..hadirnya memperkasakan akhiratku.Waktu aku lalai dan alpa, lembut manjanya mentazkirah diriku. Tatkala aku disapa bahana, belai kasihnya menginsafkan naluriku"- IRFAN IKMAL




p/s: kalau ada tersalah, sory eh..

Berjemuran esok hari

Besok sekolah wa buat sambutan Olimpik Day k @ Hari Sukan Sekolah. Dan itu bermakna wa akan berjemur untuk menggelapkan kulit wa yang sedia mendung ni. But i like it!! ;D

p/s: Wa malu kalau kawan-kawan wa baca blog wa.. (blushing...............)

Download filem dan drama

Dulu memang tak reti nak download cerita-cerita ni. Asal nak cerita ja, suh kekangkawan la tolong download. Tapi la ni dah tau dah nak download kat mana. Kat sini.


Aku ni bukan la hantu sangat nak tengok filem-filem ni. Cuma sesaja la. Kalau nak download sini ada tutorial dia. Tapi mudah je.Ikut je step yang dia cakap tu.


Selamat mencuba!!

p/s: Untuk orang yang tak tau lagi so kita share-share la.. peaceee!!

Sakit mulut

Kan post sebelum ni aku ada habaq pasai sakit mulut letak asam keping tu? Alhamdulillah, jadi la. Dah kurang pun beb. Tapi kena tahan sikit la sebab pedih. Tapi mujarab. ;D 


So kat sesapa yang kena sakit ni, boleh try ok. hehe.. InsyaAllah..

Ulser mulut

Dari minggu lepas lagi sakit mulut ni. 


Sakit sungguh la. 


Godek-godek dalam cik Google jumpa la petua ni.


 Boleh try. 

Jenjalan

Aku tengah mengisi SSQS. Tapi berjanggut dah dok tunggu. Sat boleh, sat dak. Dulu isi ok ja. Senang dan pantas. hmmm....

Sesambil tunggu loading portal tu, aku saja godek-godek tengok tempat pelancongan kat Kedah ni, Rupanya banyak lagi tempat aku tak p. Tu tara anak kedah tu..Selalu orang cuma tau Langkawi ja. Lani aku nak habaq serba sedikit tempat-tempat yang best.

Tempat perkelahan yang menarik ni terletak di Daerah Baling. Berapa kali dah p ni. Memang best. Ayaq dia sejukkk beb. Serius cakap. Kalau berkelah bawak nasi makan panas-panas sedap ooo... Walaupun hari tu kecoh pasal kencing tikus, tak salah aku dah bukak dah ni.

Yang ni pun best. Tapi lagi best kalau p malam-malam ok. Sebab ayaq dia panas. Ada kemudahan yang disediakan macam tapak perkehmahan. 

Sedim terletak didaerah Kulim. Selain sebagai tempat perkelahan, ia juga dijadikan tempat berkayak. Sesapa yang berminat berkayak boleh la mai sini. Lagi satu yang menarik kat sini adalah jambatan gantungnya atau "Tree Top Walk". Macam-macam aktiviti boleh buat kat sini.

Pantai merdeka ni terletak dalam daerah Kuala Muda. Sekarang sedang dinaiktaraf. Ada chalet yang baru dirasmikan oleh Sultan Kedah. Kalau nak camping pun best kalau nak merasa suasana pantai. Not bad. Kalau dah p sana, jangan lupa singgah pekena Mee Udang Pulau Sayak. Udang dia besaq-besaq. Lagi satu, singgah la di Tanjung Dawai k.Femes nih. ; )

Wat sementara yang ni dulu. Karang aku sambung balik k! :D

Kerabu Mangga

Tetiba rasa nak post kerabu mangga ni. heeee..

Bahan-bahan:


-Mangga dicincang halus
-cabai, cili or lada                             - Tumbuk
-bawang merah                                 - Tumbuk
-nyioq or kelape sedikit                     - Tumbuk
-sedikit santan (untuk kuahnya)
-udang kering digoreng tanpa minyak, kemudian tumbuk (amik jenis kecik tu sedap)


Cara membuatnya:


1. Campurkan kesemua bahan tadi dan gaulkan hingga rata. 
2. Masukkan garam dan gula sesedap rasa. Gaulkan lagi.
3. Sedia untuk dimakan.

Makang Anging

Esok wa dah keja. Wa rasa sangat malas tau. Hmmm..2 hari cuti kejanya asyik maken, maken, maken,, hmmm..

Aku na story pasal p jenjalan baru ni. Pepagi sampai singgah semayang dan mandi kat Masjid Chalok Kedai, Setiu. Sesudah selesai bertolak p cari makan pulak. Selesai makan singgah kat Desa Murni. Start la untuk menghabiskan wang.


Selesai shopen gerak ke Taman Tamadun Islam @ Masjid Kristal. Sapa yang nak naik bot bayaran RM9 kalau tak mau naik jejalan la kat kawasan sekitarnya. ; )


Aku pilih nak naik bot. Ni cik abang ni tengah bagi penerangan. Dia bawak pusing-pusing lebih kurang 45minit la. Aku apa lagi, kena angin sepoi-sepoi bahasa, lena la. Tersengguk-sengguk. hehehe...


Ni sebelum naik bot, abang ni bagi penerangan pakai "kostum" come ni. hehe..


Kami lena kat sini. Selesa. Kat Batu Burok ni.

Petang ke Pasar Payang. Ni Bazaar Warisan dekat dengan Pasar Payang tu.

Habes bosan tak toroh, kami pun berjalan-jalan la.Dan nampak la Istana Maziah.  Dekat area tu jugak.

Esoknya lepas cekout ke Kelantan pulak. Kira sampai petang cekin kat Kota Bharu. Malam ke Pantai Cahaya Bulan. Kol 10 gerak ke Wakaf Che Yeh. Esok paginya ke Pasar Siti Khadijah. Jalan serata cerok semaa-mata nak makan nasi kerabu. heee... Pastu makan Sata. Nyam..nyam.. Bertolak balik lepas cekout la dalam pukul 12.00 pm macam tu. 

Sakit kaki tak tau nak habaq. Selalunya kalau berjalan aku lebih selesa pakai sandal. Tapi ada sekali dua aku gasak gak ngan sandal. (I.S.A= Ikut Suka Aku)

Rumusannya, not bad. Cuma sebab p macam nak p shoping ja tu yang tak best. Aku lebih suka p tempat diselangi dengan p muzium ka, kiranya macam 'Rombongan Sambil Belajar' gitu.  Tapi tak kisah la. ; )

p/s: Untuk kat Kelantan, aku tak dapat amik gambaq bebanyak. Time ni tak dak mood sangat dah. Sakit kaki, selsema, nak demam la. huhuhu...

Ganu lagi?!!

Aku baru je balik dari trip Terengganu n Kelantan last week. Now dapat lagi offer untuk ke sana. Macam mana eh. Nak p, tak mau p, nak p, tak mau p, nak p, tak mau p.........Istikarah lu.. hmmmm....


p/s: Kesibukan membuatkan tak sempat nak upload gambar ke sana. (tak de la cantik pong..)

Menci aku

  • Kekadang manusia ni suka cakap, tapi apa yang dia cakap tu ntah apa-apa. Mual bila kena dengaq. Asyik dia ja cakap. Bosan!!
  • Bila dah bercakap, dia saja yang betul. Uihh, tak kalah. Semua idea dia paling mantop dan bernas la. Mungkin pendapat dia bagus untuk dia. Tapi awak tengok tak orang yang awak sedang bercakap tu macam mana?
  • Kenapa tak boleh bagi peluang untuk dengar pendapat orang lain? Kenapa, dah rasa bagus sangat ka? Mungkin kalau dengar apa yang awak cakap, fuyooo... dasat babe, tapi habuk pun tarak!
  • Awak mungkin pandai dalam bidang A, tapi awak kurang dalam bidang B. Tapi awak tetap berpura-pura pandai dalam bidang B depan orang. Kesian awak, sebab awak memalukan diri awak sendiri bila menunjukkan kebodohan awak.
  • Jangan la bagi harapan kat orang kalau diri sendiri pun tak yakin. Ini tak, bagi harapan menggunung, lastly buat tak tau ja. Kononnya tak pernah ada apa-apa. Time ni, jangan marah kalau orang cakap awak penipu yer..
  • Kalau salah kenapa sukar sangat nak cakap mintak maaf? Susah ke nak ucap MAAF? Awak boleh buat dek jer macam tak ada apa-apa. Sekali dua tak apa la, banyak kali, jangan marah la kalau kita pun buat macam tu, ok!
  • Bila kita cakap, RAHSIA, mean apa yang dicakapkan itu, tak perlu la nak canang kat semua orang. Apa ka bodohnya boleh p cerita kat orang. Bodohkan?
  • Muka suci murni, tapi rupanya, hmmmmm .... 
  • Bab membodek no 1. Tengok nampak macam pijak semut tak mati tu. huh!!
  • Kalau dah rasa tak mampu bayar, jangan la nak amik barang mahal-mahal. Ukur baju badan senirik la muat ke tak. 
  • Kalau tak tau tanya la babe. Tak payah dok wat senyap konon-konon tau. Nak jaga status la konon.

I need a rest but...

Start dari minggu lepas aku rasa penat. Sebab sibuk memanjang. Pagi ni bangun serius rasa macam tak nak cuti. Tapi kena mai jugak sebab ada banyak keja yang masih belum disiapkan. Due date khamis ni la. Orang cakap kalau sakit, lawan jugak sakit tu bagi tak sakit. So aku yang sesangat tired ni nak lawan jugak bagi cergas. Kalau tak alamat keja tak siap dong!!

Senyummmmmm.... (Aku tengah senyum ni... ;D) Ajak! Ajak! Ajak!!

p/s: YaAllah, kau kuatkanlah diriku bagi menempuh hari-hari yang berbagai dugaan ini. Kau bersihkanlah hatiku ini dari sifat-sifat keji YaAllah... Ameenn...