Krabi by Car 6

Assalamualaikum.. uit.. Kucing aku telah meninggalkan aku dan family minggu lepas. Maka agak berada dalam kesedihan. Lambat update jugak sebab sibuk. (alasan tipikal kalau blogger tak update, well...) Jom sambung.

Lepas dah siap-siap ready nak p pasar malam plak. Memula decide nak drive keta ja, lepas tu Baman amik van ja. Lagi senangkan, tak payah pikir nak park bagai semua nanti.

Otw p tu aku sempat la lelap sat. Tapi nasib kami tak baik, hujan lebat sangat malam tu. Turun ja van, dok kat kedai dulu. Lama jugak la. Lepas tu jumpa ramai jugak la orang Malaysia dok berteduh. Ada mak cik ni, muka mak aii, nyombong sungguh. Aku senyum la, buat muka derk je. Hamboi mak cik, nyombong aihh!! Lepas pikir punya pikir, kami decide beli baju hujan. Bila dah beli, hujan plak koi reda. Tapi tak pa la, alang dah beli kami pakai ja. Klakar plak bila 1 gang pakai. hahaha..

Fesyen terbaru kat sana ;p

Sebabkan dah hujan, aktiviti terbantut. Maksudnya kena kejar masa tu balik la sebab dah janji dengan abang van time sekian-sekian. Memula benda penting, cari makan dulu. Ada banyak makanan muslim sini. Aku makan koew teow goreng. Sedap kot. (ka aku kebulur??) Minum air kelapa dan cuci mulut macam fish ball gitu bentuknya. Tapi waktu beli, ada kartun katak depan tu. Wallahualam la kalau aku dah ter_ _ _ _ _ .. Maka sepanjang perjalanan balik dan lepas balik pun, aku masih menjadi bahan disebabkan katak. huhu..
Sambil makan, kami disajikan dengan nyanyian yang agak hmmm... sumbang! hehe.. (Agaknya sebab tu la hujan lebat malam tu) Tapi aku dah tak heran sangat apa yang ada kat pentas tu, tengah lapar, balun ja..hehe..

Sesi bersantap, abaikan meja bersepah
Model Koey Teow


Makanan ni la yang dikatakan ....

Yang ni serius memang sedap, tengok cara dia letak

Sudah makan, maka kami bergerak cari buah hati, eh buah tangan nak bawak balik ke kampung halaman la. Kat sini dah berpecah. Aku ngan Una, Wary ngan Wawa, Baman sensorang tak salah. Tak pa, kampung halaman dia kat sini jugak. Kak Risya dengan family dia la.Aku beli tshirt, dan yang paling penting, fridge magnet. Tengok nak beli keychain, tak cantik la. Beli pun kelam kabut, sebab abang driver dah tunggukan.

Pilihan hati

Setel kat pasar malam, terus gerak balik. Tapi kami tak balik bilik lagi, jenjalan kat kedai kat Pantai Ao Nang tu dulu sebab pakat nak beli bag waterproof tu. Aku grab jugak malam ni. Sesambil tu beli pancake tak salah namanya. Tengok buat tu macam roti telur ja.  cuma yang ni letak la buah apa-apa nak ada kan. Kat sini fames yang ni la. Rugi tak rasa. Tapi yang kami makan tu umpama sisa je la. Dah habis. Tapi gasak ja, janji dapat makan. Kali kedua berjalan kat sini, haruslah jumpa gang-gang nyah again. Lawa siot kot!! Tapi... sempurna sangat la nampak, baik aku comel lagi. nges...nges..nges...

pancake (eh betoi ka eja)

Balik bilik, masing-masing pakat kemas baju. Esok dah nak gerak ke Hat Yai. Rasa macam tak mau balik pun ada. hehe..

Esoknya, bangun pagi, masih bermalas-malasan. Lepas tu start mandi. Gerak ke Hat Yai. Breakfast dalam kereta ja. Maggi dengan roti. Otw tu singgah ambik gambaq dengan gajah. Wajib ambik dengan gajah ni, tak kisah la gajah betul ka, gajah palsu ka, janji gajah. Thai ni fames dengan gajah. (Bajet Malaysia tak dak gajah kekonon!)

Gajah dan aku

Perjalanan ke Hat Yai lebih kurang 4 jam ke 5 jam sebab behenti lagikan. Otw harus la buat taik mata. Bila berenti wajib la ambik gambarkan..




Berehat sebentar bersama cowboy

Tempat pertama kami p adalah Floating Market. (Lupa nama tempat tu, sebab tak sempat amik gambaq sign board) Memang aku teruja sampai sini. Sebab selalu dok tengok gambaq ja. Bak kata Baman, banyak dah berubah. Dulu jambatan tengah dalam pembinaan tapi sekarang dah siap. Siap besaq lagi.

Kiri kanan ada banyak gerai sebelum sampai floating market

  Floating market ni buka jam 4pm. Sampai tu tak ramai lagi, tapi koi lama koi ramai. Macam semut hurung gula tu. Apa lagi, serbu cari makan. Panas yaamat petang tu, mungkin nk hujan. Aku jadi tak lalu nak makan sebab panas.Tapi sedap kot. Makan bubur nasi @ moi sup ngan ayaq nyoq. Memang marvelous  di cuaca panas sambil berjemuran bajet kulit putih melepak selepas mandi laut! Tapi sayangnya, sungai kat sini kotoq kot. Yang tu ja terbantut bila tengok. Kalau nak naik basikal itik pun boleh kt sini. Tapi bagi aku, tak payah la, Tasik Kroh pun boleh.



Sesi membeli

Menjilat gusi sambil memandang
Sup campur semua adaaaaaa ;D

Nasi yang Una beli, memang sedap, serius!

Kebetulan, berkenalan dengan satu family dari Penang. Tapi akak ni duduk KL cuma kampung ja Penang. Dok gebang mak aihh, serupa kenai lama. hehe.. Tapi aku dok dendiam ja. Baman ngan Una ngan Wafa la yang banyak sembang. Kak risya and family waktu ni sibuk membeli dan membelah. So, kami tunggu ja la. Ramai umat manusia dari Malaysia kat Floating Market ni. Mek Una, jumpa la kaum kerabat dia kat sini. Biasa la, orang femes..kuikuikui..

My santapan, ahh cutieee (ngade ko nok!!)
Memang tak perasan si Wary ni, sebab dah kebulur tu

Aiskrim meknolia, tak salah Wary beli
"Aku ada mug coca cola, ko hado?! " kata Wawa ayat mendengki :p
Ikan laga

Bunga ros, DIY, cantikkan

Bila Kak Risya setel urusan membelah dia, kami gerak ke kereta. Kebetulan nampak ada gajah. Kasi main dengan gajah dulu.

Gajah yang comel tapi scary jugak

Berebut-rebut nak bagi makan gajah ni
Sampai setakat ni dulu, rasa macam banyak giler plak gambaq. Rest sat. Layan gambar artis hiphop yang dah pencen. Dia dah kawin, sebab tu pencen. ;P

Yo Yo.. whats up doc, hehe

Pilih episod kat sini hokey ;)

Krabi by Car 5

Assalamualaikum..Halluuu... Tak tau bila nak habis entry ni. Akan aku pastikan sebelum puasa sempat dihabiskan. Fighting!!

(Entry banyak gambar)

Hari ni bangun pagi malas-malas ja. Jadual hari ni, nak p Island Hopping.  Breakfast dulu dengan  sandwich. Tak lupa jugak bekal untuk bawak. Sandwich jugak la.hehe.. Incharge buat Dak Una ngan Wawa. Aku malas nau nak nolongnya. (Jahatkan!!)

Janji jam 9am. Dah siap, turun tengok Kak Risya and family dah ada. Sambil tunggu, borak-borak merapu dulu. Lambat orang amik sebab jam jalan depan tu. Ye la, pagi-pagi camni, aktiviti semua orang nak p ke pulau, maka banyak la kenderaan yang masuk termasuk la bas yang gedabak tu. Padahal jalan sekangkang kera ja. Tapi tak pa, aku tak kisah menunggu pun, sebab boleh cuci mata, hehe..

Kak Risya and anaknya yang sengal :p
Van mai, kami pun bergerak la ke tepi pantai. Time ni takut jugak sebenaqnya, sebab memori masuk gua tak habis lagi. Cuma semangat ja kuat dan tawakal. Bila dah sampai tengok bot, terus rasa teruja. Macam dah tergedik-gedik nak bot tu jalan cepat. Maklum la, dulu aku ni penakut bila naik bot dan tempat tinggi, tapi la, bila dah banyak kali, macam dah hilang takut tu. Kira dah rasa biasa. (Cuma masih takut air je la, hehe)

dugun..dugun.. hehe


Bot laju yang best!!

Aktiviti island hopping ni mesti la lebih kepada mandi manda dan snorkeling. Oleh kerana aku ni agak magkuk bila bab-bab ayaq ni, memang susah la nak snorkeling. Maklum la, tak pandai berenang. Tapi tak pa, yang penting, semangatkan.hehe.. 

Kami dapat tour gouide boat (betoi ka?!) yang best sebab pompuan kot. Kami panggil mak tiri sebab garang kot, haha.. Tapi garang manja gitu. Tak sempat nak amik gambaq sebab penat ritu. Setiap kali sampai satu pulau dia akan terangkan la. 

Partner yang naik bot dengan kami pun semua ok. Ada sorang tu nama Alehendro (betoi kot eja), sebab girlfriend dia dok "Alehendro, Alehendro" dan kami membuat rumusan, Mexico ni. Ada jugak couple mungkin dari India, mungkin Malayia tak pasti la. Sebab pakai thali ke apa ntah panggil tu, and muka bajet-bajet baru kawin gitu. Ah, ramai la.. Tapi yang best ada satu family, anak dia dia aku rasa around 7 or 8 tahun dok terjun beround-round. Selamba badak plak tu. Malu aku yang tak reti berenang tu. (Aku ada anak akan aku pastikan dia tak jadi macam aku! :p)

Pulau yang pertama kami sampai, aku tak ingat nama apa sebenaqnya. (mangkukkan!!) Serius habaq, aku memang lupa. Tapi yang ni belajaq-belajaq snorkeling la. Kekononnya. Ok best. Teruja. Si Wawa pun sekapai dengan aku, tak pandai berenang.  Maka kami berdua, berjemaahlah dalam mempelajari ilmu berenang dengan Cikgu Una. kekeke.. Wawa akhirnya, teror pada aku lagi. (Sigh) Tahniah Wawa! Nanti kita p Pulau Penantian k! :p

Ni pulau pertama

Yang ni yang dah keberapa ntah

Ada pulau yang kami p bagi makan monyet ja. Lupa nama apa. hehe.. Tapi antara pulau yang kami p dan lalu, Bamboo Island, Maya Bay, Phi Lang dan Phi Phi Don.
Menda wajib amik gambar

Bersiap sedia

Cikgu tak pakai safety jacket tak pa


Untuk Lunch, kami singgah makan kat Phi Phi dan sempat la sambaq selai baju buat kenangan. Kat sini ada banyak kedai kalau nak beli baju ka, apa-apa ja la nak buat kenangan tu.  

Cari cenderahati

Selesai kat Phi Phi ni, terus bergerak ke aktiviti seterusnya. Aktiviti yang sama, snorkeling la. Tapi lebih dalam lagi kat sini. Aku tak dak keberanian nak turun, maka aku jadi photographer jer la. Nasib aku tak turun, tengok perempuan india yang baru kahwin tu, kena marah dengan mak tiri sebab tak reti berenang, hang dok pulun terjun laut pasaipakan. Panggil la anak -anak buah dia mai tarik. Kesian plak. Kalau aku turun, mesti kena jugak..

Happy semua orang

Baman tunjuk skill

Kak Risya pun hebat jugak
Snorkeling ni dapat tengok ikan la. Sebab kami dapat mak tiri, anak buah dia bawak naik ikan apa ntah. Bulat-bulat gitu.

Una dan ikan hasil belaannya


Ikan belaan Baman
Dah penat mandi, main dengan ikan bagai, maka mak tiri cakap naik sebab nak balik dah. Around 3.20pm kami bergerak balik ke tanah besar. Dah penat. Muka tak payah cakap la masing-masing terbakaq walaupun dah pakai losyen. Lena seround kami atas bot. 



Us!!

Sampai tanah besaq, ada bas, ka kereta ha, bukan van, apa ntah yang besaq tu macam lori tak lori tu, dah tunggu kami. Lega sebab dok tahan nak terkucil lama dah. 

Sampai bilik mandi siap semua, sebab satgi nak keluaq p pasar malam plak. Memang sangat letih tapi semangat tu yang lebih kuat dari badan.

#Terima kasih untuk mak tiri sebab enjoy sangat naik bot laju siap ada lap-lap lagi. Memang havoc la mak tiri.

Pilih episod kat sini hokey ;)

Krabi by Car 4

Assalamualaikum..

(Entry pendek)

Kami dah janji nak keluar jenjalan pukul 6 area pantai Ao Nang and terus ke kedai-kedai plak. Badan sebenaqnya dah tak larat, tapi semangat je yang kuat. Sesambil tu, riki barang-barang nak buat buah tangan untuk family dan kekawan jugak. Harga standard la tepi pantai ni. Haruslah ada sesi tawar-menawar. Tapi aku tak beli pun. Bajet nak beli kat Pasar malam ja (night market). Tapi dok aim nak beli dry bag.

Stylo kot!! memang cantik bas kat sini

Nak sewa gerek ka, moto pun boleh! :)

miss Wawa..hehe
Happy lagi time ni
Ambik gambaq area ni cantik jugak

Dah bajet model dua orang ni, sorry Baman, i pilih yang belakang u :p

Si Una kita ni, kejanya bergambaq je.. ;)
Time berjalan ni, nampak la gang-gang nyah yang sangat la terserlah kesempurnaannya. Memang cantik sungguh! Tapi bila cakap ja..... OUT!! Si Wary siap kena tarik lagi, apa lagi mengelabah la mamat tu.kahkahkah!! 

Penat berjalan, maka cari la makan kami ni. Dah penat ni, makan pun tak lalu sangat. Beli tom yam semangkuk share 4 orang kut. hehe.. Pesan tomyam kung, haruslah aku menjamah dengan slow and steady. Kalau tak esok, plan ke 7 pulau, mungkin aku akan berteman dengan jamban ja.

Otw balik, sembang-sembang cakap, balik ni kena mandi la. Dah bertawaf tepi pantai sampai ke tanah darat. Tapi, itu semua tipu belaka. Nampak tilam, terus Zzzzz...

Esok bersedia nak ke pulau-pulau yang indah.

Pilih episod kat sini hokey ;)