Assalamualaikum..haii.. Sambung part Sabah, part last okey.
Dari Jambatan Tamparuli, kami gerak ke rumah terbalik. On the way ke sana, hujan. Lepas tu sesat jugak la. Tapi tak la kategori sesat, cuma terlepas ja. Kami sampai tu hujan masih turun lagi . Beli tiket dan masuk. Time kami p, ada pakej kombo dengan 3D museum tak salah, dah lupa. Sebab time tu, baru lagi 3D ni kat situ. Tapi kami pilih masuk rumah terbalik ja.
Kalau nak tau, Rumah Terbalik kat Sabah ni, adalah yang pertama kat Malaysia. Lepas tu baru la tumbuh bak cendawan macam-macam perkara terbalik.hehe
Tengah tunggu turn nak masuk |
Nak masuk rumah terbalik ni kena queue. Sekali masuk ada bilangan dia, bukan semua boleh masuk macam tu ja. Lepas tu, not allowed to take pictures dalam rumah tu okey. So, sapa nak tau, kena mai sini rasa sendiri. Bagusnya, dia ada guide untuk terangkan kat kita.
Ni dak keluar dari rumah terbalik |
Kuat tak titew.. |
Sebab dah kebuluran sangat, kami makan kat sini ja. Aku rasa okey ja, sebab kebulur kot.haha.. Restoran dia pun bersih, cantik so selesa makan.
Ni makanan aku |
Makan sambil tengok rumah terbalik |
Sebelum ngap |
Lepas tu kami gerak cari hotel yang aku dah booked. Sebab trip bajet, duduk pun hostel bajet ja. Tapi dekat dengan Pasar Filipina.
Kami stay kat Hotel Somido. Dia dalam kawasan kedai. Okey la untuk tidur. Tapi not recomendded sangat untuk orang yang perlukan privasi. Sebab, bilik sebelah bersembang pun boleh dengar. Orang tidur bunyi pun kita boleh dengar. Oleh sebab aku dengan Wafa, tidur mati, kami tak dengar la pulak. Cuma sebelum tidur la boleh dengar.
Malam tu kami siap-siap gerak ke Pasar Filipina. Nak mencekik.
Banyak ni ja, mahal nak mampus.haha |
Rasa sedih bila tau harga dia. Tapi makan ja. Dah lupa berapa. (Nasib p Jogja hari tu boleh makan makanan yang sama tapi harga lebih murah.) Sambil tu jalan-jalan jugak la kat pasar tu. Tak tau nak beli apa, ramai orang sangat. Tapau makan kat bilik jugak. Tapi dah lupa tapau apa.
Esok tu check out, lepas tu p pasar kedai kat area situ, beli ole-ole untuk orang semenanjung la. hehe.. Lepas tu tak tau nak p mana. Endingnya kami p mall. Lupa apa nama mall tu. Lepas tu p singgah solat kat Masjid UMS.
Lepas tu pusing-pusing lagi kat town. And then lepak kat tepi pantai.
Lepas tu gerak ke airport, serah kereta and lepak airport plak.
Time ni tengah kebulur |
Kat airport ni kami mencekik maggi. Sebab dah kebulur. Tak ingat awat tak p makan ja awai tu. Mungkin vengong-vengong lagi kot. Kalau la, p ja makan.
P solat siap-siap semua.
Happy nak balik |
Maka pulang la kami ke sarang selepas penat berjalan, bergaduh, tarik muka. Lepas tu baik.;)
Terima kasih banyak-banyak hampa untuk gambar yang banyak, layan time moody, sakit sana sini, drive macam orang gila and thanks untuk semua. Halal semua k. ;)
Sebabkan entry ni tergantung lama, dah di tahun 2018 baru habis, makan kalau nak baca semua, boleh klik link kat bawah.
Part 8: Jambatan Tamparuli
Nota kaki: Kita berblog ni kadang macam diary jugak la bila rindu, boleh repeat baca. Sambil boleh share samething dengan orang. Tolong orang dah dapat pahalakan. ;)
Okey, lepas ni aku try story p Melaka pulak. InsyaAllah.