Saigon City Vietnam (Part 3)

Assalamualaikum, haiii.. Nak update tak sempat, balik asyik nak lena ja.hihihi.. Jom sambung hari ke2.

Hari ni pagi-pagi lagi kami dah ready nak p breakfast mee sup kat belakang Masjid Jamiul Islamiyah. Ismail cakap pukul 7 pagi okey sebab nanti ramai orang. Oleh kerana aku duduk 1 bilik aku sorang, risau takut tak jaga. Alhamdulillah sedaq weh pagi tu, hihi..

Kedai ni kat lorong belakang. So memang kita kena jalan kaki sikit melalui lorong-lorong. Macam best lalu lorong sini. hihi..





Sampai meja penuh. Tunggu la sat. Tengok ada jugak orang Malaysia yang baru sampai.



Kedai ni tepi kaki jalan ja meja dia. Memang ramai pagi tu. kena tunggu orang lain sudah dulu la. Mungkin sebab hari minggukan.

Bila dah dapat meja mula la order. Kopi wajib la. Tetiba aku suka kopi, motif, maigad!! hahah..
Mee sup dengan roti.

Roti sampai dulu

Lepas tu kopi sampai plak


Get ready sambal, kalau kurang makan pedas tok sah tebiang letak banyak, memang pedas


Tadaaa!!
Aku tak bajet pun mee sup ni sedap. Sebab nampak, macam, biashe-biashe je, hahaha.. Roti tu cicah dengan sup tu, rasa bau ulam sayur tu dengan aura pedas sikit, memang kick la.. (pandai da ayat aku, hahah)



Berangan balik Malaysia nak buat, sembang ja la, ;P

Ni kedai dia. Kedai ni agak popular sebab belakang masjid, and bila datang melawat masjid tu, wajib ke kedai mee ni. Tapi kedai ni bukak tak lama, pagi ja la. Menu wajib adalah mee daging dia lakan. Memang sedap la bagi aku. Jangan lupa cicah roti dengan sup, memang sedap. Jangan lupa letak daun mint tak salah aku dalam sup tu. Tu yang lain sikit dari mee sup kita. Ada daun apa lagi ntah, aku bukan tau sangat, hahaha..

Selesai makan, jom gerak. Kita nak p Sungai Mekong plak. 


Masjid Jamiul Islamiyah


Story sikit pasal masjid ni. Ia dibina pada tahun 1950. Juga dikenali sebagai Masjid Nancy. Tak pasti pulak kenapa. Kemudian ia di bina semula pada tahun 1980 dan tahun 2003. Masjid ini menjadi nadi bagi masyarakat Islam berdekatan juga buat para pelancong. Masjid ini juga adalah masjid salah satu masjid terpenting di Bandaraya Saigon. (Sumber google dan Ismail)

Depan masjid Balai Polis or boleh cakap macam IPK macam tu la, besar kot..
Siap nak berangkat naik van 
Mail cakap nak ke sana tak la jauh lebih kurang 2 jam.2 jam tu kira sekali berhenti kat hentian lagi.  Aku ingatkan hentian apa la. Sekali tempat shopping. Ada la toilet.

Selfie selepas kenyang 
Ni tol dia

Station minyak
Tadaa.. Nak membuang, meyimpan sekali kat sini. Menabung pun boleh. hahah

Ramai ja rakyat Malaysia kat sini. Rakyat Indonesia pun ada, tapi Malaysian win bab shopping kat sini, hahah



Macam biasa la, kain pasang, baju, bag macam aku tunjuk dalam gambar ni.


Ha, dah sama macam lokal pulak, hihi

Lepas tu gerak le dah selesai kat sini. Kami sampat kat bot station tu dekat pukul 11 jugak la. Kita akan naik bot menelusuri sungai dan akan ke tempat yang ada jual handbag la, ada makan buah gitu la katanya. Aku just follow the iti. hihi..




Hati-hati nak naik bot



Sungai ni la yang kita belajar time sekolah dulu ye kawan-kawan. Story sikit okey.
Sungai Mekong ni adalah sungai yang ke-12 terpanjang di dunia. (Hebat jugak, tak kalah la).  Panjangnya adalah 4880km. Sungai Mekong ni mengalir dari Dataran Tibet Utara (bayangkan betapa panjangnya)  melalui Yunan di China, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam.

Sumber photo: sini
Jom makan buah

Air madu katanya
Sedap gila dia nyanyi weh, serius!!

Get ready nak naik ni

Kesian kat kuda weh

Tak sampai hati naik kuda, tapi nasib sat ja

Ada nampak sis happy, hihi

Tua-tua larat lagi kayuh demi mencari sesuap nasi, insaf weh, aku ada keja, mengeluh memanjang

Aku bukan kaki shopping sangat
guess, apakah ia?

Mak iiii

Jeng jeng jeng!

Kat sini tengok pulak dia buat  candy ye.






Ni kalau sekali libas, hmmm
Aku rasa iti sesapa yang pakai pakej sama ja bila naik bot kat Sungai Mekong ni. Makan buah, tengok bee, ada jual madu, dengar nyanyi sikit bawak kat tempat buat candy ni. Lagi satu ada jual bag kulit asli harga pun murah la berbanding kalau beli kat mall tu. Aku tengok ja, hihi. Katanya memang buat kat situ. Biasa la, kat sini semua dia makan, hihihi...

Ni video yang aku ambil sikit atas bot time nak balik dah. Lepas tu kami gerak p makan nasi. Sebab dah kebuluran dah aku rasa.

Nanti aku sambung lagi. Banyak gambar ja aku rasa, hahaa..

8 comments:

  1. baca ni kena dengan intonasi utara k.. mai part tebiang tu da nak gelak da hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahkahakaha!!sorry la, loghat utara tu pekat, tauk mana pun dok keluaq jugak, hihihi

      Delete
  2. bersih jgk tempat buat candy tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'a, tu la. cara dia buat tu nampak bersih jugak la.

      Delete
  3. Dah takut nak minum kopi Vietnam yg hitam pekat tu... ada video katanya dicampur dg serbuk bateri lama... haish...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi, tu la ada jugak kawan cakap. tak tau la betul ka tak. tapi dok minum kat sana alhamdulillah tak sakit apa-apa la. hihi

      Delete
  4. yang ni amek dengan agent mana ye?

    ReplyDelete