Muzium Perang @ War Museum, Penang

Assalamualaikum.. yuhuu..

Sambung cuti kita ke Pulau Mutiara. Tempat memula kami p adalah Muzium Perang yang terletak kat Batu Maung. Kami org kedua yang sampai so sunyi sepi la. Bayaran masuk RM20 dengan Mykad kalau tak salah. Lupa dah..Bila beli tiket tu dia akan bagi penerangan sikit. Layan video aku rakam ni ja la ok ;)


Layan gambaq ja la no, hehe


bersedia memulakan misi


Panjang tau..
Replika 
kekunun nak masuk la
 Bila masuk dalam kubu ada sikit rasa seram. Especially bila masuk terowong rahsia. Lastly kami tak masuk pun sebab scary, hehe.. Hang suruh aku, aku suruh hang, ending sapa pun tak masuk sebab tak berani, hehe

Nampak tak kasut boot tu

Ada satu port yang akan nampak jambatan ke2, tapi hati-hati curam


Nampak tak apa-apa yang tak kena





Waktu beroperasi:

Setiap hari 9.00am -6.00pm
                 7.00pm-11.00pm

telefon no: 016-6448015/04-6264142
fax no     : 04-6448015/04-6264142

email      : penangwarmuseum@yahoo.com

Tempek map kat sini kalau tak jumpa

Ollaa!!

Assalamualaikum..lama ceq menghilang. Oleh kerana kesibukan melanda. Alahai, bila nak habis story mory ke Penang la agaknya. Insyaallah akan cuba mrnghabiskan sebelum Ramadhan menjelma. :D

Layan gambar 2 3 keping jambatan baru Penang!

Di pagi yang hening




Nota kaki: Update tanda masih bernyawa di bumi yang indah ini

Cuti ke Pulau Pinang

Assalamualaikum, aip!! Tengok tajuk mesti dah boleh agakkan. Hehe, berapa kali da asyik p sana. Ala, yang tu paling dekat dan paling jimat masa nak p. ;) Dikala masing-masing sibuk dengan agenda tersendiri, hujung minggu ni ja kami dapat bersama. (Perasan tak ayat dah koi poyo?)

Percutian ni asalnya bermula sekadar omong kosong, dan bercambah dengan angan-angan Mat Jenin, tetiba jadi kenyataan. Dengan sapa? Ofcos dengan sahabat-sahabat gue group mychingu iaitu Wafa dan Aq. Selalu kami p balik hari, tapi alang-alang why not tiduq semalam, nak balik lewat pun tak risau sangat.

Bajet kami RM200 exclude penginapan. Tapi sebenaqnya kalau dah include penginapan pun dah cukup. Mana-mana pun boleh la. Makan, tiket, tol, (masuk pulau)minyak, dan kupon parking.

Antara tempat yang kami p adalah:


  1. War Museum 
  2. Fort Cornwallis
  3. Penang Art Street
  4. Padang Kota
  5. Peranakan Museum
  6. Camera Museum
Banyak tak? hehe.. Ok next entry kita akan lebih detailkan perjalanan kita ni ye.

Belanja satu gambaq welfiaq, ;)

Ditimpa ujian

Assalamualaikum, lama menyepikan! Bukan la sesaja menyepi, tetapi Allah bagi ujian sikit, maka berehat la sebentar. : )

29hb 1 lepas,  aku dan officemate aku, ditimpa kecelakaan. Aku ngan Hawa keluaq p makan kat depan office. Macam biasa rutin sejak ada kawan, kami memang selalu makan kedai depan tu. Tapi kena lintas jalan besaq 4 lorong. Selesai makan, kami gerak balik la. Sebelum lintas, wajib la tekan butang untuk melintas tu. (Aku tak tau apa nama dia, yang ada lampu isyarat kat atas langit tu. zebra crossing aku tau la.)

Camgini la kitaorang lintas 
Aku kat sebelah kanan, dan Hawa sebelah kiri aku. Lepas dah make sure kereta berhenti, kami pun lintas la. Tapi rupanya, ada kereta sebelah kiri kami tak berhenti. Oleh sebab Hawa tinggi dari aku, aku memang tak nampak langsung kereta tu. Sedaq-sedaq kereta tu dah langgaq aku. Tapi nasib kami baik, sebab dia sempat brek kalau tak, blog ni jadi sejarah ja la........

 Walaupun dia brek pun, si Hawa terduduk jugak la, aku ni plak dah terbaring. Sebabkan aku terkejut sangat aku jadi blur-blur. Yang Hawa dah keryau-keryau, aku ni dok mamai.Bila nak p klinik baru aku sedaq.

Hawa luka kat kaki,tangan kiri dia sakit. Aku plak luka kat dua-dua siku, kepala bengkak sebab terhantuk, kaki lebam, sakit satu badan habis la. Kira sakit habis la 1 badan. Allah saja la yang tau rasa sakit tu macam mana. Tapi itu la, ujian Dia bagi tu sikit ja. Orang lain ujian lagi besaq dari ni. Ada hikmah la apa yang jadi ni. Tanda Dia ingat kat kita and Dia suruh kita jangan lupa Dia.

Benda dah nak jadikan. Alhamdulillah boleh menaip dah. ngeeee.... Semua bil perubatan ditanggung. Scan otak mana la tau luka kat dalam ka hapaka kan. Tapi syukran, sihat.

So berhati-hati la bila melintas, walaupun kita dah tekan lampu sekali pun, jangan harap sangat dengan lampu tu. Kenapa? Sebab driver kat Malaysia ni semua sakit jiwa. Nak pecut ja semedang. Vongokkan!! Nama ja rakyat Malaysia berbudi bahasa, padahal.......

Tak mau la cakap banyak, sakit hati. Buat semua tukang skodeng, hati-hati dijalanraya ok. Kalau hampa tak dak orang tersayang, orang lain ada orang tersayang, so hati-hati ok! peace!! yoo!!

Photo sumber : http://www.tutorialmelayu.com/

Nota kaki: Mana rakyat Malaysia yang penuh sifat mulia ha??

Pusat Sains Wilayah Kedah

Assalamualaikum.. haii..

Berzaman rasanya tak update blog. Bila bukak ja, rasa tak dak idea nak tulis. Macam ayat pun dah jadi serupa cipan. Peh tu asyik main tutup buka tutup buka la. Lastly tak bukak lama dah blog ni.

Dari aku nak merapu merabai, jom cerita basi nak share sikit. Aku memang suka share menda basikan..hehe..

Bulan September tahun lepas, (lama gilakan, hehe) lepas p ambik adik aku yang dah mula cuti semester, singgah ke Pusat Sains Wilayah Utara. Memang bekira-kira tu nak p tapi risau plak tak sempatkan. Tapi sampai jugak.

Tempat dia tak la sebesaq  Pusat Sains kat Bukit Kiara nu, tapi berbaloi la kalau p. Aku ni pun masuk-masuk jakun la jugak. Aku masuk hari tu free ja.Tak tau la kalau musim cuti ada bayaran kot kan.  Ada macam-macam benda kita boleh cuba. Banyak pengetahuan sains la yang kita boleh tau.

Sebelum bertukar menjadi power rangers


kayuh laju-laju


Ujian apa ntah ni


Yang ni paling best

"Hello sayang"

Ujian kegemokan mama dan aku

Bintang-bintang



Bayangan warna


Senang nak p, sebab tak besaq

Dari sini nampak Muzium Padi, sebelah ja

Kereta buatan Malaysia





Kalau nak p, dia berdekatan dengan Muzium Padi. Tapi kita akan jumpa muzium dulu, kemudian baru jumpa Pusat Sains ni. Depan dengan kolam renang.

Atau klik ja koordinat GPS: N 6° 11′ 27.7″, E 100° 19′ 29.4″

Ni alamat dia:

Pusat Sains Negara
Cawangan Wilayah Utara
Gunung Keriang
06500 Alor Setar, Kedah
Tel : +604-735 3373
Fax : +604-735 3386
Emel : psn[at]psn.gov.my
Nota : Kami boleh dihubungi pada waktu bekerja (Ahad – Khamis : 8:00 pagi hingga 5:00 petang).

Nota kaki: Sangat sesuai untuk bawak anak-anak ke sini. ;)

Pesawat Air Asia terputus hubungan?

Assalamualaikum..

Tengah godek-godek facebook, tetiba tengok kat group BBM post pasal pesawat Air Asia hilang. Pesawat dari Surabaya ke Singapura.

Kat tv dah ada berita katanya. Godek kat en. google plak jumpa ni .

Semoga semuanya selamat.

p/s: Berdoa untuk mereka yang menjadi mangsa banjir