Buku Hyreddin Barbarossa

Assalamualaikum..uit!!

Kalau cakap Barbarossa mesti ramai yang tau especially peminat tegar 'Pirates of The Caribbean'. Tapi mesti kita tak tau yang sebenaqnya nama Barbarossa tu memang wujud. Barbarossa atau lebih dikenali sebagai Hyreddin Barbarossa sebenaqnya adalah seorang Laksmana Kerajaan Turki Uthamaniah di Laut Meditaranean. Memang pupular la Barbarossa sebab dia banyak menyelatkan orang Islam yang ditindas. Dari aspek percaturan peperangan pun banyak yang tau Barbarossa ni hebat. Tapi biasa la barat, sesenang ja ubah ceritakan, kononnya Barbarossa ni lanun. Padahal dia ni pejuang Islam. Barbarossa tu sendiri bermaksud Janggut Merah dalam bahasa Itali. 
photo source: http://collectionsoflavender.blogspot.com/
Mai nak bagi sinopsis sikit buku kat atas:

Kisah laksamana laut Islam yang terbilang. Namun namanya diburuk-burukkan oleh pihak Barat dengan menuduhnya sebagai raja lanun.

Sehingga pada filem Pirate of Carribean, wataknya dijadikan inspirasi untuk watak lanun Barbosa. Beliaulah laksamana yang bertanggungjawab membantu kerjaan Turki Uthmaniyyah menguasai laut Mediterranean dan seterunya menjaga perairan laut daripada kuasa asing yang rakus.


Oleh itu, dapatkan buku ni ok. Tak boring baca sebab cara penceritaan macam baca novel.

nota kaki: lama mana dok dalam draft entry ni!

Ghost Hiren Boot

Assalamualaikum..uitt..

Hari ni ceq rasa nak share macam mana nak selamat pc atau laptop tanpa perlu install driver. Ye la, selalu masalah kita, lepas format pc or lappy, mesti nak kena cari driver. Ada ja cara nak install driver dengan macam-macam perisian. Tapi bagi aku, pakai Ghost ni senang. Contohnya bila kita baru format tu, terus copy buat image, incase jadi apa-apa dah ada backup. Especially yang bekerja di pejabat or makmal komputer atau jugak CC. TAPI, pastikan setiap pc mempunyai spec yang sama, Ghost ni nak dapat senang dengan Hiren Boot.

Kat sini ada 2 cara aku nak share. Sebab apa, sebab waktu aku and the gang try, ada masalah yang timbul. Solutionnya kami guna cara lain. Masalah mungkin timbul kerana faktor jenis pc/laptop atau sebab hiren cd kami tak update. ngeeeee.. Apapun, masalah selesai jugak. Pastikan kita ada cd hiren 9.9 pun boleh dan juga external hard disk yang ada free space banyak lagi ye. Sebab kadang data backup sampai 10g, mana taknya sekarang semua pakai Win 7 paling lekeh. Boleh jugak kalau nak jadikan drive D backup, tapi pastikan ruang mencukupi ok. Tapi disarankan guna external lebih baik.

Mini Windows XP  

1. Mula, masukkan cd. Pastikan cd boleh boot. (Jangan lupa tukaq setting boot;

2. Kemudian tekan enter, dan paparan seperti diatas akan muncul. Pilih Mini Windows XP;


3. Bila tengah loading, cucuk kabel external hardisk.


4. Kemudian klik kat HBCD Menu tu.

5. Bila dia papar klik Menu, kemudian Backup dan kemudian klik Ghost32*

6. Klik atau gunakan tab pada Local, kemudia Disk dan lastly pilih To Image.


7. Kemudian pilih source.

8. Pilih kat mana kita nak save. So pilih la external hard disk tadi. Kalau tak jadi, buat sekali lagi ikut balik step dari mula.


9. Bila dah dapat, file nama jangan lupa ok. Dan klik save.

 10. Klik ja yes, maka tunggu sajalah. 

11. Bila dah siap, restart balik. Cek balik file.
12. Selesai.

DOS Programs

1. Memula masuk cd macam step atas jugak. Cuma pilih Dos saja.


2. Pilih Backup tools

3. Pilih Norton Ghost 11.5.1 *


4. Klik pada Ghost (Normal)


5. Kemudian file akan dibaca kat bawah menu tu.


6. Bila ada paparan macam kat atas tu, tekan enter ja, dan enter saja lagi.



Kemudian ikut langkah no. 4 dan seterusnya seperti dalam Mini Windows XP ja. :) 

Ada Apa Dengan Cinta 2014 (Line)

Assalamualaikum.. Untuk peminat AADC ikuti sambungan AADC 2014. Nak tau kisah selanjutnya, jom tengok..

 (Perasaan bila nonton video ni sama macam 10 tahun lepas walaupun berdurasi lebih kurang 10 minit ja.. )


 Adalah cinta yang mengubah jalannya waktu.
Karena cinta, waktu terbagi dua
Denganmu dan rindu untuk membalik masa

Cinta I Waktu tidak pernah berjalan mundur
Dan hari tidak pernah terulang
Tetapi pagi selalu menawarkan cerita yang baru

Rangga I Detik tidak pernah melangkah mundur tapi kertas putih itu selalu ada

Buku Diagnosis

Assalamualaikum. aip!!

Sibuk semedang, tu tak sempat update blog, tak sempat nak blogwalking. Baru nak panas enjin bogwalking, minggu depan keluaq lagi. Tak pa, kerja tukan ibadah. :D

Dok simpan entry ni dalam draft berzaman, jom baca, hehe..
Ramai dok bercerita pasal buku Diagnosis ni. Apa lagi, gigih la mencari. Terutama sebab salah seorang penulis dia Dr. Anwar Fazal yang selalu si Muna asyik retweet

DIAgnosis (abaikan background,haha)

Tengok sinopsis sikit:

" Kalau mahu jadi DOKTOR sebab mahu:

                                                                   1. Kaya
                                                                   2. Bergaya
                                                                   3. 'Glamour'
                                                                   4. Rasa 'Superior'

Lupakan serta merta. Kuburkan cita-cita mahu jadi doktor segera. Masih banyak kerjaya lain yang dapat berikan kamu semua diatas, bukan kerjaya kedoktoran.

Ini kerjaya yang akan membuatkan kamu rasa betapa dengkelnya ilmu manusia dan betapa hebatnya kuasa Dia. Ini kerjaya yang boleh buat kamu lebih hargai setiap degup jantung manusia kerana ia mampu berhenti tiba-tiba, pada bila-bila masa. Ini kerjaya yang boleh buat kamu terpaksa korbankan banyak perkara yang kamu mahu di dunia (antaranya cinta) kerana mahu menyelamatkan nyawa. "


Pada aku buku ni menarik dan diselitkan kata-kata sindiran. Termasuk juga aspek ketuhanan. Buku yang simple dan mudah untuk difahami. 

Yang rajin MC untuk perkara tak berfaedah
Nak tau ending ni, beli la, hehe
#Kita selalu rasa keja kita la paling susah, paling mencabar, paling kejam, paling nak mati! So, buka bijik mata luas-luas, baca dan fahami kerjaya orang lain plak. Kita hingaq satu dunia tulis kat facebook. Tepuk dada tanya iman :)

Buku Amalan 24 Jam Wanita Haid

Assalamualaikum.. uit..

Rasa lama tak share pasal buku. Hari ni nak share pasal buku ni.



Sapa cakap bila mai bulan kita tak boleh buat apa-apa. Nah dalam buku ni share macam-macam zikir yang boleh kita baca. Ala, sambil iron baju pun boleh berzikir. Senang sangat nak buat pahalakan!

Selain tu bab permulaan dia banyak menerangkan mengenai apa itu darah haid. Ada la cerita serba sedikit berkait dengan fakta sains. Memang enjoy baca buku ni sebab menarik setiap bait-bait bahasa ni. Kira kalau kita baca tak dak la mengantuk.

Memang sangat digalakkan untuk mendapatkan buku ni.

Sinopsis sikit:


"Haid adalah fitrah kejadian wanita dan ketentuan Allah ke atas setiap wanita. Ketika kaum wanita didatangi haid, mereka sering mengalami penurunan iman. Mereka dilarang mengerjakan solat, berpuasa dan membaca al-Quran, seakan-akan semua pintu ibadah tertutup rapat untuk mereka.

Oleh sebab persepsi yang mengelirukan ini, aktiviti  mereka hanya berkisar kepada perkara yang sia-sia dan tidak bermanfaat. Walhal, haid bukan masa 'bercuti' daripada mengerjakan ibadah. Kewajipan ibadah secara umum tidak gugur disebabkan haid. Benarkah dalam masa 24 jam sehari, hanya sedikit ibadah yang boleh dilakukan oleh wanita dalam keadaan haid? " 

Talian ALTEL

Assalamualaikum. uit!
Kabare? Harap semuanya waras. :)

Pernah dengaq tak talian ALTEL? Mungkin ada mungkin tidak. Aku nak share sikit pasal Altel ni sebab sekarang aku pakai talian internet via Altel.


Nak cakap pasal coverage, memang bagus la ALTEL ni. Kalau dok kampung ceruk tok kun,  insyaAllah, coverage tetap terbaik. Aku dok dalam hutn, ayan video pun, Alhamdulillah, tak dak buffer hokeh‼ Untuk makluman jugak, talian ALTEL ni disediakan dalam rangkaian 4g. J


Pilihan Internet Data

Sebelum ni aku pakai Celcom broadband (la ni pun pakai lagi, hmmm) banyak cikadak sikit. Kalau ada yang pernah baca statement aku pasal servis celcom ni, mesti tau betapa berdukanya aku.

Pakej 1g cuma RM28 sahaja untuk 90 hari atau 3 bulan. Kalau internet tegar ambik la 2g dengan harga RM48 sahaja. Tak perlu risau kalau lawyer hantaq peringatan sebab tak bayaq bil acc. bla..bla.. (sakit hati ja padahal kita dah bayaq) Maksudnya, kalau prepaid, bayar dulu kemudian pakai, dan postpaid pulak pakai dahulu bayar kemudian. Tepuk dada tanya buah hati, hehehe..

Kalau nak tau lebih lanjut, boleh terjah ALTEL sendiri.

# Hari tu ada bising-bising dalam whatsapp pasal ALTEL yang tak dijual dijual di tempat yang berkenaan and it's true. Aku pernah p ke kedai yang ada kat tulis kat ALTEL site, tapi pekerja tu cakap tak dak. Dan aku pernah ke Altel Centre jugak beberapa kali dan sungguh mendukacitakan. Macam-macam alasan dia bagi.(sigh)