Edit Video simple-simple

 Assalamualaikum...anyeonghaseyo...hahaah...

Ada 1 pc, yang hardware pun biasa-biasa ja, boleh bubuh win 8 ja, boleh la, asal jalan. Nak install video editor, so install Open Shot dengan Filmora ja la. Boleh la, dari tak dak kan. 

 


Nak simpan sini video editor simple-simple yang aku pernah pakai:

   1.    Windows Movie maker. 

            Yang ni selalu dulu kalau dalam pc mesti dah ada. Aku rasa paling simple la nak guna, tak 

             susah.Aku kalau mai malas, pakai yang ni jugak. Pc cikai pun boleh install and nak buat 

            video simple-simple okey ja.



    2.    Open Shot Video Editor

            Ni pun simple jugak. Tarik and pilih lagu and video or gambar nak buat video tu. Tapi tak best 

            tu, kalau video bergegar nak adjust memang tak boleh la plak. Antaramuka dia pun macam 

            premiere dah. Kalau pc biasa-biasa ja, boleh j nak install yang ni. Untuk video simple-simple 

            ja.

            


                 


3.    Filmora

           Yang ni best and mudah. Tapi tak bestnya berbayar la. Kalau dah buat video tu kalau free ada

            watermark. Kalau rajin, cari crack dia, or dapatkan secara sah, hihii.. Aku sendiri pun pakai 

            yang ni ja kadang. Pc tak boleh cap ayam sangat. Nanti dia slow plak. Tapi tak la seberat 

            premiere tu.

            


  

    4.    Adobe Premiere

            Yang ni tak mudah tak susah. Ada macam-macam butang and cara guna. Kena selalu guna 

            pandai la. Tapi kalau edit pakai yang ni memang sempurna rasa. Tapi make sure pc cukup

            sesuai untuk install, jangan nanti nak render berjanggut la, hahahah.. Boleh cari crack or

            what so ever, atau boleh la dapatkan secara sah. hihihi

 
 
Link video basic ni pun okey.


 

    5.    Inshot

            Yang ni aku install kat hp. Tak dak watermark. Simple tu penting.

            


Okey tu ja nak simpan sini. Ada banyak lagi perisian zaman la ni cuma kena pandai cari and pilih.

Catch The Ghost - Korean Drama

 Assalamualaikum.. uit...

Hari tu aku layan drama korea Catch The Ghost. Asal saja la bukak Viu, tengok-tengok ja, lepas tu perasan Moon Geun Young. Tapi sebelum tu aku cek dulu drama ni berapa episod, sebab kalau sampai berpuluh aku malas laaa, tua-tua ni malas nak layan drama panjang-panjang, satgi aku kerja skip ja la. Tengok ada 16 episod, boleh la. 

Cerita mengenai Yoo Ryung (Moon GY) ni dia anggota polis yang tengah siasat tentang kehilangan adik kembar dia yang sakit autism tahap 2 secara bersendiri. Bila dia report polis pun, polis buat tak tau ja pasal kes adik dia ni sebab mayat adik dia tak dijumpai. Padahal dia yakin kes kehilanagan adik dia ni ada kena mengena dengan kes kematian yang berlaku di subway.

Semua berubah bilah dia dapat tukar ke Bahagian Polis Subway. Satu kelebihan Yo Ryung ni dia boleh hafal setiap pelusuk dalam kawasan subway tu.

Twist beberapa kali jugak la pasal pembunuh tu. Sanpai aku berapa kali salah orang. haahaha, sekali dengan polis aku syak dia pembunuh. ahahaha...

Antara sedutan yang best dalam ni.. 

Overall okey la cerita dia. Boleh la layan.

Makan Together at Santai by The Garden

Assalamualaikum.. haii.. 

Lamanya aku diam. Sibuk la. Sibuk memikiau. Macam-macam dalam kepala sebenaqnya. Kadang kita tak pasti apa yang kita buat tu betoi ka tak. fuhh.... Dah la, sambung cerita sebenar ja la.

Hari tu p makan dengan Una. Asal sebenarnya, nak celebrated birthday kami. Lepas tu, masing-masing sibuk, and macam-macam idea sangat keluaq, last decide p makan kat Santai by The Garden. Kedai ni kat Sungai Petani, kat area Padang Temusu tak silap. Aku bab nama tempat failed, tapi tau la tang mana. Kat sini ada steambot gitu la. Kebetulan dia nak buat makan-makan untuk pekerja kedai dia, sekali harung ja la makan.

 Sebelum tu dia dak tempah meja semua. Kami sampai pukul 6pm lebih kurang la.  


 
 
Time kami sampai tu, tak ramai lagi pun. Tempat dia pun luas. Kedai makan ni pernah viral kat facebook. Sebelum ni, kedai mee udang macam tu tak salah. Sea food jugak. Dah lama gila tak p sini, dah berubah rupanya.







Konsep kat sini, makan la banyak mana, repeat la banyak mana pun, janji habis ya. Memang banyak la seafood kat sini. 







Memang puas yaamat makan tau!


 



 
Tema untuk hari tu adalah jeans, baju hitam and tudung warna susu gitu la. hihihi





Bajet-bajet macam model ai gitueww...


Terima kasih kepada puan tokey sudi belanja i. Semoga dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik-baik.

 Puas sangat dapat makan. Time ni plak baru lepas PKP, aku dah peghak buih la boleh keluaq, hahaha. Tapi memang ramai gila time aku p, aku tengok SOP pun dah kemana hala. Scary jugak, Kejadian nni bulan 7 hari tu. Lamakan nak update. 

Aku amik mood sikit nak update. Stress, hahahaha...






Cipta borang QR Code

Assalamualaikum..haii..

Oleh kerana aku dah lupa macam mana nak buat borang and guna QR Code, aku nak share macam mana nak buat  Ni sesimple gila aku tunjuk.

1. Make sure ada google account ya, senang nak buat form guna google form. Bila dah pilih google form, dia akan terpapar macam ni.

Dia akan papar macam ni. So pilih la nak macam mana. 
 2. Bila dah pilih boleh la mula buat, hokeyy..


Macam aku, aku pilih contact information ja. So, bila dah terpapar macam ni, edit la nak ubah apa-apa. Dekat button kanan ada tulis short answer tu boleh klik and dia akan bagi kita pilihan nak buat form macam mana. Pilih la ikut suka hampa.

3.Kat belah bawah tu, kalau nak buang, nak soalan tu wajib atau tak di jawab boleh klik.

4.Contoh kalau kita pilih check boxes, dropdown, multiple choice.


5. Lepas hampa dah siap soalan tu, klik send kat atas kanan tu. Akan terpapar macam kat bawah, pilih yang link plak. Klik shorten link.

6.  Search https://www.qrcode-monkey.com/ and paparan macam kat bawah. Pilih url and paste macam kat bawah ni.

Kalau nak pilih warna and image qr code klik la yang kat set colors, add logo image and customize design tu. Dah siap create QR Code. Selesai. Download la nak print ka paper ka, or paste kat website ka. Selesai.

7. Macam mana nak tengok feedback?  Dekat soalan yang kita buat tu, boleh klik kat responses. Benda ni dia simpan dalam drive google kita. Selesai.


Buku Impian Jalanan - Teme

Assalamualaikum..haiii..
Aku nak share buku lain plak yang aku dah habis baca.

Impian Jalanan by Teme. Pasal buku kali ni, dia bercerita lebih kepada zaman kanak-kanak Ikiy. Apa yang diceritakan tu, terjadi ja dalam setiap zaman kanak-kanak kita. Aku pun.

Macam mana dia boleh melukis, dari kecik, dengan semangat dari orang sekeliling selain family, ada cikgu yang support di belakang. Macam mana nak membina keyakinan diri, nak berfikir waktu time kita kanak-kanak. Menarik bagi aku.

And bila dewasa, Ikiy menjadi seorang yang terlalu berfikir bak kata Ahmad. Dia berfikir jauh ke depan tetapi Ahmad adalah seorang sahabat yang sangat lah baiknya. Layankan ja la si Ikiy ni, hahahah..

Best untuk aku.

Blog gambar pulak

Assalmualaikum.. aip!!

Dalam aku dok godek-godek blog, baru aku teringat yang aku ada blog satu lagi dulu.



Time ni memang gila ambik gambaq, tapi hampeh, gambaq semua buruk weh. hahaha... Hakikat betoi oleh pengkrtitik photog. Tapi aku kan jenis syok sendiri. Janji aku happy,hewhewhew...

Last aku update 2014. Tahun ni pun rajin main flickr. Sekarang tidak lagi.

Ni blog aku inibokeh.blogspot.com

Saja dok syok sendiri bajet gambar cantik paling agung, hahahaahahaha