Assalamualaikum..Aip!
Cerita ni dah basi tapi aku rasa, nak tempek jugak kat sini. :)
Sebelum raya puasa hari tu, aku dengan gang ftchingu ke Bukit Bendera Pulau Pinang. Konon bajet keluaq awai nak sampai awai la. Padahal singgah makan maka tengahari jugak la sampai.
Sesampainya di sana, dok cari la nak parking sebab yang dekat full. Parking kat sini bukan la dalam kotak-kotak yer tapi pakai parking tepi jalan gitu ja. Tatau la aku kalau ada tempat parking. Sebab parking yang dekat dah tak dak, terpaksa parking jauh sikit dan kena la menapak lebih sikit. Tapi tak pa la, pembakaran lemak bakal terjadi di sini. :)
Terus ke kaunter tiket sebab dah ramai orang masa tu. Harga tiket untuk pemilik Mykad pergi balik RM8 sahaja dan untuk bukan pemilik Mykad RM30 ye, jadi pastikan tunjuk Mykad anda ok. (nak remind, tunjuk mykad weh, wajib! ;p) Untuk OKU percuma tapi tunjukkan kad OKU anda.
Dah dapat tiket, masuk je kat dalam tunggu
train.
Train sekarang dah lain. Laju bila naik macam LRT gitu. hehe.. Kalau dulu punya train mana ada aircond, nak naik atas tu terkedek-kedek.
|
Cewi dengan tiket |
|
Sementara menunggu train sampai kita bergambaq dulu yer
|
|
Alang-alang ambik jer gambaq yer, nanti tak ambik kompom menyesal serius cakap |
Sepanjang laluan nak naik
train tu ada la dia story-story sikit, tapi aku dah lupa apa storynya sebab dah lama, hehe..
Dah sampai atas akan rasa suasana dingin tapi tak la sesejuk kat Genting or Cameron tu! Lepas tu kami sedia menapak la.
|
Tanda kami dah sampai kat atas :) |
|
Masuk seringgit, so skodeng time.. ngeh..ngeh..ngeh.. |
Kat sini ada Muzium Burung Hantu. Kepada peminat burung atau haiwan dan seumpamanya boleh singgah sini. Aku tak masuk pun sebab 'kureng' minat. RM10 tiket masuk untuk dewasa. Kat area sini pun ada
food court dan boleh la singgah makan. Berdekatan sini ada Astaka kira kalau hampa dah letih jalan tu boleh la rehat-rehat kat sini. Aku ada publish
video entry sebelum ni. Kalau nak mai berkelah kat sini pun boleh, kira masak sesiap kat umah, mai makan kat astaka ni. Aku tengok ada 1 family ni mai makan kat sini.
|
Kat sini yang atap oren tu, boleh ambik gambaq dengan ular yer, Kalau penakut jangan verangan ler |
Kalau nak berjalan-jalan kat sini ada disediakan macam buggy golf tu. RM50 untuk 6 orang. Oleh kerana konon nak exercise, maka kami menapak je la. Sambil tu dapat kawan baru satu family ni depa dari Johor.
|
time berjalan snap la |
AWAS!
Bila berjalan ni, kena berhati-hati sikit sebab akan jumpa monyet ka kera ntah. Kalau bawak makanan jejaga la. Kalau Nak berjalan memang kena ada stamina yang kuat sebab agak jauh jugak. Dalam perjalanan ni akan jumpa macam taman eh? Taman la kot, Taman Periuk Kera atau Monkey Cup. Tapi berjalan sikit lagi. Nak masuk RM10 dewasa. Waktu kami p ni, tengok tak bukak pun, so nak patah balik dah la sebab kawasan periuk kera tu dah nak sampai penghujung jalan.
Waktu ni dah habis tenaga nak jalan patah balik macam dah tak sanggup. Kebetulan ada sorang owner truck pick up lalu dan tanya kalau nak naik. Aku dah lupa berapa dia letak harga. So tanya family Johor tu dia nak kami pun terus panjat la. Lega tak payah menapak. :)
|
Excited dah penat
|
Turun bawah beli ayaq, mak datuk, mahai sungguh! Tapi dah dahaga beli p la. Moralnya, p sini bawak la ayaq ka, jajan beli kat lain siap-siap. Kalau tak, sedekah p la kat gerai bawah tu ok.
Selesai kat sini kami akan ke Rumah P.Ramlee pulak. Tunggu season baru aku update blog ni. :p