Lama tak terjah sini. Ada sikit lagi nak sambung pasal Bali. Keja macam aku ni, standby banyak. Tapi bila mai masalah yang pelik-pelik, mula amik masa nak buat.
Hari ke 5, Kami bergerak ke Krishna. Kalau ikut dalam scedule, hari last kami ke sini. Tapi ada perubahan sikit. Krishna ni dia lebih kurang macam Haji Ismail Group kat Langkawi. Macam-macam ada jual kat sini dan harga dia berpatutan. Contohnya macam baju, keychain, dan beg. Memang ramai la kat sini waktu kami sampai. Bayangkan waktu kami on the way balik pun, banyak giler bas-bas kat tepi jalan. Abang Eady cakap sebab ramai yang mai dari Tanah Jawa sebab la ni musim cuti.
Habis duit kat Krishna, kami bergerak ke ....... aku pula nama tempat ni. (lepas ni kena buat rakaman sebab selalu lupa) . Sepatutnya kami ke Turtle Island. Tapi oleh kerana penat shoping dan keadaan yang panas sangat, maka kami decide malas nak p. Tapi si An ngn Aq gedits nak naik parasailing. Aku yang tengok pun dah teruja nak naik sebenaqnya. Tapi sebab pakain aku tak kena untuk hari tu, tambah kurang sihat so aku tangguhkan niat aku untuk sesi akan datang. Lepas tu, kami bergerak ke Nusa Dua Beach. Pantai kat sini memang cantik. Rilex-rilex kat sini. Kat Bali ni memang terkenal dengan pantai yang cantik.
Ready untuk parasailing
Pantai yang cantik
Tengah tunggu Kencak Dance mula
Kencak Dance ni tarian yang menceritakan pasal Rama dan Sita. Tapi cerita ni versi Bali. Kalau nak tau, p la Bali, ok. ;) Waktu tengok Kencak Dance ni, sebenaqnya aku agak takut. Maklum la, dengan topeng bagai yang nampak macam scary tu. Lama jugak la persembahan depa ni.
Habis journey kami untuk hari ini. Esok adalah hari terakhir. Sounds sad....
* Terlepas sesi ketujuh, kat sini --> Bali Part 6
* Terlepas sesi keenam, kat sini --> Bali Part 5
* Terlepas sesi kelima, kat sini --> Bali Part 4
* Terlepas sesi keempat, kat sini --> Bali Part 3
* Terlepas sesi ketiga, kat sini --> Legian, Bali
* Terlepas sesi kedua,kat sini->Bali - Kena tahan dengan Imigresen Indonesia
* Terlepas sesi pertama, kat sini -->Journey to Ngurah Rai , Bali