Bali Part 8 (Final Journey)

Assalamualaikum. Dah dekat 2 bulan baru aku dapat habiskan part-part p Bali ni. Nak buat macam mana sibuk. Tapi aku curi-curi jugak nak habiskan semua ni. Ini adalah yang terakhir untuk Part Bali.

Hari last ni, rasa sedih nak balik ke Malaysia dan dalam masa yang sama rasa rindu Malaysia. Waktu ni terfikir macam mana orang yang duduk merantau, nak sesuaikan diri terutama bab makan. (Sebab aku memang orang yang suka makan) Kami bangun awal dari hari biasa. Pukul 8.15am macam tu dah terpacak kat bawah. Kalau tak, dekat pukul 9 baru turun. Sempat la minum last kat hotel, posing-posing bagai lagi.

Tempat pertama untuk hari ni adalah Tanah Lot. Sebenaqnya kalau ikut tu, p pagi atau petang baru cantik. Sebab kami p matahari tengah rembang. Tapi walaupun p time ni, view untuk amik gambaq tetap cantik. Ramai orang kat sini. Sebelum nak masuk ke Tanah Lot Temple tu banyak kedai-kedai kat tepi jalan.

 its me!

Sopannyer kau jemah

Lepas ke Tanah Lot, kami gerak ke muzium. Kat sini banyak la cerita berkenaan sejarah Bali.



Nampak tak?

Aku tak ambik gambaq banyak hari last. Sebab dah tak larat. (Sebab rindu masakan Mesia,waahhh)

Habis kat sini, kami p makan dan kemudian cakap kat abang Eady, nak lepas tempat yang sejuk sementara tunggu flight. So dia bawak kami p Mall. Oleh kerana baki duit ada lagi, aku pun habiskan kat Mall tu la. Mall tu dengan airport tak jauh, sebab abang Eady memang pilih mall yang dekat sebab katanya risau kalau jamkan.Jam 7pm kami dah sampai kat Aiport Ngurah Rai. Flight delay dan kami sampai Kuala Lumpur lebih kurang jam 1.30am macam tu. 


* Terlepas sesi kelapan, kat sini --> Bali Part 7
* Terlepas sesi ketujuh, kat sini --> Bali Part 6
* Terlepas sesi keenam, kat sini --> Bali Part 5
* Terlepas sesi kelima, kat sini --> Bali Part 4
* Terlepas sesi keempat, kat sini --> Bali Part 3
* Terlepas sesi ketiga, kat sini --> Legian, Bali
* Terlepas sesi kedua,kat sini->Bali - Kena tahan dengan Imigresen Indonesia
* Terlepas sesi pertama, kat sini -->Journey to Ngurah Rai , Bali

No comments:

Post a Comment