Destinasi Haji dan Umrah


Assalamualaikum..

Aku nak review pasal buku yang aku sudah baca sikit. Tajuk buku ni ‘Destinasi Haji dan Umrah, Travelog Haji Bergambar’. Buku ni hasil tulisan Abu Hassan Morad, kalau tak tau, ala yang buat Novel Julia tu, kalau tak tau jugak yang buat Drama Cinta Madinah tu. Kalau tak tau jugak, maka haruslah ditanya pada En. Google yer. Buku ni terbitan PTS.

                                                  

Buku ni banyak gambaq pasal perjalanan haji dan umrah dari mula sampai la balik. Kira kalau kita tengok tu, boleh la kita nampak macam mana perjalanan haji ni. Dari segi penggayaan bahasa, puitis la, sebab aku pun tersentuh beb. Rasa semacam ja bila baca. Rasa syahdu. Rasa nak p ke sana ja. Selain tu, diselitkan jugak petikan surah-surah yang berkaitan dan hadis-hadis. Ada jugak cerita mengenai sejarah berkaitan haji ni.

 Memang untung la dapat beli buku ni. Harga RM20 kira ok la dari duit aku melayang beli entah apa-apa. Nak beli buku agama dok berkira sedia, beli novel 2 3 buah boleh pulak.(Ayat untuk diri senirik)

Nak tau lebih lanjut, beli la..beli la.. hee..


Blogspot jer


Assalamualaikum.

Oleh kerana ketidak mampuan, maka kita pakai blogspot jer la.



Nak edit sikit-sikit lagi ni. Aku belasah jer ni buat, bos aku cakap janji ada. 

p/s: terpaksa mosaickan, hehe

Lagu?


Assalamualaikum..

Semalam dok sembang-sembang dengan adik aku, tetiba terkeluaq lagu idaman kalbu dia (sah dia maki aku kalau dia baca :p ) lagu kumpulan Q-Face. Sapa yang sezaman dengan aku mesti tau kumpulan budak-budak babyface ni. Auuummm.. hehehe

Ni aku tempek sesapa yang kurang daya ingatan ;)

Sebenaqnya, (pengakuan ikhlas dari hati) aku pun suka jugak lagu-lagu depa. Tapi tak la sampai p beli kaset original hokaiy‼ 

Ni lagu yang agak femes dulu yang menjadi kegemaran 'ramai'

Bila dah naik sekolah menengah tu, mula la pandai suka lagu tu, suka lagu ni. Aku dulu lebih suka lagu inggeris. Yang babyface punya kumpulan tu aku suka sangat la.hahaha. Macam BSB, NSYNC, Blue dan tidak lupa jugak, dengan Britney, I suka sangat dulu tau. Lagu sometimes tu, celag gigi ja aku hafal. Cara penghafalan, duduk depan radio, sediakan pen dan kertas. Ha, amik kau, pulun tak aku! kehkehkeh.. Memang boleh hafal lakan!

I want it that way- BSB

Kalau tanya aku sekarang, aku tak tau sangat pasal lagu ni. Mana yang sedap kat telinga aku, dengaq macam tu ja la. Nak hafal memang tak la. So kebarangkalian aku merosakkan lagu tersebut adalah sangat tinggi. Tapi lagu lama-lama jugak la yang aku cari. 



Sebelum aku menamatkan kisah aku yang tak berapa best ni, aku tinggalkan lagu yang aku suka ni.

#gambar sumber en.google 
#video sumber youtube


HP rosak

Assalamualaikum.

maka ini diumumkan, hp kesayangan beta telah kembung baterinya. Maka dengan itu, komalah ia sebentar sebelum mendapat jantung yang baru.

Buat sementara ini, beta menggunakan hp ehsan hasil pinjaman dayang beta. Tapi masalah menggunakan hp pinjam ini adalah kerana, sebelum ini beta menggunakan hp berkekunci QWERTY, tapi sekarang tidak lagi...
Maka agak lembab nak taip mesej. (dan terus menjadi malas nak reply mesej)

Sekian, terima kasih.

'Renovate' blog

Assalamualaikum.. ngeeee

Tengok betapa gigih dak perkasanya aku buat menda alah ni. Dengan internet yang serupa siput sedut, perghhh, tapi akhirnya siap jugak!



Tadaaa!!

Hasil kerja keras, Alhamdulillah ;)  Letak twitter dan facebook. 
(Macam kena p berperang, padahal dok atas kerusi ja)

Bali.... again?!


Assalamualaikum.

Aku nak cerita pasal Bali lagi. Sebab terasa rindu kat Bali. Rindukan pantainya yang cantik tu. Betapa besarnya kuasa Allah, betapa kerdilnya kita bila tengok ciptaanNya. Untuk yang pandai surfing tu, ha boleh la surfing kat sini. Sebab ombak kat sini, kalah ombak rindu tau. :p hehe ..Pulau Bali ni panas. Biasa la kalau pulau mesti panas. So prepare la sunblock untuk elak dari kulit burn. Macam aku, hari 1st mangkuk tak tenyeh sunblock. Apa lagi, terbakor ler. Tapi jangan risau, lelama back to normal balik la.

Aku p Bali ni percutian bajet la kira. Cari pakej yang paling murah. (kedekutkan ;p ) Bukan apa, kalau boleh cut cost untuk dapat yang murah why not letih sikit search mencarikan. Wafa la yang banyak cari. An pulak cari tiket flight.

Asal mulanya Aku, Wafa dan Aq ja nak p jenjalan ni. Cuma kami tak pasti lagi nak p mana. Lepas tu jumpa An and dia ajak p Bali. Aku cakap ok la. Dia pun terus la godek-godek Air Asia tengok tiket flight yang murah. Konon murah la dapat lastly mahal jugak. Tak pa la, beli-beli dah. Kena p lakan. Pas tu nak cari pakej plak yang menawarkan harga yang terbaik. Waktu ni bermula la titik-titik pergaduhan sesama kami. Hahaha.. Dah rasa macam tak mau p dah time ni. Sebabnya An nak p terjah ja. Yang aku ngan Wafa nak cari pakej. Dah la waktu tu Raya Hindu. Gila kau nak terjah. Lastly dia setuju nak cari pakej. Yang si Aq, dah jadi serupa lalang. Dok ngan kami ikut kami, dok ngan An ubah plak. Haishhhh… Waktu ni dah ajak Kak Ma dah.

Alhamdulillah dalam dok berperang sakan, jumpa la tour guide. Harga sangat berpatutan. Kami amik pakej yang bawak p jenjalan ja exclude makan. Abang Eady tu pun ok. Kami boleh adjust lagi jadual kami depends pada keadaan. Kira mudah la. Kalau sapa nak p boleh deal dengan dia kat http://www.bali-beauty-tours.com/. Boleh jugak terjah fb page dia kat sini Harga kami dah termasuk tipping untuk guide. Tapi tak include entrance fee, sebab kalau nak drop memana tempat senang sikitkan.

Untuk hotel pulak, hasil pertanyaan kepada blogger-blogger lain, selain orang perseorangan, kami pun decide amik Tune Hotel. Sebab kami p 6 hari, dengan bayaran hotel RM300. So dah 1 bilik 2 orang, so half la bayaq. Dah booked bilik luar negara ni, pastikan ada kad kredit eh. Bilik Tune tu sangat la kecik sebab nak solat pun muat-muat ja. Tapi bila difikirkan perjalan seharian yang balik malam tu, rasa berbaloi la. Balik tidoq ja.

Bila dah sampai sana dah tak gaduh dah. Semua berbalik kepada normal. Hahaha.. Alhamdulillah. Percutian bajet ni memang best. I like it!  Tiket flight RM 500 pegi balik include baggage, (mahal sikit ni boleh dapat murah lagi) tour guide dalam RM 200 include tipping, hotel RM300, dan makan RM 100 (sebab aku bawak maggi, roti bagai lagi). Total semua RM 1100. Ha, amik kau! Memang bajetkan cuti ni untuk 6 hari!

Ok, tamat sudah cerita ini.

Uluwatu

Bali Part 8 (Final Journey)

Assalamualaikum. Dah dekat 2 bulan baru aku dapat habiskan part-part p Bali ni. Nak buat macam mana sibuk. Tapi aku curi-curi jugak nak habiskan semua ni. Ini adalah yang terakhir untuk Part Bali.

Hari last ni, rasa sedih nak balik ke Malaysia dan dalam masa yang sama rasa rindu Malaysia. Waktu ni terfikir macam mana orang yang duduk merantau, nak sesuaikan diri terutama bab makan. (Sebab aku memang orang yang suka makan) Kami bangun awal dari hari biasa. Pukul 8.15am macam tu dah terpacak kat bawah. Kalau tak, dekat pukul 9 baru turun. Sempat la minum last kat hotel, posing-posing bagai lagi.

Tempat pertama untuk hari ni adalah Tanah Lot. Sebenaqnya kalau ikut tu, p pagi atau petang baru cantik. Sebab kami p matahari tengah rembang. Tapi walaupun p time ni, view untuk amik gambaq tetap cantik. Ramai orang kat sini. Sebelum nak masuk ke Tanah Lot Temple tu banyak kedai-kedai kat tepi jalan.

 its me!

Sopannyer kau jemah

Lepas ke Tanah Lot, kami gerak ke muzium. Kat sini banyak la cerita berkenaan sejarah Bali.



Nampak tak?

Aku tak ambik gambaq banyak hari last. Sebab dah tak larat. (Sebab rindu masakan Mesia,waahhh)

Habis kat sini, kami p makan dan kemudian cakap kat abang Eady, nak lepas tempat yang sejuk sementara tunggu flight. So dia bawak kami p Mall. Oleh kerana baki duit ada lagi, aku pun habiskan kat Mall tu la. Mall tu dengan airport tak jauh, sebab abang Eady memang pilih mall yang dekat sebab katanya risau kalau jamkan.Jam 7pm kami dah sampai kat Aiport Ngurah Rai. Flight delay dan kami sampai Kuala Lumpur lebih kurang jam 1.30am macam tu. 


* Terlepas sesi kelapan, kat sini --> Bali Part 7
* Terlepas sesi ketujuh, kat sini --> Bali Part 6
* Terlepas sesi keenam, kat sini --> Bali Part 5
* Terlepas sesi kelima, kat sini --> Bali Part 4
* Terlepas sesi keempat, kat sini --> Bali Part 3
* Terlepas sesi ketiga, kat sini --> Legian, Bali
* Terlepas sesi kedua,kat sini->Bali - Kena tahan dengan Imigresen Indonesia
* Terlepas sesi pertama, kat sini -->Journey to Ngurah Rai , Bali