Drama Korea Familiar Wife

Assalamualaikum, aip!!

Lepas tengok Kill Me Heal Me, aku tengok drama ni pulak. Familiar Wife. Adik aku la bagi. Tengok-tengok, la Ji Sung lagi. Macam biasa, tak menghampakan.

Kisah mengenai Ji Hyuk (Ji Sung) kawin dengan Seo Wo Jin. Ji Hyuk ni kerja kat bank, and wife dia massage terapi.  Depa ni berkahwin atas suka sama suka. Tapi lepas dah ada 2 anak, Ji Hyuk ni rasa, isteri dia ni paling teruk sekali. Padahal wife dia rasa stress dengan kerja and jaga anak lagi. So, dia jadi seoarang yang pemarah, Memang Ji Hyuk selalu jadi mangsa la.

Lepas tu, ada satu perkara berlaku kat bumi korea ni. Time tu dia boleh kembali ke masa lalu. Dan dia memukar isteri dia. Maksudnya dia berkahwin dengan orang lain la. Tapi lepas dia kahwin dengan perempuan lain, dia jumpa jugak ex isteri dia. Dan rupanya dia masih menyayangi ex isteri dia.

Nak tau kisah selanjutnya, tonton la, hihihi..









Kawan, sapa tu?

Post ni dah lama dalam draft, hihi

Assalamualaikum. Hai..

Ada member aku cakap,  la ni bosan. Kawan tak dak. Aku dah lama rasa perasaan tu. Lepas semua kawan-kawan kawin. Tambah pulak, aku memang jenis tak ramai kawan. Tapi aku okey je ;)



Bagi aku, kawan ni datang dan pergi. Kalau kawan kawin, selalunya aku memang dah tak mesej. Kecuali komen kat fb, ig gitu ja. Tunggu ja depa ajak keluaq. hahaha..Malas nak kacau orang kawin, tanggungjawab banyak. And selalunya, husband depa is 1st priority. Aku pun tak kisah pun, bukan putus kawan, persahabatan tu tetap ada, cuma tak nampak la.



Bila hang dah sampai 30an ni, memang ramai yang dah hilang. Banyak benda hang kena buat sendiri. Kalau dulu, mungkin ada kawan temankan, tapi sekarang dah tak ada. Kalau dulu selalu keluar lepak, sekarang mungkin dah kurang. Kadang ada jugak rasa sampai satu masa fedap (fed up), hang malas nak cakap dengan orang, limit hang marah sampai malas nak ambik tau apa-apa, macam lantak la. Macam dah penat dengan keadaan sekeliling. Tapi satu yang aku rasa, perasaan lebih sensitif tu ada. Lebih ambil berat manusia sekeliling. Mean yang appreciate kita, yang sentiasa ada dengan kita. Bukan la sebelum ni tak hargai, tapi lebih hargai.



Kadang mungkin ada masa ada rasa bosan. Aku pun. Tapi, bosan atau tidak, kita yang tentukan. Buat sesuatu yang kita suka.

Ada kawan, insyaAllah time senang dia ada, tapi susah dia hilang. Ada kawan, time susah ja dia muncul, senang hilang. Kadang nak share jugak kesenangan tu, tapi tak jumpa sebab dia menghilang. Ada kawan yang kita baru kenal ja, terus jadi sangat baik. Kadang kita pun komfius, dia ni baik betul ka? Tapi berfikiran la positif. Ada kawan, jenis ambil kesempatan. Apa yang kita ada dia gunakan kita. Bila dia dah dapat apa yang dia nak, dia pun hilang. Yang ni nak pesan, berkawan biaq ikhlas.



Ada kawan, kita kenal berbelas tahun lamanya, belum tentu dia kenal kita. Sebabnya, mungkin kita dah berubah. Dan mungkin jugak dia yang berubah. Cuma dia tidak meyedarinya. Itu jugak salah satu sebab kenapa kadang kita tak kenal kawan kita. So kena belajar balik untuk mengenali kawan kita tu, macam baru kenal. Kadang kawan yang kita kenal 2 3 tahu tu la yang lebih kita kenal. Sebab, kita dah jadi orang yang baru, bukan yang dulu. Berubah itu bagus, tapi berubah kepada yang lebih baik.

Baru ni Ain mesej. Dah lama tak mesej hal-hal serius macam ni. Dia mengadu tentang kawan-kawan dia sekarang. Dia cakap, kita dulu, tak dak nak rasa dengki, dendam sama-sama kawan. Saling support kawan. Yup, indeed. Contohnya, dia nak sambung belajaq, so aku cakap, bagus, go on Ain. Support apa kawan-kawan suka. Tapi yang elok la. Tapi dia cakap sekarang kawan dia tak macam tu. Aku tanya sapa, dia tak habaq, Aku cakap sabaq la Ain. Tak semua apa yang kita nak Allah nak bagi. Mungkin ni ujian untuk hang untuk tambah pahala. Siapa tahukan..hihi..

Tapi tu la, hidup dalam kawan tikam kawan ni susah. Sebab dalam persahabatan tu tak ikhlas. Ain ni, nampak ja macam garang, suara pitching tinggi macam aku, tapi hati ada taman. Balik nangis. hihi.. Sabaq Ain.

Aku ni sokong ja kawan-kawan aku buat benda baik. Rasa bangga kalau kawan buat sesuatu yang dia suka. Macam, eh tu kawan aku la. hihihi.. Kenapa perlu berdengki.

Kawan yang baik ni aku rasa dia boleh ja tegur hang, bagi nasihat apa yang patut, tak dak la nak berdendam bagai and tahu time bila perlu nak serius, nak gelak, nak menangis. Kalau nak sembang pun, kadang tak dak rahsia antara masing-masing. Senang cakap, kita rasa selesa bila dengan dia. Nak marah dia ka, nak merepek ka. Kita sendiri yang buat persahabatan tu baik atau tak.  Kalau masih ada gap antara kita, rasa mungkin ada sesuatu yang tak kena kot dalam persahabatan tu. Maybe.

Tapi kadang tu la, mungkin bila terjadi sesuatu jugak yang mungkin kita tersedar, kawan tu jugak boleh jadi orang-orang. Tepuk dada, tanya diri sendiri, ada tak kita buat sesuatu yang mungkin kita tak sedar. Biasa la mulut manusia ni macam pisau. Hati manusia jugak macam kulit bawang, hihihi.. Sentiasa memaafkan, jangan ego tak bertempat.

Apa la yang aku merepek ni.hahaha...

Layan video thinker ni la...


Nota kaki:
Terima kasih mana yang masih ada dalam hidup aku. sayang hampa!

Kill Me Heal Me

Assalamulaikum, ..aii..

Lama tak share pasal Drama Korea ni. Aku baru ja tengok Kill Me Heal Me. Patut la ramai tengok dulu. Best jugak. Biasa la, lakonan Ji Sung tak pernah mengecewakan.

Cerita mengenai Cha Do Hyun (Ji Sung) yang ada penyakit personaliti. Bila dia dalam tekanan dia akan berubah watak.

Aku suka bila dia berubah watak Shin Se Gi. Berkarisma betoi, hahaha.. Part paling lawak kalau dia jadi Ahn Yoo Na. Cute giler..hahaha





Ahn Yoo Na


Shin Se Gi
Sapa tak tengok lagi boleh layan. Best.

Gua Sireh Baling Kedah

Assalamualaikum..uit..

Sabtu lepas aku and Una masuk gua. hahaha.. Macam lawak pulak weh. Lama dah tak buat projek gini. Last rasa lepas sekolah ikut program belia p PKSN. hahahaha

Gua Sireh ni terletak di Daerah Baling dalam negeri Kedah. Gua Sireh ni memang cantik. Serius. Cuma ada sikit vandalisme la, itu yang tak berapa syok. Walaubagaimanapun, gua tu tetap nampak cantik. Jalan nak ke gua ni kena melalui kawasan perkampungan.

Bayaran untuk masuk RM10  sahaja dan untuk pelajar RM5 sahaja.


Okey sebenarnya kami terjoin program Persatuan Sahabat Anak Baling. Una ada cakap, lepas ni nak buat apa plak. Aku just cakap ikut la, aku free ja sedia, InsyaAllah. Lepas tu dia cakap jom masuk gua. Aku on ja la. Lepas tu sepi sampai la, dia tag aku kat fb join program ni. Aku follow ja, dia register. Tapi lepas tu sunyi sepi ja, toing toing, gang ni add kat group whatsapp on that day program. Eh, jadi ka, hahaha.. P ja la, duit pun tak bayaq lagi.

Sampai sana baru bayar. Itu pun sesat waktu nak p. hahaha.. Sampai jugak last minit. Yang pasti ada orang lagi lambat dari kami, hihihi.. Malu jugak la. Tapi buat dek ja la. hihihi.. Berhimpun kat masjid.

Layan ja la gambaq tak berapa cantik ni. hahaha..

Sesi taklimat



us
 Dapat kawan baru, adik Mira. Mai sorang-sorang ja. Kalau aku, dak la kot, hihi
ceo tak sabaq

cekidiot!


Muka tak sabaq nak masuk
Jumpa kawan lama pulak

Walaupun bergegar, nak boh gak, hahaha, mesti la dok depan sekali,hihi

Kami gerak lewat sikit dari plan. Lebih kurang pukul 3.30 jugak la. Sebab ada yang lewatkan.

Nak jugakk..hihi










Ni dah macam nak cari gaduh aku rasa, hahahaha

Terkejut badak




Kenapa la gegar abang ni amik gambar kami, huhu




Kamera sapa pun, kami tibai ja posing, hahahah..







Keluaq dari gua pun dah 5.30 lebih dah. Singgah solat. Overall best la. Masuk paling awai, keluaq paling lewat, hahaha.. Menikmati suasana dalam gua. Appreciate keindahan ciptaan tuhan. Bukan senang nak dapat tengok.

Bagi aku gua ni memang cantik. Tapi ada jugak vandalisme dalam tu. Sebelum masuk pun baca la doa pelindung diri sikit. Selain kita, ada hidupan lain jugak tau.

Thanks Una sebab ajak. hihi. Tak ajak tak sampai la. Thanks untuk makan. Thanks Mira, berani walaupun penakut jugak. hihi..Sebab akak pun tak la berani sangat. Nampak biasa, tapi bukan biashe-biashe Mira ni.

Terima kasih jugak untuk gambar yang ambil dari group, tak tau sapa punya, halalkan post dalam ni.


Macam mana nak p, ni tempek maps ye.

Makan at Api-Api Ikan Bakar Kuala Perlis

Assalamualaikum..haii...


Minggu lepas demam. Di sekalikan dengan batuk selsema. Pakej. So nak update blog pun terbengkalai. Ni dah sikat okey la. Aku nak share kedai makan kami singgah lepas sampai dari Hatyai tu.

Dah sampai tu, perut pun dah bunyi-bunyi. So nak cari kedai makan ja la. Wafa ajak makan kedai yang dia p dengan family dia, and recomended katanya. So kami gerak ke sana terus la.

Tadaaa... Api-Api Ikan Bakar
Sampai orang dah ramai. Perkara utama, p pilih ikan ka, apa nak makan dulu. Kedai ni tepi sungai.




Dah pilih timbang and habaq nak masak apa. 



Dah siap order kami tunggu ja la. Azab jugak la sebab ramai orang kena tunggu lama la sikit. Tapi kita kena sabaq la, nak makan ramai lagikan..


Tadaa.. akhirnya sampai sudah makanan kami. Kami order, tomyam ayam, udang butter, sotong goreng tepung and telur dadar. 

Serius sedap. Berbaloi tunggu. Itu pun banyak kot kami 3. Aku lupa harga berapa, tapi RM100 lebih jugak, sebab kami ambik banyak. Nak makan jangan kedekut okey.

Kenyang
So, kepada sesapa yang mai Perlis, boleh singgah sini makan malam. Makan dia sedap, so berbaoi dengan harga. Kalau bayaq mahai tapi tak sedap, marah la jugakkan. 


Boleh search Api-Api Ikan Bakar kat FB. Parking kereta pun senang. 

Terima kasih kawan-kawan untuk trip ke Hatyai. Terima kasih untuk gambaq marveous. Terima kasih untuk segalanya. ;)