Assalamualaikum..
Tengah godek-godek facebook, tetiba tengok kat group BBM post pasal pesawat Air Asia hilang. Pesawat dari Surabaya ke Singapura.
Kat tv dah ada berita katanya. Godek kat en. google plak jumpa ni .
Semoga semuanya selamat.
p/s: Berdoa untuk mereka yang menjadi mangsa banjir
Buku Hyreddin Barbarossa
Assalamualaikum..uit!!
Kalau cakap Barbarossa mesti ramai yang tau especially peminat tegar 'Pirates of The Caribbean'. Tapi mesti kita tak tau yang sebenaqnya nama Barbarossa tu memang wujud. Barbarossa atau lebih dikenali sebagai Hyreddin Barbarossa sebenaqnya adalah seorang Laksmana Kerajaan Turki Uthamaniah di Laut Meditaranean. Memang pupular la Barbarossa sebab dia banyak menyelatkan orang Islam yang ditindas. Dari aspek percaturan peperangan pun banyak yang tau Barbarossa ni hebat. Tapi biasa la barat, sesenang ja ubah ceritakan, kononnya Barbarossa ni lanun. Padahal dia ni pejuang Islam. Barbarossa tu sendiri bermaksud Janggut Merah dalam bahasa Itali.
photo source: http://collectionsoflavender.blogspot.com/ |
Kisah laksamana laut Islam yang terbilang. Namun namanya diburuk-burukkan oleh pihak Barat dengan menuduhnya sebagai raja lanun.
Sehingga pada filem Pirate of Carribean, wataknya dijadikan inspirasi untuk watak lanun Barbosa. Beliaulah laksamana yang bertanggungjawab membantu kerjaan Turki Uthmaniyyah menguasai laut Mediterranean dan seterunya menjaga perairan laut daripada kuasa asing yang rakus.
Oleh itu, dapatkan buku ni ok. Tak boring baca sebab cara penceritaan macam baca novel.
nota kaki: lama mana dok dalam draft entry ni!
Ghost Hiren Boot
Assalamualaikum..uitt..
Hari ni ceq rasa nak share macam mana nak selamat pc atau laptop tanpa perlu install driver. Ye la, selalu masalah kita, lepas format pc or lappy, mesti nak kena cari driver. Ada ja cara nak install driver dengan macam-macam perisian. Tapi bagi aku, pakai Ghost ni senang. Contohnya bila kita baru format tu, terus copy buat image, incase jadi apa-apa dah ada backup. Especially yang bekerja di pejabat or makmal komputer atau jugak CC. TAPI, pastikan setiap pc mempunyai spec yang sama, Ghost ni nak dapat senang dengan Hiren Boot.
Kat sini ada 2 cara aku nak share. Sebab apa, sebab waktu aku and the gang try, ada masalah yang timbul. Solutionnya kami guna cara lain. Masalah mungkin timbul kerana faktor jenis pc/laptop atau sebab hiren cd kami tak update. ngeeeee.. Apapun, masalah selesai jugak. Pastikan kita ada cd hiren 9.9 pun boleh dan juga external hard disk yang ada free space banyak lagi ye. Sebab kadang data backup sampai 10g, mana taknya sekarang semua pakai Win 7 paling lekeh. Boleh jugak kalau nak jadikan drive D backup, tapi pastikan ruang mencukupi ok. Tapi disarankan guna external lebih baik.
Mini Windows XP
1. Mula, masukkan cd. Pastikan cd boleh boot. (Jangan lupa tukaq setting boot;
2. Kemudian tekan enter, dan paparan seperti diatas akan muncul. Pilih Mini Windows XP;
3. Bila tengah loading, cucuk kabel external hardisk.
4. Kemudian klik kat HBCD Menu tu.
5. Bila dia papar klik Menu, kemudian Backup dan kemudian klik Ghost32*
6. Klik atau gunakan tab pada Local, kemudia Disk dan lastly pilih To Image.
7. Kemudian pilih source.
8. Pilih kat mana kita nak save. So pilih la external hard disk tadi. Kalau tak jadi, buat sekali lagi ikut balik step dari mula.
9. Bila dah dapat, file nama jangan lupa ok. Dan klik save.
10. Klik ja yes, maka tunggu sajalah.
11. Bila dah siap, restart balik. Cek balik file.
12. Selesai.
DOS Programs
1. Memula masuk cd macam step atas jugak. Cuma pilih Dos saja.
2. Pilih Backup tools
3. Pilih Norton Ghost 11.5.1 *
4. Klik pada Ghost (Normal)
5. Kemudian file akan dibaca kat bawah menu tu.
6. Bila ada paparan macam kat atas tu, tekan enter ja, dan enter saja lagi.
Kemudian ikut langkah no. 4 dan seterusnya seperti dalam Mini Windows XP ja. :)
Ada Apa Dengan Cinta 2014 (Line)
Assalamualaikum.. Untuk peminat AADC ikuti sambungan AADC 2014. Nak tau kisah selanjutnya, jom tengok..
(Perasaan bila nonton video ni sama macam 10 tahun lepas walaupun berdurasi lebih kurang 10 minit ja.. )
(Perasaan bila nonton video ni sama macam 10 tahun lepas walaupun berdurasi lebih kurang 10 minit ja.. )
Adalah cinta yang mengubah jalannya waktu.
Karena cinta, waktu terbagi dua
Denganmu dan rindu untuk membalik masa
Karena cinta, waktu terbagi dua
Denganmu dan rindu untuk membalik masa
Cinta I Waktu tidak pernah berjalan mundur
Dan hari tidak pernah terulang
Tetapi pagi selalu menawarkan cerita yang baru
Dan hari tidak pernah terulang
Tetapi pagi selalu menawarkan cerita yang baru
Rangga I Detik tidak pernah melangkah mundur tapi kertas putih itu selalu ada
Buku Diagnosis
Assalamualaikum. aip!!
Sibuk semedang, tu tak sempat update blog, tak sempat nak blogwalking. Baru nak panas enjin bogwalking, minggu depan keluaq lagi. Tak pa, kerja tukan ibadah. :D
Dok simpan entry ni dalam draft berzaman, jom baca, hehe..
Ramai dok bercerita pasal buku Diagnosis ni. Apa lagi, gigih la mencari. Terutama sebab salah seorang penulis dia Dr. Anwar Fazal yang selalu si Muna asyik retweet.
DIAgnosis (abaikan background,haha) |
Tengok sinopsis sikit:
" Kalau mahu jadi DOKTOR sebab mahu:
1. Kaya
2. Bergaya
3. 'Glamour'
4. Rasa 'Superior'
Lupakan serta merta. Kuburkan cita-cita mahu jadi doktor segera. Masih banyak kerjaya lain yang dapat berikan kamu semua diatas, bukan kerjaya kedoktoran.
Ini kerjaya yang akan membuatkan kamu rasa betapa dengkelnya ilmu manusia dan betapa hebatnya kuasa Dia. Ini kerjaya yang boleh buat kamu lebih hargai setiap degup jantung manusia kerana ia mampu berhenti tiba-tiba, pada bila-bila masa. Ini kerjaya yang boleh buat kamu terpaksa korbankan banyak perkara yang kamu mahu di dunia (antaranya cinta) kerana mahu menyelamatkan nyawa. "
Pada aku buku ni menarik dan diselitkan kata-kata sindiran. Termasuk juga aspek ketuhanan. Buku yang simple dan mudah untuk difahami.
Yang rajin MC untuk perkara tak berfaedah |
Nak tau ending ni, beli la, hehe |
#Kita selalu rasa keja kita la paling susah, paling mencabar, paling kejam, paling nak mati! So, buka bijik mata luas-luas, baca dan fahami kerjaya orang lain plak. Kita hingaq satu dunia tulis kat facebook. Tepuk dada tanya iman :)
Buku Amalan 24 Jam Wanita Haid
Assalamualaikum.. uit..
Rasa lama tak share pasal buku. Hari ni nak share pasal buku ni.
Sapa cakap bila mai bulan kita tak boleh buat apa-apa. Nah dalam buku ni share macam-macam zikir yang boleh kita baca. Ala, sambil iron baju pun boleh berzikir. Senang sangat nak buat pahalakan!
Selain tu bab permulaan dia banyak menerangkan mengenai apa itu darah haid. Ada la cerita serba sedikit berkait dengan fakta sains. Memang enjoy baca buku ni sebab menarik setiap bait-bait bahasa ni. Kira kalau kita baca tak dak la mengantuk.
Memang sangat digalakkan untuk mendapatkan buku ni.
Sinopsis sikit:
Rasa lama tak share pasal buku. Hari ni nak share pasal buku ni.
Sapa cakap bila mai bulan kita tak boleh buat apa-apa. Nah dalam buku ni share macam-macam zikir yang boleh kita baca. Ala, sambil iron baju pun boleh berzikir. Senang sangat nak buat pahalakan!
Selain tu bab permulaan dia banyak menerangkan mengenai apa itu darah haid. Ada la cerita serba sedikit berkait dengan fakta sains. Memang enjoy baca buku ni sebab menarik setiap bait-bait bahasa ni. Kira kalau kita baca tak dak la mengantuk.
Memang sangat digalakkan untuk mendapatkan buku ni.
Sinopsis sikit:
"Haid adalah fitrah kejadian wanita dan ketentuan Allah ke atas setiap wanita. Ketika kaum wanita didatangi haid, mereka sering mengalami penurunan iman. Mereka dilarang mengerjakan solat, berpuasa dan membaca al-Quran, seakan-akan semua pintu ibadah tertutup rapat untuk mereka.
Oleh sebab persepsi yang mengelirukan ini, aktiviti mereka hanya berkisar kepada perkara yang sia-sia dan tidak bermanfaat. Walhal, haid bukan masa 'bercuti' daripada mengerjakan ibadah. Kewajipan ibadah secara umum tidak gugur disebabkan haid. Benarkah dalam masa 24 jam sehari, hanya sedikit ibadah yang boleh dilakukan oleh wanita dalam keadaan haid? "
Talian ALTEL
Assalamualaikum. uit!
Kabare? Harap semuanya waras. :)
Pernah dengaq tak talian ALTEL? Mungkin ada mungkin tidak. Aku nak
share sikit pasal Altel ni sebab sekarang aku pakai talian internet via Altel.
Nak cakap pasal coverage, memang bagus la ALTEL ni. Kalau dok kampung ceruk tok kun, insyaAllah, coverage tetap terbaik. Aku dok dalam hutn, ayan video pun, Alhamdulillah, tak dak
buffer hokeh‼ Untuk makluman jugak, talian ALTEL ni disediakan dalam rangkaian
4g. J
Pilihan Internet Data |
Sebelum ni aku pakai Celcom broadband (la ni pun pakai lagi, hmmm) banyak cikadak sikit. Kalau ada yang pernah baca statement aku pasal servis celcom ni, mesti tau betapa berdukanya aku.
Pakej 1g cuma RM28 sahaja untuk 90 hari atau 3 bulan. Kalau internet tegar ambik la 2g dengan harga RM48 sahaja. Tak perlu risau kalau lawyer hantaq peringatan sebab tak bayaq bil acc. bla..bla.. (sakit hati ja padahal kita dah bayaq) Maksudnya, kalau prepaid, bayar dulu kemudian pakai, dan postpaid pulak pakai dahulu bayar kemudian. Tepuk dada tanya buah hati, hehehe..
Kalau nak tau lebih lanjut, boleh terjah ALTEL sendiri.
# Hari tu ada bising-bising dalam whatsapp pasal ALTEL yang tak dijual dijual di tempat yang berkenaan and it's true. Aku pernah p ke kedai yang ada kat tulis kat ALTEL site, tapi pekerja tu cakap tak dak. Dan aku pernah ke Altel Centre jugak beberapa kali dan sungguh mendukacitakan. Macam-macam alasan dia bagi.(sigh)
Download video dailymotion cara mudah
Assalamualaikum. uit!
Betapa hancur hati ku, sebab dah tak dapat download “Appaeodiga”
atau englishnya “Dad, Where Are We Going?”. Aku pun tak tau pasaipa tak dak.
Last download sampai episod 71 ja. Itu pun godek-godek jumpa kat Dailymotion.
Rindu plak nak tengok Bin,Hoo, Min Yul,Ri Hwan dan semua la senang cakap.
Masalah aku tak tau pasai pa IDM aku tak update aku tak boleh download video kat
Dailymotion. Maka dengan itu, aku pun menggodek-godek bertanyakan en. Google.
Dan sudah pastilah en. Google membantu aku. Berani dia tak tolong aku!
Sebenaqnya ada macam-macam cara tapi ambik cara yang mudah je.
Mudah untuk aku. Aku nak share macam mana nak download video dari Dailymotion.
Perkara pertama, wajb la ada browser or enjin pencari Firefox ye. Kalau tak
dak, install la ye.
Kemudian cari ja kat en. Google taip je lebih kurang ‘download
dailymotion videos using firefox’. Senang sikit buat cara ni sebab nak cari kat
add on tu banyak sangat.
Kad raya lew...
Assalamualaikum..hello.. selamat hari raya semua! (kitakan masih dalam bulan Syawal ;) )
Terima kasih kat blogger JM bagi kad raya. Bukan setakat kad raya, duit raya lagi ok! Setahun sekali dapat la. Tapi setahun sekali satu kad je la. hehe.. Zaman sekarang orang mesej kat Whatsapp, Line, Kakao Talk ja.
Setiap kali raya, macam biasa la rumah adik beradik. Orang single mingle macam ceq, tak payah pikiaq nak balik rumah mertua la. Cuma tahun ni cuti raya berebut ja. Lastly memang tak dapat la. Atas ihsan 2nd bos, raya ketiga boleh la cuti.
Terima kasih kat blogger JM bagi kad raya. Bukan setakat kad raya, duit raya lagi ok! Setahun sekali dapat la. Tapi setahun sekali satu kad je la. hehe.. Zaman sekarang orang mesej kat Whatsapp, Line, Kakao Talk ja.
Abaikan jari tak manis itu |
Doa untuk #MH17
Assalamualaikum, hellooo..
Baru ja kejadian kehilangan pesawat MAS MH370, kita dikejutkan pulak dengan pewasat MAS MH17 yang terhempas di Ukraine akibat ditembak. Sangat-sangat menyentuh hati kejadian ni sebab kesemua penumpang dan krew seramai 298 mati.
Photo: sumber google |
Sekarang ni mayat dalam proses untuk dibawa pulang ke tanah air masing-masing. Sama-sama la kita berdoa semoga dipermudahkan segala urusan.
Sebab mengejar pangkat, harta dan wang ringgit, manusia sanggup membunuh. Tengok macam kat Gaza sudah, israel Laknat tengah seronok membunuh orang tak berdosa. Depa ni takut bayang-bayang sendiri. Depa takut orang bunuh depa, so baik depa bunuh orang dulu. Depa ni sakit mental. Teringat sorang doktor pskiatri bagi ceramah. Ada sorang pesakit mental di Yan, dia dok rasa orang kampung pakat benci dia, pakat tak suka dia dan nak bunuh dia. Esok pagi dia p bunuh orang kampung. Kejadian ni dah lama berlaku. Macam israel laknat ni la.
Semalam pulak dikhabarkan sebuah lagi pesawat terhempas di Taiwan. Tak tau la macam mana keadaan penumpang dan anak kapal. Sama tunggu dan lihat.
#Baca satu tweet mengatakan Militan Pro-Rusia mengaku menembak jatuh MH17, betoi ka?
Krabi by Car 8
Assalmualaikum, kepada penyokong Brazil, mesti tengah
berduka, penyokong Jerman plak, tengah berpesta la iye tak?hehe.. Tapi jangan lupa kepada sahabat kita di
Palestin, doakan mereka…
Jom sambung trip p Krabi ;)
Semalaman lena dengan aman, bangun pagi ceria ja. Kalau ikut
plan asal, kami akan ke zoo, tapi Kak Risya tak mau p. Mungkin dah letih kot,
lagipun dia nak balik Pahang kot.
Pagi-pagi si Una p beli roti buat breakfast.Sebab nak balik
terus so bermalas-malas dulu la kat bilik. Rasa macam tak mau balik pun ada
jugak. Hehe .. Selain roti, Baman buat maggi. Perghh, sedap la sebab laporkan.
(aku tak tau makanan apa yang aku tak sedap J
) Masak dalam hotel kot, nasib la tak bunyi apa-apa.
Selesai belasah makan, kemas-kemas check out la. Dari sini
nak ke border dah tak jauh. Otw singgah ke Pekan Danok beli barang-barag apa
yang patut. Baman cakap milo Siam and milo Malaysia lain sikit rasa. So, depa
pakat beli la. Memang lain sikit, rasa lagi lemak berkrim. Sesapa yang mai
angkut la balik sikit. Aku tak berapa suka. Aku beli beras siam wangi tu. Dah
naik keretakan. Ada a beli cikedie siam sikit sebab murah.
Gerak ke border jalan dah jam. Memang ramai yang masuk Siam.
Baman suruh kami turun jalan sebab kereta kat lain. Sambil berjalan tu, si Una
beli makan lagi. Biasa la buat mengunyahkan. Ayaq nyioq jangan lupa ye.
Sampai kat imegresen ramai manusia Malaysia. Kat sini pun
jangan lupa sedia RM2. Paham-paham sendiri la pasal duit tu. Ada sorang brader
ni tak sedia duit, imigresen Thai tu mintak kot. Hasil makluman si Wafa ngan
Wary sebab aku berdiri belakang sikit. Time ni aku nak terkucil, tapi dok bajet
masuk Malaysia ja la p menyimpan.
Tengah tunggu turn |
Orang dah cakap no camera, tapi... |
Urusan dah selesai dan tengah tunggu Baman |
Bila urusan imigresen Thai siap, kami tunggu Baman dengan
kereta la. Selesai urusan kereta, bersedia ke tanah air. Masuk je pintu
Malaysia, tengok kereta, Allahuakhbar, punya la banyak. Aku dah la nak
terkucil, yang Wary plak nak be_ _ _. Memasing dok menahan la. Jalan
sejemput-sejemput kot. Lepas tu, ada yang stail potong ‘Q’ yang dasar terlebih
diajar. Orang kita ni bila drive tempat orang, reti bahasa. Tapi masuk ja
Malaysia jadi samseng. Tak payah kata orang kita, yang plat Singapore ka, plat
Siam ka sama ja. Cakap dalam hati,
sabaq.. depan tu ada toilet k.
Masuk pulak Imigresen Malaysia, dia pandang kami semacam ja.
Lepas tu, kena buka bonet la. Cek bebarang semua. Kat sini nak pesan, kalau
pakaian dalam busuk-busuk tu, letak elok or kemas elok-elok. Bila kena cek
macam ni, tak dak la terjatuh, kuang..kuang.. Tapi Alhamdulillah, tak dak apa,
walaupun beli beras siam yang sejemput itu. Syukran.
Perkara pertama perlu dicari adalah toilet. Jumpa toilet,
legaaaaaa…..
Sampai rumah lebih kurang pukul 8pm. P pekena nasi gulai
ikan bawal dulu kat Perda. Depa ja la, ceq amik bau jeww…hehe…
TQ Baman |
Pilih episod kat sini hokey ;)
Krabi by Car 7
Assalamualaikum. Hoi berjambu nak siap trip p Krabi ni! Kesnya sebab sibuk memanjang dengan keja. Nak buat entry ni perlu masa yang
boleh dok mengelamun sambil membayang. Hajat di hati nak habiskan entry ni
sebelum posa, tapi apakan daya, aku manusia hanya mampu merancang.
Hari ni dah masuk puasa yang ke 10 dah. Sat sajakan. Heharap
memasing penuhkan jadual Ramadhan ni dengan perkara-perkara yang bermanfaat la,
including me, Amin.
Jom sambung entry yang bila nak habis ni oiii..
Dari Floating Market kami bergerak ke tepi pantai plak. Kami
ke Pantai Samila kalau tak salah namanya. Yang ada ikan duyung seksi sekor tu.
Aku tak ambik la plak gambaq kat ikan tu. Pantai ni dari Laut China Selatan. Kat tepi pantai ni ada jual macam-macam jugak.
Sempat la beli buah tangan. Ada 1 gerai
ni boleh bayaq duit Malaysia, tunggu lagi. Aku ngan Una beli la. Orang
perempuan ni, berhenti kat mana ja pun kejanya nak membeli ja. J Aku perasan ada universiti kat area sini, tapi tak ingat nama apa.
Aiskrim |
Sakan dok bercerita noo.. |
Tuan punya aiskrim |
Retis |
Kuat tak i ;D |
Penat tapi happy |
Kemudian kami gerak ke Hatyai Dome of Ice. Tapi tak payah
mimpi la nak masuk, sebab dah tutup. Kami cuma mampu ambik gambaq je. Tak pa
la, dekat dah Hatyai tu, anytime boleh p lagi.(sembang mak aiii..) J
Kalau nak tau lebih lanjut macam mana kat Hatyai Dome of Ice ni, boleh ke blog
Cik Jari Manis. Detail terutama yang
gerak dari KL. Best jugak dapat ambik gambaq. Ada macam-macam replika tapi aku cari kot-kot Malaysia punya ada, tapi tak dok la. Kot ada KLCC ka, KL Tower ka tapi memang tak dak. Tak tau la kalau aku jalan tak habis kot kan.
Ala macam Korea gitu |
Eifel Tower (betoi ka eja) |
Adik beradik Ultraman pun ada tau |
Alhamdulillah, happy semua |
Penat ambik gambaq, masa untuk makan. Masing-masing dah
kebulur. So kami gerak cari makan, dan sebelum tu nak check in hotel dulu. Hotel
kami duduk kat sini Win Star Hotel. Kalau search ja, mesti jumpa casino.hahaha..
Janji boleh lena. Nak cari hotel ni pun,
sesat berapa kali. Nasib ada orang kampung reti cakap Siam. Hehe.. Bila dah
jumpa, kami gerak makan dulu. Syoknya hotel ni,sebab berdekatan dia ada
gerai-gerai makan yang semuanya Muslim. So tak payah ragu-ragu lagi. Abang jual
air siap habaq lagi dia punya adik duduk Alor Setar. Ramah tamah lagi. Kat sini
ada pankek yang super maveles Baman beli. Memang sedap la. Dah makan nasi,
makan penkek plak. Gerai kat sini mak
cik tu cakap ada malam saja.
Masa untuk gerak ke bilik. Masuk ja bilik, YaAllah, rasa
best sangat sebab bilik boleh solat Jemaah kot, hehe.. Ada la sorang hamba
Allah seronok berlari lompat atas katil. Bila ditanya, kat umah belum tentu
dapat lari dan lompat macam ni. Tak mau la cakap sapa, sapa yang baca tu
pepaham senirik la. ;)
Boleh jemaah sini |
Pilih episod kat sini hokey ;)
Subscribe to:
Posts (Atom)